PD Kg Sungai Sireh Tanjung Karang Selangor

PD Kg Sungai Sireh Tanjung Karang Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PD Kg Sungai Sireh Tanjung Karang Selangor, Government Organization, Perpustakaan Desa Kampung Sungai Sireh, Lorong 7, Parit 1, Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang.

📚 Jom Sertai Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) 2026Perpustakaan Negara Malaysia sedang melaksanakan Kajian Awa...
29/05/2026

📚 Jom Sertai Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) 2026

Perpustakaan Negara Malaysia sedang melaksanakan Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) 2026 bagi membangunkan asas pengukuran tahap dan corak amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Orang ramai dijemput untuk meluangkan masa sekitar 5 hingga 10 minit bagi melengkapkan soal selidik ini. Maklum balas yang diberikan amat penting dalam menyokong pembangunan dasar, perancangan serta inisiatif pembudayaan membaca di peringkat nasional.

🗓️ Tempoh Kajian:
1 Jun – 31 Ogos 2026

🔒 Semua maklumat yang diberikan adalah SULIT dan untuk tujuan penyelidikan sahaja.

📲 Imbas kod QR pada poster untuk menyertai kajian atau pautan berikut:

https://claude.ai/public/artifacts/8d38e686-349d-4df5-b94a-f0d8b669e514

Kerjasama dan penyertaan anda amat dihargai. Terima kasih.

NegaraBangsa MADANIBekerja RancakkanMADANI

Ibadah korban merupakan amalan yang sinonim dalam kalangan umat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.🌙✨Pengendalia...
28/05/2026

Ibadah korban merupakan amalan yang sinonim dalam kalangan umat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.🌙✨

Pengendalian daging korban 🥩 yang selamat perlu dititikberatkan bagi memastikan daging yang diagihkan sentiasa bersih dan berkualiti.

Oleh itu, pengendalian dan pengedaran daging korban perlu dikendalikan mengikut tip 👍🏻 seperti yang disarankan untuk mengelakkan daging korban daripada dicemari kuman,bendasing dan sebagainya.



SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Waktu Bertakbir Hari Raya Eidul AdhaJenis-Jenis Takbir RayaTakbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tengge...
26/05/2026

Waktu Bertakbir Hari Raya Eidul Adha

Jenis-Jenis Takbir Raya

Takbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tenggelam matahari malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya.

Takbir Muqayyad : Khusus disunatkan ketika Hari Raya Aidiladha. Dilaksanakan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Orang yang TIDAK menunaikan haji disunatkan takbir muqayyad setiap kali selesai menunaikan solat fardu bermula waktu Subuh 9 Zulhijah sehingga waktu Asar 13 Zulhijah.

Orang yang menunaikan haji Disunatkan takbir muqayyad selepas solat Zohor pada Hari Raya Aidiladha sehingga waktu Subuh 13 Zulhijah. Sekiranya sudah selesai bertahallul yang kedua, mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, seperti orang lain.

Sumber: Pejabat M***i Wilayah Persekutuan

📚⛽ Tahukah anda tentang OPEC?Jom terokai fungsi dan peranan Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) mel...
26/05/2026

📚⛽ Tahukah anda tentang OPEC?

Jom terokai fungsi dan peranan Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) melalui Pakejan Maklumat OPEC terbitan Perpustakaan Negara Malaysia.

Antara kandungan menarik:
🔹 Latar belakang penubuhan OPEC
🔹 Matlamat dan fungsi organisasi
🔹 Negara-negara ahli OPEC
🔹 Peranan OPEC dalam kestabilan pasaran minyak dunia

📍Bahan ini boleh dirujuk di Aras 8, Menara PNM
📖 Nombor Panggilan: 382.42282 OPE f MPM

PakejanMaklumat OPEC

23/05/2026
Khutbah bukan sekadar medium penyampaian mesej kepada jemaah, malah berperanan memastikan nasihat dan panduan disampaika...
22/05/2026

Khutbah bukan sekadar medium penyampaian mesej kepada jemaah, malah berperanan memastikan nasihat dan panduan disampaikan secara teratur, menarik serta berkesan. Penyampaian yang baik mampu memberi keyakinan dan mendorong Jemaah menerima dan menghayati saranan yang disampaikan.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menyimpan banyak koleksi berkaitan khutbah hari raya Aidiladha yang mengandungi teks khutbah dan doa-doa yang bersesuaian dengan sambutan Aidiladha sebagai panduan dan amalan umat Islam. Berikut dikongsikan 3 (tiga) manuskrip Melayu berkaitan khutbah hari raya Aidiladha dari koleksi PNM.

Manuskrip ini boleh dirujuk di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Aras 11, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia.

✨ Khazanah ilmu warisan bangsa, terus dipelihara untuk generasi masa hadapan.





Fenomena Istiwa’ A’dzam kembali lagi!Inilah saat istimewa untuk kita menyemak arah kiblat dengan mudah, tepat dan diyaki...
22/05/2026

Fenomena Istiwa’ A’dzam kembali lagi!

Inilah saat istimewa untuk kita menyemak arah kiblat dengan mudah, tepat dan diyakini dengan hanya berpandukan bayang-bayang matahari.

📅 28 Mei 2026 / 11 Zulhijah 1447 (Khamis)
🕔 Tepat jam 5:18 petang (waktu malaysia)

Ketika itu, matahari berada tepat di atas Kaabah. Bayang-bayang objek tegak di rumah anda akan menunjukkan arah kiblat yang sebenar.

✨ Ambil peluang ini untuk:
✅ Menyemak semula arah kiblat rumah dan surau
✅ Memastikan kesempurnaan ibadah solat
✅ Mengajak ahli keluarga bersama-sama belajar tentang falak dan kiblat

Jom kongsikan info ini agar lebih ramai dapat memanfaatkan fenomena Istiwa’ A’dzam ini.







SUMBER: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Nak bantu anak belajar dengan lebih mudah dan berkesan?Jom! ulangkaji Bersama MyGuru yang kini boleh diakses secara perc...
21/05/2026

Nak bantu anak belajar dengan lebih mudah dan berkesan?

Jom! ulangkaji Bersama MyGuru yang kini boleh diakses secara percuma melalui portal u-Pustaka – platform pendidikan digital yang menyokong pembelajaran murid sekolah rendah dan menengah.

📚 Belajar jadi mudah bersama MyGuru di u-Pustaka

📘 Nota pembelajaran ✅

📝 Latihan & kuiz interaktif ✅

🎥 Video berdasarkan silibus sekolah✅

Daftar di www.u-pustaka.gov.my dan mula belajar hari ini



Sertai kami pada;



🗓️ 21 Mei 2026 (Khamis)

⏰ 10. 00 pagi - 12.00 tengah hari

🧕 Puan Nur Lailatul Akma Zainal Abidin

Ketua Jabatan Learning Port Sdn. Bhd.

Sila klik Google Meet👇

https://bit.ly/EKSPLORASIDIGITALuPUSTAKA2026LATIHANPANGKALANDATAMYGURU21MEI2026-KHAMIS

📚Ulasan Buku💕Judul Buku: Hikmah Saintifik: Mengapa Malam Untuk Tidur dan Siang Untuk Kerja Penulis: Robiatul Adawiyah Mo...
20/05/2026

📚Ulasan Buku💕

Judul Buku: Hikmah Saintifik: Mengapa Malam Untuk Tidur dan Siang Untuk Kerja
Penulis: Robiatul Adawiyah Mohd dan Ku Mastura Ku Mohd Noor
Tahun Terbitan: 2019
Penerbit: Publishing House Sdn.Bhd
ISBN: 978-967-481-365-9

Buku Hikmah Saintifik: Mengapa Malam Untuk Tidur Siang Untuk Kerja karya Robiatul Adawiyah Mohd dan Ku Mastura Ku Mohd Noor merupakan sebuah karya ilmiah yang menggabungkan ilmu sains moden dengan panduan daripada Al-Quran dan
As-Sunnah. Buku ini membincangkan hikmah di sebalik aturan kehidupan manusia yang dianjurkan dalam Islam, khususnya mengenai waktu malam sebagai masa untuk berehat dan waktu siang sebagai masa untuk bekerja serta menjalankan aktiviti harian. Penulis menjelaskan bahawa kejadian siang dan malam bukanlah berlaku secara kebetulan, tetapi mempunyai fungsi yang sangat penting terhadap kesihatan fizikal, emosi dan mental manusia. Pada waktu malam, tubuh manusia menghasilkan hormon tertentu
seperti melatonin yang membantu proses tidur dan pemulihan badan. Tidur yang cukup pada waktu malam dapat meningkatkan fokus, tenaga dan kesihatan keseluruhan seseorang. Sebaliknya, berjaga malam tanpa sebab yang penting boleh memberi kesan
buruk kepada kesihatan dan prestasi harian.
Selain itu, buku ini turut mengaitkan penemuan saintifik dengan ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan kebesaran ciptaan Allah SWT. Penjelasan yang diberikan mudah difahami kerana penulis menggunakan bahasa yang ringkas serta contoh kehidupan
seharian. Pembaca bukan sahaja memperoleh ilmu sains, malah dapat meningkatkan keimanan dan kesedaran tentang pentingnya mengurus masa dengan baik mengikut fitrah manusia. Kandungan buku ini memberi banyak manfaat serta kesedaran. Buku ini juga berjaya membuktikan bahawa ajaran Islam selari dengan kajian saintifik moden dalam menjaga kesejahteraan hidup manusia.

Pengulas:
Haslinda binti Ramly
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Desa Kampung Sungai Sireh


KAB Water Bike Kunci Air Buang ,Tanjung Karang
20/05/2026

KAB Water Bike Kunci Air Buang ,Tanjung Karang

Address

Perpustakaan Desa Kampung Sungai Sireh, Lorong 7, Parit 1, Kampung Sungai Sireh
Tanjung Karang
45500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kg Sungai Sireh Tanjung Karang Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share