06/01/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
TANAH MERAH, 5 Januari 2026: Perbarisan Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan (1 RS) telah dilaksanakan di Padang Kawad Kem Batu Sebelas, Tanah Merah, Kelantan. Perbarisan ini telah diketuai oleh Mejar Azrul bin Osman, selaku Ketua Kompeni Charlie dengan penglibatan 19 pegawai dan 264 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Perbarisan ini diadakan sebagai simbolik penamatan rasmi penugasan gerakan oleh pasukan 1 RS.
Acara diteruskan dengan Upacara Pemakaian Pangkat yang melibatkan seramai 12 orang Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Upacara penuh bermakna ini telah diserikan dengan kehadiran pasangan masing-masing yang turut diberi penghormatan untuk menyempurnakan pemakaian pangkat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat. Diharapkan kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin semangat serta menyumbang kepada peningkatan kualiti dan profesionalisme kerja dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Acara kemudiannya diteruskan dengan Upacara Serah Terima Tugas Jawatan Penting Pasukan yang melibatkan Pegawai Gerakan, Ketua Kompeni Bantuan dan Ketua Kompeni Bravo. Dalam kesempatan tersebut, Pegawai Memerintah 1 RS merakamkan ucapan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Ketua Kompeni Bravo yang akan bertukar keluar ke Markas 8 Briged Infantri (MK 8 Bgd Inf) atas segala jasa dan sumbang bakti dalam meneruskan legasi kecemerlangan 1 RS.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Memerintah. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Cekal Berbisa yang terlibat dalam penugasan operasi, di mana sepanjang pelaksanaan gerakan tersebut tidak berlaku sebarang pelanggaran disiplin. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pekerja awam yang telah banyak membantu sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di 1 RS. Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa penyalahgunaan media sosial dalam kalangan warga Tentera Darat boleh mengundang ancaman keselamatan, termasuk kebocoran maklumat dan penyebaran fitnah, yang secara tidak langsung boleh menjejaskan kredibiliti serta imej Tentera Darat Malaysia.
Upacara perbarisan diakhiri dengan acara bergambar. Syabas kepada seluruh warga Cekal Berbisa.