Pejabat Daerah Tangkak

Pejabat Daerah Tangkak Daerah Ledang dirasmikan pada 9 Jun 2008 Oleh Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Norazimah binti Maaksom
Pen. Pegawai Daerah : En.

Pejabat Daerah Tangkak merupakan pejabat pentadbiran bagi Daerah Tangkak yang merupakan daerah ke-9 dalam Negeri Johor. Pegawai Daerah : YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad
Ketua Pen Pegawai Daerah : Pn. Muhammad 'Izzuddin bin Mohd Azman (Pembangunan Fizikal)
Pen. Pegawai Daerah : (Kosong) (Pembangunan Masyarakat)
Pen. Muhammad Azri bin Abdullah (Khidmat Pengurusan)


Talian Telefon : 06 978 7100


Faksimili : 06 978 3882
Emel Pejabat : [email protected]
Tiktok : Pejabat Daerah Tangkak
Instagram : pdtangkak_

01/06/2026

JANGAN LUPA PENGAJARAN 13 MEI 1969, DETIK SEJARAH HITAM NEGARA - YANG DI-PERTUAN AGONG

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan seluruh lapisan rakyat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan negara.

“Bagi menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara, rakyat haruslah bersatu hati, bertolak ansur, dan saling hormat menghormati, serta berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.

“Jangan kita lupa sejarah hitam negara, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain, dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini,” titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini (1 Jun).

Sultan Ibrahim bertitah menegaskan bahawa pengenalan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai aku janji dan ikrar seorang warga Malaysia bagi membina semula perpaduan kaum dan menjamin keharmonian masyarakat.

“Saya menyeru semua pihak agar menghayati prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup rakyat Malaysia. Malah sejak di bangku sekolah lagi, semua pelajar telah dididik untuk membaca ikrar ini.

“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip tersebut, maka dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong.



01/06/2026
31/05/2026
30/05/2026
MAKLUMAN PERUBAHAN TEMPAT BAGI BANTUAN KASIH JOHOR (WARGA EMAS)*SILA BAWA SALINAN KAD PENGENALAN PENERIMA
29/05/2026

MAKLUMAN PERUBAHAN TEMPAT BAGI BANTUAN KASIH JOHOR (WARGA EMAS)

*SILA BAWA SALINAN KAD PENGENALAN PENERIMA


𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇: 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋, 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 ...
29/05/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇: 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋, 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐈 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟑 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝟐𝟗 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟐 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐈𝐉𝐉𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟏𝟏.𝟎𝟎 𝐏𝐀𝐆𝐈

Encik Muhammad ‘Izzuddin bin Mohd Azman, Penolong Pegawai Daerah Tangkak yang mewakili Pegawai Daerah Tangkak telah menyempurnakan penyerahan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Kundang dan Mukim Tangkak.

Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan.

Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.

Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.

Semua penerima mendoakan agar DYAM Pemangku Sultan Johor serta semua Kerabat Diraja diberikan perlindungan dan kesihatan oleh Allah SWT. Penerima menjunjung kasih atas kurniaan sumbangan DYAM Pemangku Sultan Johor dan semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.

𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔.



𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐆𝐈𝐍𝐆 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑Menjunjung Kasih Tuanku.Merafak sembah menjunjung setinggi-...
27/05/2026

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐆𝐈𝐍𝐆 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

Menjunjung Kasih Tuanku.

Merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah; Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor; serta seluruh Keluarga DiRaja Johor diatas kurniaan lembu qurban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M, yang telah disampaikan melalui YAB Menteri Besar Johor.

Lensa sekitar agihan daging qurban kepada golongan terpilih seperti warga emas, asnaf, warga kurang berkemampuan, serta penduduk di sekitar daerah Tangkak. Penyerahan telah disempurnakan oleh Encik Muhamad Syafiq bin Othman, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Encik Muhammad ‘Izzuddin bin Mohd Azman, Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Tangkak.

Kurniaan yang amat bermakna ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam dan semangat ibadah korban, malah turut memperkukuhkan nilai perpaduan, kasih sayang serta keprihatinan terhadap rakyat. Sesungguhnya, sumbangan ini amat dihargai dan menjadi lambang kasih Tuanku kepada rakyat jelata.

Patik sekalian mendoakan agar DYMM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, umur yang panjang, serta terus berada dalam lindungan, rahmat dan keberkatan Allah SWT.

𝐃𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮.
𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧
𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫

𝗠𝗘𝗥𝗔𝗙𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗨 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊𝟐𝟕 𝐌...
27/05/2026

𝗠𝗘𝗥𝗔𝗙𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗨 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠
𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊

𝟐𝟕 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 I 𝟏𝟎 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐈𝐉𝐉𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 I

Menjunjung Kasih Tuanku.

Merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah; Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor; serta seluruh Keluarga DiRaja Johor diatas kurniaan lembu qurban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M, yang telah disampaikan melalui YAB Menteri Besar Johor

Kurniaan yang amat bermakna ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam dan semangat ibadah korban, malah turut memperkukuhkan nilai perpaduan, kasih sayang serta keprihatinan terhadap rakyat. Sesungguhnya, sumbangan ini amat dihargai dan menjadi lambang kasih Tuanku kepada rakyat jelata.

Patik sekalian mendoakan agar DYMM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, umur yang panjang, serta terus berada dalam lindungan, rahmat dan keberkatan Allah SWT.

𝐃𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧
𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447HDi hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati erti sebenar pengo...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H

Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

Semoga setiap amal ibadah, pengorbanan dan doa yang dipanjatkan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.


Address

Jalan Dataran 2
Tangkak
84900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069787100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Tangkak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Tangkak:

Share