21/05/2026
Saya terbaca berita yang menyebut Kelantan mencatatkan “100% kenaikan kes bunuh” bagi empat bulan pertama tahun ini.
Terkejut beb
Saya ingatkan kes sudah melonjak sampai ratusan. Rupanya angka yang dimaksudkan ialah daripada 1 kes kepada 5 kes setakat April 2026.
Secara matematik, itu bukan naik 100% itu naik 400%.
Inilah pentingnya konteks bila bercakap tentang statistik. Bila angka asal terlalu kecil, sedikit peningkatan pun boleh nampak sangat besar bila dipersembahkan dalam bentuk peratus.
Bukan bermaksud kita ambil ringan isu jenayah. Satu kes pembunuhan pun sudah cukup menyedihkan. Dalam Islam, membunuh ialah jenayah besar dan al-Quran sendiri menyebut tentang qisas sebagai pengajaran serta pencegahan kepada masyarakat.
Tetapi janganlah bermain dengan persepsi melalui tajuk yang sensasi.
Rakyat berhak dapat penjelasan yang jujur dan seimbang, bukan sekadar angka besar untuk menimbulkan panik.
Dalam masa sama, kerajaan Persekutuan juga perlu menjawab kebimbangan rakyat tentang pendekatan yang semakin melonggarkan hukuman berat termasuk penghapusan hukuman gantung mandatori. Sekurang-kurangnya ia memberi persepsi bahawa elemen pencegahan semakin dilemahkan.
Apa yang penting:
✔ PDRM terus diperkasa membanteras jenayah
✔ Kerajaan menjaga kesejahteraan rakyat
✔ Masyarakat diperkukuh dengan nilai agama dan moral
Jangan baca tajuk sahaja. Baca sampai habis, faham konteks, baru kita berlaku adil pada fakta.