K.Siva Guru Ketua Masyarakat India Daerah Tangkak

K.Siva Guru Ketua Masyarakat India Daerah Tangkak "நம் சமுதாயம் நம் கடமை"
Penggal ke 2 bermula Jun2024 - Jun2026

🟢 𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐋𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 🟢1️⃣ Berita baik bagi lepasan SPM yang berminat menyambung pengajian di Kolej Komuniti...
02/04/2026

🟢 𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐋𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 🟢

1️⃣ Berita baik bagi lepasan SPM yang berminat menyambung pengajian di Kolej Komuniti Ledang👉🏼

2️⃣ Dengan syarat minima LULUS Bahasa Melayu, Sejarah (SPM) dan SATU(1) dari mana-mana subjek memperolehi Kepujian , calon adalah layak untuk mendaftar kemasukan di Kolej Komuniti Ledang.

3️⃣ Berikut adalah 4 program utama yang ditawarkan pada sesi akan datang (Julai 2026) :👇

🔴SIJIL PASTRI
🟠SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
🟢SIJIL AUTOMOTIF
🔵SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

🌀KEMUDAHAN🌀

✅Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti dengan jumlah keseluruhan RM7200 bagi calon yang LAYAK.

✅Ditambah dengan Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya bagi pemegang kad OKU.

✅Penginapan pelajar dan pengangkutan juga dibantu. Disokong dengan fasiliti dan kemudahan yang kondusif.

⚠️Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut boleh terus hubungi
06-9783620 (Unit Pengambilan) atau
016-9163286 untuk bercakap dengan pegawai pengambilan

ATAU boleh hadir terus ke
KOLEJ KOMUNITI LEDANG
KM5 Jalan Payamas,
84900 Tangkak, Johor

🔆Hebahkan peluang ini kepada mereka yang mungkin berminat menyambung pengajian dan menambah kemahiran🔆

Permohonan kemasukan yang utama adalah melalui UPU Online :👉🏽
https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

Calon juga boleh mohon melalui pautan eBorang MyPolyCC :👉🏽
https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login








05/02/2026

PROGRAM OUTREACH NEGERI JOHOR TAHUN 2026
Jom datang beramai-ramai ek.
Pelbagai PENGISIAN dan tawaran JUALAN AGRO MADANI menanti komuniti TANGKAK semua!!!

🗓️ Tarikh: 8 FEBRUARI 2026 (AHAD)
🕰️ 8:30 pagi hingga 2:00 petang
📍 Dewan Padang Lerek 2 Tangkak
https://maps.app.goo.gl/ukqEWwsKD2bDAfm5A
Anjuran: Pejabat Pembangunan Negeri, ICU JPM JOHOR

Antara pengisian menarik yang disediakan:
🔸 Latihan Kemahiran Automotif (servis tukar minyak hitam)
🔸 Padanan Kerjaya - Interview On The Spot!!!!!
🔸 Semakan STR
🔸 Kaunter eKasih
🔸 Pembukaan Akaun SSPN
🔸 Pemeriksaan Kesihatan
🔸 Jualan AGRO MADANI
🔸 Liga Penalti Belia Tangkak
🔸 e-FOOTBALL



Salam Sejahtera Salam Harmoni 🙏😌❤️🇲🇾SENSITIVITI AGAMA, KEHARMONIAN DAN PERPADUAN NEGARASaya ingin menegaskan dengan amat...
05/02/2026

Salam Sejahtera Salam Harmoni 🙏😌❤️🇲🇾

SENSITIVITI AGAMA, KEHARMONIAN DAN PERPADUAN NEGARA

Saya ingin menegaskan dengan amat jelas dan tanpa sebarang kompromi bahawa agama tidak boleh sama sekali dipermainkan, dipolitikkan atau dijadikan alat untuk mencetuskan kebencian dan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip hidup bermasyarakat yang berteraskan saling menghormati. Perbuatan menyentuh sensitiviti agama secara sengaja, provokatif atau berniat jahat adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya.

Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang berasaskan undang-undang. Setiap agama dihormati dan dilindungi, dan urusan berkaitan rumah ibadah serta amalan keagamaan telah pun diatur dengan jelas melalui undang-undang dan peraturan sedia ada. Sebarang isu berkaitan agama harus disalurkan melalui saluran yang sah dan berhemah, bukannya dimanipulasi secara terbuka untuk mencetuskan kemarahan, kebencian atau perpecahan dalam kalangan rakyat. Maka, tiada sesiapa berhak mengambil tindakan sendiri, mengeluarkan kenyataan melampau, atau mencetuskan emosi rakyat atas nama agama.

Saya memandang serius kewujudan pihak dan pergerakan tertentu yang secara sengaja menghasut, meniup sentimen agama, dan cuba menggugat keharmonian negara. Tindakan memperalatkan agama untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap prinsip perpaduan nasional dan keselamatan negara.

Oleh itu, tindakan tegas perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang mencetuskan ketegangan antara rakyat, menyebarkan hasutan berunsur agama, mengapi-apikan kebencian antara kaum dan kepercayaan, atau cuba mencabar kedaulatan undang-undang negara.

Tiada amaran berulang. Tiada layanan istimewa. Tiada kompromi. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang, tanpa mengira status, latar belakang atau ideologi, wajib disiasat dan diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang paling tegas.

Satu peringatan untuk kita semua bahawa keamanan dan perpaduan negara ini bukan sesuatu yang boleh diuji atau dipertaruhkan. Kita tidak boleh membenarkan mana-mana pihak merosakkan keharmonian yang telah dibina sekian lama hanya demi kepentingan sempit atau agenda tersembunyi.

Agama adalah untuk memupuk nilai kemanusiaan dan keamanan, bukan untuk mencetuskan kebencian dan perpecahan.

Perpaduan negara adalah garis merah yang tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun.

BERSAMA MEMBINA NEGARA BANGSA.

K.Siva Guru
Ketua Masyarakat India
Daerah Tangkak


19/11/2025
Terima kasih YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi MB Johor atas pembentangan Belanjawan Johor 2026 yang penuh dengan inisiatif untu...
13/11/2025

Terima kasih YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi MB Johor atas pembentangan Belanjawan Johor 2026 yang penuh dengan inisiatif untuk kesejahteraan rakyat Johor.
Bersama kita terus membina Johor yang makmur, maju dan sejahtera.



02/11/2025

DISKAUN BAYAR SAMAN KINI BERMULA!
Pilih log masuk menggunakan MyDigital ID untuk lebih Selamat, Pantas dan Mudah.

Bermula 1 November hingga 30 Disember 2025, anda boleh membuat pembayaran saman dengan tawaran hebat berikut:

- MyBayar PDRM: Diskaun sehingga 70%
- MyJPJ: Diskaun sehingga 50%

Terlupa password dan nak mudah? Log masuk sahaja dengan MyDigital ID!

Muat turun dan daftar MyDigital ID hari ini di App Store, Google Play atau Huawei AppGallery.

PENYELARASAN KADAR KOMPAUN SAMAN JPJ & PDRMBermula 1 Januari 2026, kadar dan kaedah kompaun saman trafik akan diselarask...
22/10/2025

PENYELARASAN KADAR KOMPAUN SAMAN JPJ & PDRM

Bermula 1 Januari 2026, kadar dan kaedah kompaun saman trafik akan diselaraskan antara JPJ dan PDRM bagi memastikan pelaksanaan undang-undang jalan raya yang seragam dan adil di seluruh negara.

Kerajaan turut memperkenalkan prinsip baharu “The Less You Delay, The Less You Pay”, di mana kadar kompaun lebih rendah diberikan kepada mereka yang membayar saman lebih awal.

*Struktur pengurangan baharu:
1–15 hari: 🔹 50% pengurangan
16–30 hari: 🔹 33% pengurangan
31–60 hari: 🔹 Kadar maksimum
61 hari ke atas: 🔹 Tindakan mahkamah / senarai hitam

Tempoh peralihan:
Mulai 1 November hingga 30 Disember 2025, orang ramai masih boleh menikmati diskaun antara 50% hingga 70% bagi saman sedia ada JPJ dan PDRM.

Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan dan pembayaran melalui:
👉 Portal MySIKAP
👉 Aplikasi MyJPJ
👉 Aplikasi MyBayarPDRM
👉 Kaunter/kiosk JPJ & saluran pembayaran PDRM

Sumber: redzuanNewsMPB

14/10/2025

Sebagai Ketua Masyarakat, saya amat prihatin terhadap beberapa kes yang berlaku di sekolah-sekolah kebelakangan ini amat membimbangkan ,sama ada melibatkan disiplin pelajar, gejala buli, pergaduhan, mahupun masalah kurangnya hormat antara pelajar dan guru. Perkara-perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana sekolah bukan sahaja tempat menimba ilmu, tetapi juga tempat membentuk sahsiah dan nilai murni generasi muda kita.

Saya berpendapat bahawa punca utama masalah ini berpunca daripada kurangnya komunikasi berkesan antara pelajar, ibu bapa, dan pihak sekolah. Maka, penting bagi kita memperkukuhkan kerjasama antara komuniti, guru, dan keluarga agar setiap pelajar mendapat bimbingan dan perhatian sewajarnya.

Selain itu, saya mencadangkan agar pihak sekolah lebih giat menganjurkan program nilai moral, kaunseling, serta aktiviti kemasyarakatan yang dapat memupuk semangat perpaduan, saling hormat-menghormati, dan kasih sayang sesama insan. Pendidikan bukan sekadar akademik, tetapi juga pembentukan akhlak dan tanggungjawab sosial.

Sebagai masyarakat, kita harus menjadi teladan kepada anak-anak, menunjukkan bahawa sikap bertanggungjawab, berdisiplin, dan menghormati peraturan merupakan asas kejayaan. Saya yakin bahawa dengan sokongan padu semua pihak sekolah, ibu bapa, dan masyarakat ,kita dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih harmoni, selamat, dan sejahtera untuk semua pelajar.

K.Siva Guru
Ketua Masyarakat India
Daerah Tangkak.

12/10/2025

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan surat peringatan berkaitan garis panduan menangani penularan jangkitan Influenza Like Illness (ILI).

Seluruh warga pendidikan diminta untuk memperkukuhkan amalan penjagaan kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K).

Warga pendidikan turut disarankan untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam.




09/10/2025

Address

Tangkak
84900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when K.Siva Guru Ketua Masyarakat India Daerah Tangkak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to K.Siva Guru Ketua Masyarakat India Daerah Tangkak:

Share