02/06/2026
Jom ke Muzium Sultan Alam Shah yang menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah, 1 hingga 7 Jun 2026 khas untuk seisi keluarga.
Pelbagai program interaktif, aktiviti pendidikan, permainan, bengkel dan pengalaman pembelajaran menyeronokkan menanti para pengunjung sepanjang minggu cuti sekolah ini. Selain mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat, anak-anak juga berpeluang menimba ilmu serta mengenali sejarah, budaya dan warisan Negeri Selangor dengan lebih dekat.
Jadikan muzium sebagai salah satu destinasi pilihan keluarga pada musim cuti sekolah kali ini dan cipta pengalaman bermakna bersama anak-anak.
π Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Ayuh ramai-ramai memeriahkan program cuti sekolah di Muzium Sultan Alam Shah!