14/10/2024
PENDAFTARAN PENYERTAAN PROGRAM KLAS RENANG (KANAK-KANAK) FASA 3 TAHUN 2024 NEGERI KELANTAN
Tarikh Pelaksanaan : OKTOBER - NOVEMBER 2024
Lokasi Program : 1.PASIR MAS : Z&S SWEET EMPIRE KOLAM RENANG, PASIR MAS
: 2.TANAH MERAH: KOLAM RENANG IMPIANA UTAMA, TANAH MERAH.
Urusetia : PASIR MAS - 013-9637637 (EN. SARIMAT)
: TANAH MERAH - 011-40201326 (EN. AHMAD RIDWAN)
Untuk makluman tuan / puan, KLAS Renang merupakan satu inisiatif baharu KBS dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas melibatkan kanak-kanak di seluruh negara. Program ini disasarkan kepada kanak-kanak daripada keluarga B40 di negeri-negeri yang mencatatkan kes lemas tertinggi di Malaysia.
Syarat penyertaan program ini adalah seperti berikut:
1. Peserta berumur 6-12 tahun.
2. Pendapatan isi rumah keluarga peserta tersebut berada dalam kategori B40.
(Tidak lebih daripada RM4,840.00 sebulan).
3. Peserta mempunyai minat untuk belajar berenang.
Sekiranya anak/ jagaan tuan/ puan berminat untuk mendaftar, tuan/ puan boleh mengisi borang ini bagi pra-pendaftaran program KLAS Renang. Peserta yang terawal dan menepati syarat penyertaan program akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan penyertaan program.
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA! (Tiada bayaran dikenakan bagi penyertaan program ini).
Borang pra pendaftaran ini akan ditutup/ tidak dapat di akses apabila telah penuh penyertaan.
https://forms.gle/KF5W2BLf65i3JS9P6