28/05/2026
Aktiviti Kraf Jambangan Bunga sempena sambutan Hari Ibu telah berlangsung pada 26 Mei 2026 di Perpustakaan Desa Kg. Ladang Batu dalam suasana yang meriah dan penuh kreativiti. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak menghasilkan karya istimewa sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada ibu tersayang.
Seramai 10 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini dengan penuh semangat. Para peserta menghasilkan jambangan bunga menggunakan bahan kraf yang disediakan serta dihias mengikut kreativiti masing-masing.
Melalui aktiviti ini, kanak-kanak bukan sahaja dapat mengembangkan bakat seni dan kreativiti, malah turut diterapkan dengan nilai menghargai pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.