Balai Polis Tanjung Karang official

Balai Polis Tanjung Karang official Official page FB for Balai Polis Tanjung Karang terkini dan terbaru. Sekiranya mempunyai sebarang pe

04/03/2026
Apakah Sistem e-Reporting PDRM?Sistem e-Reporting PDRM adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM untuk memboleh...
16/10/2025

Apakah Sistem e-Reporting PDRM?
Sistem e-Reporting PDRM adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM untuk membolehkan orang awam untuk membuat laporan polis secara online, yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.

Sistem e-Reporting adalah terhad kepada Warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan hendaklah mendaftar dalam sistem ini serta boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai capaian talian internet.

Jenis Aduan
Kemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang-barang yang tidak berkait dengan kesalahan jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut polis.

Sebanyak 8 jenis laporan polis yang disenaraikan berikut boleh dilaporkan melalui Sistem eReporting PDRM:

1. Hilang/Tercicir Kad Pengenalan.
2. Hilang/Tercicir Lesen Memandu.
3. Hilang/Tercicir Kad Kredit/ATM.
4. Hilang Telefon Bimbit.
5. Hilang Komputer Riba (Laptop).
6. Hilang Cukai Jalan.
7. Pembantu Rumah Lari – Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.
8. Kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.

Cara Membuat Repot Polis Online Melalui Sistem e-Reporting PDRM,
Langkah-langkah membuat repot polis adalah seperti berikut:

Layari sistem e-reporting (https://ereporting.rmp.gov.my/)
Daftar dan log masuk sistem e-reporting
Semak butiran pengadu
Masukkan butiran kejadian
Masukkan keterangan kejadian
Hantar butiran repot ke e-reporting PDRM
Anda boleh cetak dan menerima salinan repot melalui emel
Bawa laporan polis ke agensi berkaitan
e-reporting pdrm ereporting repot polis online

Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang masalah semasa menggunakan e-Reporting PDRM, sila emel kepada pihak H8elpdesk IT PDRM : [email protected]

πŸ”·PERINGATAN

Seksyen 182, Kanun Keseksaan (Akta 574). Memberi maklumat palsu.
Membawa hukuman maksimum 6 bulan penjara, atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit (RM2,000.00), atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu.
Membawa hukuman maksimum 1 tahun penjara, atau denda yang boleh sampai lima puluh ribu ringgit (RM50,000.00), atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan kesalahan.

09/10/2025

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡ 𝐁𝐔𝐀𝐓 πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ π€π‹π‹π€π‡π˜π€π‘π‡π€πŒ 𝐒𝐉𝐍 πŸπŸ“πŸ’πŸ‘πŸ’πŸŽ π€π‡πŒπ€πƒ π…π€πƒπ‹π˜ 𝐁𝐈𝐍 πŒπŽπ‡π€πŒπ€πƒ πŠπ‡π€πˆπ‘π”πƒπƒπˆπ

CP Dato' Pahlawan Shazeli bin Dato’ Kahar, Ketua Polis Selangor dan Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor serta seluruh warga Polis Kontinjen Selangor menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Sjn 154340 Ahmad Fadly bin Mohamad Khairuddin.

Allahyarham bertugas akhir sebagai Timbalan Ketua Polis Balai Bestari Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor. Allahyarham meninggal dunia pada usia 41 tahun dan telah berkhidmat dalam PDRM selama 21 tahun.

Pemergian Allahyarham Sjn 154340 Ahmad Fadly bin Mohamad Khairuddin merupakan satu kehilangan besar buat Warga Polis Kontinjen Selangor, Salam takziah.

KES SELESAI βœ…WARIS DICARI‼️Sorang kanak-kanak lelaki dijumpai oleh orang awam ketika memandu.Tarikh: 1/4/2025Waktu ditem...
01/04/2025

KES SELESAI βœ…

WARIS DICARI‼️

Sorang kanak-kanak lelaki dijumpai oleh orang awam ketika memandu.

Tarikh: 1/4/2025
Waktu ditemui: Sekitar 1050 pagi
Lokasi dijumpai: Lampu isyarat Sungai Kajang
Nama panggilan: -

Jika ada makluman tentang waris atau Apa-apa informasi, diminta hubungi Balai Polis Tanjong Karang
( 0332368222). Kanak-kanak lelaki sekarang berada di Balai Polis Tanjong Karang.

Mohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan sebarkan berita ini.

Terima kasih.

04/03/2025
OP SAMSENG JALANAN KAWASAN TANJONG KARANG Balai Polis Tanjong Karang, IPD Kuala Selangor, 12 JANUARI 2025 (AHAD) - Seram...
12/01/2025

OP SAMSENG JALANAN KAWASAN TANJONG KARANG

Balai Polis Tanjong Karang, IPD Kuala Selangor, 12 JANUARI 2025 (AHAD) -
Seramai 76 individu & 48 buah m/sikal telah ditahan dalam satu operasi motosikal cegah samseng jalanan di kawasan Tg Karang. Kesemua individu lingkungan 15-27 tahun telah ditahan dan diperiksa semasa operasi dijalankan. Operasi dijalankan ekoran aduan bunyi bising yang kerap dilakukan oleh kumpulan pengguna m/sikal di waktu malam sehingga menimbulkan gangguan terhadap penduduk setempat. Operasi dijalankan oleh anggota Trafik Kuala Selangor, Balai Polis Tg Karang dan dibantu oleh anggota IPD Kuala Selangor.

Dalam operasi tersebut pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 81 keping saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, menunggang dibawah umur 16 tahun, ubah suai ekzos, aksesori tidak lengkap, kesalahan no pendaftaran, tiada cukai jalan (LKM) dan tiada perlindungan insurans.

Pihak PDRM menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati masyarakat setempat. PDRM juga menasihatkan kepada ibu bapa dan penjaga untuk memantau anak-anak supaya tidak terlibat dalam aktiviti motosikal yang menyalahi undang-undang serta tidak terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah terutama pada hari minggu.

Polis Kuala Selangor

OP SAMSENG JALANAN KAWASAN TANJONG KARANG Balai Polis Tanjong Karang, IPD Kuala Selangor, 04 JANUARI 2025 (SABTU) - Sera...
04/01/2025

OP SAMSENG JALANAN KAWASAN TANJONG KARANG

Balai Polis Tanjong Karang, IPD Kuala Selangor, 04 JANUARI 2025 (SABTU) -
Seramai 11 individu & 08 buah m/sikal telah ditahan dalam satu operasi motosikal cegah samseng jalanan di kawasan Tg Karang. Kesemua individu lingkungan 15-27 tahun telah ditahan dan diperiksa semasa operasi dijalankan. Operasi dijalankan ekoran aduan bunyi bising yang kerap dilakukan oleh kumpulan pengguna m/sikal di waktu malam sehingga menimbulkan gangguan terhadap penduduk setempat. Operasi dijalankan oleh anggota Balai Polis Tg Karang.

Dalam operasi tersebut pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 08 keping saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, menunggang dibawah umur 16 tahun, ubah suai ekzos, aksesori tidak lengkap, kesalahan no pendaftaran, tiada cukai jalan (LKM) dan tiada perlindungan insurans.

Pihak PDRM menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati masyarakat setempat. PDRM juga menasihatkan kepada ibu bapa dan penjaga untuk memantau anak-anak supaya tidak terlibat dalam aktiviti motosikal yang menyalahi undang-undang serta tidak terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah terutama pada hari minggu.

Polis Kuala Selangor

Address

Balai Polis Tanjung Karang
Tanjung Karang
45500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Tanjung Karang official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share