Pasukan Polis Marin Wilayah Dua

Pasukan Polis Marin Wilayah Dua LAMAN FACEBOOK RASMI PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA JOHOR

Salam Aidiladha 1447H.YDH ACP Hj Noor Azman Bin Hj Jamal, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua dan Ybgh Puan Hjh Roz...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H.

YDH ACP Hj Noor Azman Bin Hj Jamal, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua dan Ybgh Puan Hjh Rozana Binti Mohd Nasir, Pengerusi PERKEP PPM W2 menzahirkan ucapan Salam Aidiladha 1447H.

Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan yang dizahirkan membawa keberkatan, keamanan serta mengeratkan silaturahim sesama kita. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Pasukan Polis Marin Wilayah Dua dan keluarga.

PROGRAM RENDEZVOUS (RV) & RONDAAN TERKOORDINASI ANTARA PPM WILAYAH DUA JOHOR BERSAMA DITPOLAIRUD POLDA RIAU INDONESIA. P...
25/05/2026

PROGRAM RENDEZVOUS (RV) & RONDAAN TERKOORDINASI ANTARA PPM WILAYAH DUA JOHOR BERSAMA DITPOLAIRUD POLDA RIAU INDONESIA.

Pada 25 Mei 2026, Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor telah melaksanakan Program Rendezvous (RV) dan rondaan terkoordinasi bersama Ditpolairud Polda Riau di perairan Gosong Rob Roy, Permatang Rupat.

Program ini melibatkan kehadiran pegawai kanan dari PPM W2 Johor, IPK Melaka, IPD Muar yang diketuai oleh ACP Noor Azman Bin Jamal, Komander PPM Wilayah Dua Johor serta delegasi Ditpolairud Polda Riau diketuai Kombes Pol Apri Fajar Hermanto. Pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuk sesi suai kenal, perbincangan strategik, pertukaran maklumat, serta pemeteraian kerjasama antara kedua-dua pihak.

Kerjasama ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Indonesia dalam meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan maritim antara dua negara berjiran. Selain daripada itu, kerjasama yang ini bagi membanteras jenayah rentas sempadan seperti kontraban, dadah dan penyeludupan migran dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara

Program diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati dan bergambar sebagai simbolik jalinan kerjasama erat antara kedua-dua negara. Diharapkan kerjasama strategik ini akan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan dan keselamatan bersama.

π™π™€π™‰π˜Ώπ™€π™•π™‘π™Šπ™π™Ž π˜Ώπ™„ π™‡π˜Όπ™π™: π™‹π™‹π™ˆ π™’π™„π™‡π˜Όπ™”π˜Όπ™ƒ π˜Ώπ™π˜Ό & π™Žπ™„π™‰π™‚π˜Όπ™‹π™Šπ™π™€ π™‹π™Šπ™‡π™„π˜Ύπ™€ π˜Ύπ™Šπ˜Όπ™Žπ™ π™‚π™π˜Όπ™π˜Ώ π™π™€π™π™π™Ž 𝙋𝙀𝙍𝙆𝙐𝙆𝙐𝙃 π™†π™€π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™Žπ™€π™ˆπ™‹π˜Όπ˜Ώπ˜Όπ™‰ πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€πŸ‡ΈπŸ‡¬Pasukan Poli...
25/05/2026

π™π™€π™‰π˜Ώπ™€π™•π™‘π™Šπ™π™Ž π˜Ώπ™„ π™‡π˜Όπ™π™: π™‹π™‹π™ˆ π™’π™„π™‡π˜Όπ™”π˜Όπ™ƒ π˜Ώπ™π˜Ό & π™Žπ™„π™‰π™‚π˜Όπ™‹π™Šπ™π™€ π™‹π™Šπ™‡π™„π˜Ύπ™€ π˜Ύπ™Šπ˜Όπ™Žπ™ π™‚π™π˜Όπ™π˜Ώ π™π™€π™π™π™Ž 𝙋𝙀𝙍𝙆𝙐𝙆𝙐𝙃 π™†π™€π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™Žπ™€π™ˆπ™‹π˜Όπ˜Ώπ˜Όπ™‰ πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€πŸ‡ΈπŸ‡¬

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor terus memperkukuhkan hubungan strategik dan kerjasama rentas sempadan menerusi Program Rendezvous (RV) bersama Singapore Police Coast Guard (SPCG) yang telah berlangsung pada 25 Mei 2026 di perairan Sungai Melayu, Iskandar Puteri.

Program ini melibatkan aset Bot Ronda PSC 33 milik PPM Wilayah Dua Johor dan Bot PC 317 milik SPCG dalam satu pertemuan penuh mesra serta semangat setia kawan yang tinggi di sempadan perairan Malaysia–Singapura.

Pertemuan dua hala ini menjadi platform penting bagi memperkukuhkan koordinasi operasi, perkongsian maklumat perisikan rentas sempadan, selain membincangkan usaha mempertingkat rondaan dan kawalan keselamatan maritim secara lebih efektif.

Antara fokus utama yang dibincangkan termasuk pengukuhan kerjasama operasi di sempadan laut, mekanisme perkongsian maklumat secara pantas, serta pemantapan saluran komunikasi β€œfocal point” antara kedua-dua agensi bagi memastikan tindakan segera dapat dilaksanakan terhadap sebarang ancaman jenayah rentas sempadan.

Program ini bukan sahaja mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua pasukan dalam memastikan keselamatan perairan sentiasa terpelihara, malah menjadi simbol hubungan erat dan persefahaman kukuh antara Malaysia dan Singapura dalam mengekalkan keamanan serta kestabilan maritim serantau.

PPM Wilayah Dua Johor komited untuk terus memperkasa kerjasama strategik demi memastikan perairan negara kekal aman, selamat dan terkawal.

β€œBersama Menjaga Kedaulatan Perairan Negara”

PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU 'π—‘π—˜π—šπ—”π—₯π—”π—žπ—¨' DAN  BACAAN IKRAR  'π—₯π—¨π—žπ—¨π—‘ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔' PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA ...
18/05/2026

PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU 'π—‘π—˜π—šπ—”π—₯π—”π—žπ—¨' DAN BACAAN IKRAR 'π—₯π—¨π—žπ—¨π—‘ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔' PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA BAGI MENYEMARAKKAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA.

Tampoi, 18 Mei 2026- Pelaksanaan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Ikrar Rukun Negara Peringkat Pasukan Polis Marin Wilayah Dua telah diadakan di Dataran Kawad PPM W2. Majlis telah disempurnakan oleh YDH DSP Ahamd Sobri Bin Sudin,Ketua Bahagian Kepolisan Am,PPM W2.

Aturcara dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu,bacaan doa dan diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh SM Mohd Irwan Bin MD Termigi,daripada Bahagian Kejuruteraan PPM W2.

Turut hadir dalam atucara ini ialah PKP/PRP/PA warga kerja PPM W2,Johor.




Madani

PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUATampoi, 15 Mei 2026 (Jumaat) – Pasukan Polis Marin Wi...
15/05/2026

PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA

Tampoi, 15 Mei 2026 (Jumaat) – Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM W2) telah menganjurkan Program Solat Sunat Dhuha yang berlangsung di Surau PPM W2 bermula pada jam 9.00 pagi.

Program mingguan yang diadakan setiap hari Jumaat ini dimulakan dengan santapan rohani berupa tazkirah ringkas dan bacaan selawat, diikuti dengan Solat Sunat Dhuha.

Turut hadir dalam program ini ialah YDH ACP Hj Noor Azman Bin Hj Jamal, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua,Ketua-Ketua Bahagian , pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, pegawai awam IPD PPM W2 serta warga PULAMAR.




PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA. , 14 Mei 2026 β€” Program Trim & Fit peringkat Pasukan Polis...
14/05/2026

PROGRAM TRIM & FIT PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA.

, 14 Mei 2026 β€” Program Trim & Fit peringkat Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ( PPM W2 ) telah diadakan di Dataran Kawad PPM W2. Program dimulakan dengan larian 2km dan senaman aerobik yang menekankan aspek kardio dan pergerakan fizikal.Turut hadir menjayakan program ini ialah YDH ACP Hj Noor Azman Bin Hj Jamal, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Ketua-Ketua Bahagian,Pegawai kanan dan juga Warga PPM W2.

Program ini bertujuan untuk mewujudkan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sihat, cergas dan berdaya tahan, demi memastikan penugasan serta penyampaian perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat dapat dilaksanakan secara efisien.

Melalui program seperti ini, setiap warga PDRM digalakkan untuk mengekalkan tahap kesihatan, kecergasan dan ketangkasan yang tinggi agar dapat melaksanakan tugas harian dengan lebih cekap, berkesan dan profesional.


KDNKAPDRM

Madani

PROGRAM AMALAN GAYA HIDUP SIHAT (SUKAN BOLA SEPAK) PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUATampoi, 13 Mei 2026  – Telah berlangsu...
13/05/2026

PROGRAM AMALAN GAYA HIDUP SIHAT (SUKAN BOLA SEPAK) PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA

Tampoi, 13 Mei 2026 – Telah berlangsung Program Amalan Gaya Hidup Sihat melalui perlawanan persahabatan bola sepak antara Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM W2) menentang APMM FC bertempat di Padang PPM W2 pada jam 5.00 petang yang mana berkesudahan PPM W2 menerima kekalahan dengan jaringan 5-0

Program yang diadakan dua kali seminggu telah dihadiri oleh pegawai serta anggota yang diketuai oleh YDH DSP Ahmad Sobri bin Sudin, Ketua Bahagian Kepolisan Am.

Tujuan utama perlawanan bola sepak ini adalah untuk memastikan warga Polis, khususnya warga PPM W2, kekal sihat dari segi fizikal dan mental. Selain itu, ia juga bertujuan memupuk serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan warga Marin bersama agensi lain termasuk masyarakat setempat.




KOMANDER PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA MERAIHKAN ANGGOTA YANG BARU BERSARA.Tampoi, 13 Mei 2026 – YDH ACP Haji Noor Azm...
13/05/2026

KOMANDER PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA MERAIHKAN ANGGOTA YANG BARU BERSARA.

Tampoi, 13 Mei 2026 – YDH ACP Haji Noor Azman Bin Haji Jamal, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan selamat bersara kepada Sarjan (B) Abd Rani Bin Johar yang telah bersara pada 01 Mei 2026 dan Sarjan (B) Zaid Bin Abdullah yang telah bersara pada 17 April 2026.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga atas segala khidmat bakti, disiplin serta semangat patriotisme yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka bersama Polis Diraja Malaysia. Sesungguhnya, kedua-dua pesara ini bukan sekadar anggota pasukan, malah merupakan wira barisan hadapan yang telah banyak menyumbang tenaga dan keringat demi keselamatan serta kedaulatan negara tercinta.
Beliau turut mendoakan agar kedua-dua pesara dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta menikmati alam persaraan dengan penuh ketenangan dan keberkatan.

Sarjan (B) Abd Rani Bin Johar telah menyertai PDRM pada 01 Ogos 1994 dan menamatkan perkhidmatan terakhir di Bahagian Operasi Risik, manakala Sarjan (B) Zaid Bin Abdullah p**a mula berkhidmat dalam PDRM pada 07 Januari 1990 dan menamatkan tugas terakhir sebagai Ketua Bot Penyengat 1 (PSC 33).

Kedua-dua anggota yang diraikan turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, khususnya kepada YDH ACP Haji Noor Azman Bin Haji Jamal atas sokongan, kepimpinan berwibawa serta tunjuk ajar yang amat bernilai sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Majlis ringkas tersebut telah diadakan di Pejabat KPPM W2 dan turut dihadiri oleh YDH Supt Hazri Bin Zakaria, Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua bersama Ketua-Ketua Bahagian serta wakil-wakil bahagian.

Salam hormat, wira-wira samudera. Jasa dan baktimu akan sentiasa dikenang.




PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU 'π—‘π—˜π—šπ—”π—₯π—”π—žπ—¨' DAN  BACAAN IKRAR  'π—₯π—¨π—žπ—¨π—‘ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔' PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA ...
11/05/2026

PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU 'π—‘π—˜π—šπ—”π—₯π—”π—žπ—¨' DAN BACAAN IKRAR 'π—₯π—¨π—žπ—¨π—‘ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔' PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA BAGI MENYEMARAKKAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA.

Tampoi, 11 Mei 2026- Pelaksanaan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Ikrar Rukun Negara Peringkat Pasukan Polis Marin Wilayah Dua telah diadakan di Dataran Kawad PPM W2. Majlis telah disempurnakan oleh YDH DSP Ramley Bin Ahmed Tabon,Ketua Bahagian Operasi Risik,PPM W2.

Aturcara dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu,bacaan doa dan diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh SM Mohd Saifulnizam Bin Ibrahim ,daripada Bahagian Kejuruteraan PPM W2.

Turut hadir dalam atucara ini ialah PKP/PRP/PA warga kerja PPM W2,Johor.




Madani

SIARAN MEDIA KOMANDER PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA JOHOR. TANGKAPAN DAN RAMPASAN OP TARING LANDAI PPM W2 JOHOR.
10/05/2026

SIARAN MEDIA KOMANDER PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH DUA JOHOR.

TANGKAPAN DAN RAMPASAN OP TARING LANDAI PPM W2 JOHOR.




Address

Markas Pasukan Polis Marin
Tampoi
81200

Telephone

072372222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Polis Marin Wilayah Dua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category