Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin

Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin Facebook Rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Hotline: 06-4431999 | Telefon: 06-4411222 | Faks: 06

KURSUS KEMAHIRAN IMAM, BILAL DAN PEMBACA DOA PERINGKAT IPD TAMPIN TAHUN 2026Tampin, 5 Mei 2026 – Telah berlangsung Kursu...
05/05/2026

KURSUS KEMAHIRAN IMAM, BILAL DAN PEMBACA DOA PERINGKAT IPD TAMPIN TAHUN 2026

Tampin, 5 Mei 2026 – Telah berlangsung Kursus Kemahiran Imam, Bilal dan Pembaca Doa bertempat di Surau Darul Ikhwah, IPD Tampin, dengan penglibatan warga IPD Tampin.

Program ini menampilkan penceramah jemputan, Ustaz Humaidi bin Hj. Radzli dari Kolej Al-Quran Saiyidina Ali (KAQSA), Melaka yang telah menyampaikan perkongsian ilmu berkaitan asas fiqh solat, persediaan serta peranan imam dan bilal.

Selain sesi ceramah, peserta turut didedahkan dengan latihan praktikal meliputi klinik bacaan, tertib solat, bacaan doa serta latihan azan dan iqamah bagi meningkatkan kemahiran serta keyakinan dalam mengimarahkan surau.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDH Supt. Tuan Amiruddien bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin dan YDH DSP Tuan Mohd Rezal bin Arifin, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin bersama barisan pegawai kanan dalam sesi penutup yang diakhiri dengan penyampaian sijil, cenderahati, sesi bergambar dan solat Zohor berjemaah.

Semoga program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai warga yang berkemahiran serta berkeyakinan dalam menggalas peranan sebagai imam, bilal dan pembaca doa.



MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA BAHAGIAN LOGISTIK DAN TEKNOLOGI IPD TAMPIN Tampin, 04 Mei 2026 – Telah berlangsung Majli...
04/05/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA BAHAGIAN LOGISTIK DAN TEKNOLOGI IPD TAMPIN

Tampin, 04 Mei 2026 – Telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Logistik Dan Teknologi bertempat di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, petang tadi.

Majlis serah terima tugas di antara ASP Tuan Jusman bin Ahmas (Penyerah) dan Insp Tuan Mohd Waqiuddin bin Nordin, Ketua Bahagian Logistik Dan Teknologi IPD Tampin yang baharu (Penerima) dan disaksikan oleh YDH Supt. Amiruddien bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin.

Dalam ucapan beliau, ASP Tuan Jusman bin Asmas merakamkan penghargaan kepada seluruh warga IPD Tampin atas kerjasama, komitmen serta sokongan yang diberikan sepanjang beliau di sini. Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan atas kepercayaan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

YDH Tuan Ketua Polis Daerah Tampin dalam ucapan beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ASP Tuan Jusman bin Asmas atas jasa, sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang berkhidmat di bahagian tersebut serta turut mengalu-alukan Insp Tuan Mohd Waqiuddin bin Nordin sebagai Ketua Bahagian yang baharu dan berharap agar kepimpinan beliau dapat meneruskan kecemerlangan serta memperkukuh kesiapsiagaan bahagian dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Turut hadir, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Tampin.

LAWATAN KETUA POLIS DAERAH TAMPIN KE ATAS ADUN GEMENCHEH DI HOSPITAL TAMPIN22 April 2026 (Rabu) – YDH Supt. Amiruddien b...
22/04/2026

LAWATAN KETUA POLIS DAERAH TAMPIN KE ATAS ADUN GEMENCHEH DI HOSPITAL TAMPIN

22 April 2026 (Rabu) – YDH Supt. Amiruddien bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin bersama isteri YBhg. Puan Safra Diyana binti Roslan, Pengerusi PERKEP IPD Tampin telah mengadakan lawatan ke atas ADUN Gemencheh, YB Tuan Suhaimizan bin Bizar di Hospital Tampin, Negeri Sembilan.

Lawatan turut disertai oleh pegawai IPD Tampin dan ahli PERKEP sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada beliau yang sedang menerima rawatan.

Dalam lawatan tersebut, YDH KPD Tampin telah menyampaikan sedikit buah tangan sebagai tanda ingatan.

Semoga YB Tuan Suhaimizan bin Bizar diberikan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan.





LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH TAMPIN DAN PENGERUSI PERKEP TAMPIN KE ATAS ANAK PEGAWAI AWAM 22 April 2026 (Rabu) –...
22/04/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH TAMPIN DAN PENGERUSI PERKEP TAMPIN KE ATAS ANAK PEGAWAI AWAM

22 April 2026 (Rabu) – YDH Supt. Tuan Amiruddien bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin bersama isteri YBhg. Puan Safra Diyana binti Roslan, Pengerusi PERKEP IPD Tampin telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas keluarga seorang pegawai awam Balai Polis Air Kuning Selatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Lawatan ini turut disertai pegawai-pegawai kanan serta ahli PERKEP IPD Tampin dan disambut oleh wakil IPD Batu Pahat.

Lawatan adalah bagi menziarahi pesakit, Muhammad Alif Iqbal bin Mohd Azirin, 21 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kini menerima rawatan di Wad 4B.

Dalam lawatan tersebut, YDH Tuan Ketua Polis Daerah Tampin bersama isteri telah menyampaikan sumbangan kepada waris sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.





PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL KOR KADET POLIS DAERAH TAMPIN 202622 April 2026 (Rabu) – Majlis Perasmian Penutup Karnival Pe...
22/04/2026

PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL KOR KADET POLIS DAERAH TAMPIN 2026

22 April 2026 (Rabu) – Majlis Perasmian Penutup Karnival Pertandingan Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Tampin Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Semerbak, SMK Bukit Rokan, Gemencheh.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH DSP Tuan Mohd Rezal bin Arifin, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin dan turut dihadiri pegawai-pegawai kanan IPD Tampin, wakil Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua sekolah, jurulatih serta guru-guru penasihat Kor Kadet Polis.

Karnival ini melibatkan penyertaan seramai 76 orang ahli kadet daripada sekolah-sekolah sekitar Daerah Tampin. Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya kawad kaki, rombak & pasang senjata api serta mara lasak.

Penganjuran karnival ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli kadet mengenai peranan dan disiplin Kor Kadet Polis di samping membentuk jati diri yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk mengenal pasti bakat-bakat terbaik bagi mewakili Daerah Tampin ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar serta berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan ke arah melahirkan generasi kadet yang cemerlang dan berdisiplin.





⚠️ AWAS! TIPU MENYAMAR RAKAN & SAUDARA MARA ⚠️Sindiket kini semakin licik. Mereka menyamar sebagai rakan atau ahli kelua...
21/04/2026

⚠️ AWAS! TIPU MENYAMAR RAKAN & SAUDARA MARA ⚠️

Sindiket kini semakin licik. Mereka menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga menggunakan nombor baharu, kemudian meminta bantuan wang atas alasan kecemasan.

Ramai mangsa terpedaya kerana percaya mesej seperti:
📱 “Ini nombor baru saya”
📱 “Saya perlukan bantuan segera”
📱 “Transfer dulu, nanti saya bayar balik”

Jangan panik. Jangan terus percaya.

✅ Hubungi nombor lama untuk pengesahan
✅ Semak dengan ahli keluarga lain terlebih dahulu
✅ Jangan transfer wang tanpa kepastian

Ingat — scammer hanya perlukan beberapa minit untuk menipu, tetapi mangsa menanggung kerugian seumur hidup.

Sebarkan maklumat ini supaya lebih ramai tidak menjadi mangsa.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
IPK Negeri Sembilan 🚨

16/04/2026

TAKLIMAT PENDAFTARAN AKAUN PENGGUNA SISTEM MYSPR BAGI PARLIMEN TAMPIN

Tampin, 16 April 2026 – Telah berlangsung Taklimat Pendaftaran Akaun Pengguna Sistem MySPR bagi Parlimen Tampin bertempat di Dewan Perumahan IPD Tampin, pagi tadi.

Program ini diadakan dengan kehadiran YDH DSP Mohd Rezal bin Arifin, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai serta warga IPD Tampin.

Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sembilan bagi memberi penerangan berkaitan pendaftaran akaun pengguna Sistem MySPR serta proses pendaftaran yang betul dan sistematik.

Diharapkan melalui taklimat ini, semua peserta dapat memahami dengan lebih jelas berkaitan penggunaan Sistem MySPR sekaligus memastikan proses pendaftaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.



🏆 KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KPNS 2026 🏆🔥 Saksikan Perlawanan Secara Langsung! 🔥Jangan lepaskan peluang untuk menyaksika...
06/04/2026

🏆 KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KPNS 2026 🏆

🔥 Saksikan Perlawanan Secara Langsung! 🔥
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi penuh semangat dan persaingan sengit antara IPD Tampin menentang PULAPAH! 💪⚽

TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZS98nJSwLq1gA-OSKMO/

Ayuh hadir memberi sokongan padu kepada pasukan IPD Tampin! Kehadiran anda pasti menyemarakkan lagi semangat juang di padang! 🙌🔥

Final Tour N3 🚓. | Check out Redzwan Wak's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Redzwan Wak.

‼️SATU JANJI UNTUNG BESAR… BOLEH JADI PERMULAAN KEHILANGAN SEGALANYA.‼️Scammer tidak pernah berhenti mencari mangsa.Mere...
30/03/2026

‼️SATU JANJI UNTUNG BESAR… BOLEH JADI PERMULAAN KEHILANGAN SEGALANYA.‼️

Scammer tidak pernah berhenti mencari mangsa.
Mereka gunakan taktik yang sama:

📈 Janji pulangan tinggi
🚫 Kononnya tiada risiko
📲 Hubungi melalui WhatsApp / Telegram sahaja
💳 Arah pindah wang ke akaun individu

Hakikatnya… itu semua perangkap.

Sebelum melabur:
✔️ Semak dengan Bank Negara Malaysia
✔️ Jangan pindah wang tergesa-gesa
✔️ Hubungi NSRC 997 jika mencurigakan
✔️ Segera buat laporan polis
Jangan biarkan simpanan bertahun hilang dalam beberapa minit.

Berhati-hati. Semak dahulu sebelum melabur.‼️





Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin
Tampin
73000

Telephone

+6064411222

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin:

Share