05/06/2026
🌹 SELAMAT MAJU JAYA, PN NORLIZA BINTI YASIN 🌹
Warga SMK Batu Laut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn Norliza Binti Yasin atas segala jasa, bakti dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di SMK Batu Laut dari 6 Jun 2023 hingga 5 Jun 2026.
Segala ilmu, dedikasi dan sumbangan puan dalam mendidik serta membangunkan kecemerlangan sekolah akan sentiasa dikenang dan dihargai.
Semoga perpindahan ke SMK Bukit Jawa, Selising, Kelantan membawa sinar kejayaan yang lebih gemilang, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.
Terima kasih atas segala kenangan dan jasa yang tidak ternilai. Selamat berkhidmat di tempat baharu dan semoga terus sukses.
💙💛 “Sekali menjadi warga BLAST, selamanya dalam ingatan.” 💛💙