08/05/2026
๐ PROGRAM TRANSISI KLIEN KE KOMUNITI 2026๐
๐ Pulau Besar
๐
5 โ 8 Mei 2026
Program berlangsung selama 3hari 2malam yang cukup bermakna buat para penghuni apabila mereka diberi peluang menyertai Program Transisi Klien ke Komuniti 2026 yang berlangsung dalam suasana tenang dan mendamaikan di Pulau Besar, Melaka. Program ini bukan sekadar aktiviti luar institusi, tetapi ia menjadi satu perjalanan untuk membina keyakinan diri, semangat kerjasama dan persediaan kembali ke dalam komuniti dengan lebih positif.
Seawal hari pertama, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti aktiviti Kapal Terbang Kertas, Sand Therapy, Team Bonding, Aqua Therapy dan aktiviti Relaksasi. Deruan ombak dan suasana alam semula jadi memberi ruang kepada penghuni untuk menenangkan emosi, mengenali diri serta belajar melepaskan tekanan yang dipendam. Momen ini menjadi satu pengalaman yang cukup menyentuh hati apabila setiap peserta mula membuka langkah untuk berubah dan memperbaiki kehidupan.
Cabaran diteruskan pada hari kedua iaitu aktiviti Challenge By Choices โ Perahu Panjang yang benar-benar menguji semangat berpasukan dan komunikasi antara peserta. Setiap kayuhan memerlukan kesepakatan dan kepercayaan antara satu sama lain. Walaupun penat, semangat yang ditunjukkan jelas membuktikan bahawa mereka mampu bangkit dan bergerak ke hadapan bersama-sama.
Aktiviti Island Tracking pada sebelah petang p**a membawa peserta meneroka keindahan alam ciptaan tuhan sambil membina ketahanan mental dan fizikal. Setiap laluan yang ditempuhi mengajar mereka tentang kesabaran, disiplin dan pentingnya untuk tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran kehidupan yang pelbagai.
Pada hari ketiga yang merupakan hari terakhir, program diteruskan dengan aktiviti kemasyarakatan iaitu membersihkan kawasan sekitar pantai. Aktiviti ini bukan sahaja memupuk rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar, malah mengajar peserta untuk menghargai kebersihan dan semangat memberi khidmat dan berbakti kepada masyarakat. Melalui aktiviti ini, para penghuni turut belajar bahawa setiap individu mampu memberi manfaat kepada komuniti walau dalam apa jua keadaan.
Keseluruhannya, program ini berjaya memberi pengetahuan, pengalaman yang sangat bermakna kepada para peserta. Semoga segala pengajaran, nilai murni dan semangat yang diperoleh sepanjang program berlangsung menjadi inspirasi dan bekalan ilmu untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih yakin, positif dan bersedia kembali kepada masyarakat. ๐ฑโจ