Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Tampin

Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Tampin Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Tampin

NOTIS PENUTUPAN JALANPENUTUPAN JALAN N104 JALAN LONDAH - PALONG ( JALAN NEGERI )Dimaklumkan bahawa penutupan jalan kepad...
22/04/2026

NOTIS PENUTUPAN JALAN

PENUTUPAN JALAN N104 JALAN LONDAH - PALONG ( JALAN NEGERI )

Dimaklumkan bahawa penutupan jalan kepada semua jenis kenderaan dilaksanakan di laluan N104 Jalan Londah - Palong (Seksyen 2.00) Daerah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus berikutan kerja-kerja pembaikan jalan sedang dilaksanakan.

TARIKH PENUTUPAN : 22 APRIL 2026 – 24 APRIL 2026

KERJA INI AKAN MELIBATKAN PENUTUPAN JALAN SEPENUHNYA.
MOHON GUNA LALUAN ALTERNATIF

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

SUMBER
Jurutera Daerah,
JKR Daerah Tampin
21 April 2026

08/04/2026
08/04/2026

TIADA KOMPROMI TERHADAP PEMANDU MABUK

• Memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah satu jenayah serius yang mengancam nyawa. Anda bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah menjadi ancaman kepada semua pengguna jalan raya.

• Memandu dalam keadan mabuk boleh membawa kepada kematian, kecederaan parah, kecacatan kekal dan penderitaan seumur hidup kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain

• Tiada alasan. Tiada pengecualian. Penguatkuasaan akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang memandu dalam keadaan mabuk.

• Fikir sebelum memandu. Jika anda minum, jangan memandu.

• ⁠Ambil langkah bijak dengan menggunakan e-hailing atau mendapatkan pemandu alternatif.

• Ingat, satu kesilapan boleh menghancurkan masa depan anda dan meragut nyawa orang lain.

25/03/2026

SELAMAT MENYAMBUT HUT JSPT KE-10

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ke-10 buat semua warga JSPT.

Semoga JSPT terus melakar kecemerlangan sebagai nadi penggerak kelancaran arus kota, unggul dalam menyampaikan perkhidmatan yang berwibawa kepada masyarakat. Dengan ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang dan kecekapan dalam mengemudi cabaran lalu lintas yang kian kompleks.






#25032026

25/03/2026
25/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄-𝟐𝟏𝟗

Sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 pada 25 Mac 2026, YDH DCP Dato’ Alzafny bin Ahmad Ketua Polis Negeri Sembilan bersama seluruh warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga PDRM yang sentiasa komited, berdedikasi serta berintegriti dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan negara.

Pengorbanan serta kecekalan seluruh warga pasukan dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara amatlah dihargai oleh masyarakat. Semoga Polis Diraja Malaysia terus kekal relevan, berwibawa serta menjadi institusi yang sentiasa diyakini rakyat.

Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh masyarakat Negeri Sembilan yang sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negeri ini sentiasa terpelihara.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Selamat Menyambut Hari Polis Ke-219 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia.




23/03/2026

🚨 OP SELAMAT 26/2026 🚨

Tampin, 23 Mac 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tampin telah melaksanakan Op Selamat 26/2026 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menjalankan pemantauan serta kawalan lalu lintas di laluan-laluan utama serta laluan keluar simpang di sekitar daerah Tampin.Turut hadir dalam pemantauan ini ASP Anas bin Riduan(KBSPTD Tampin)

Antara laluan yang terlibat:
🚗 Jalan Pekan Gemencheh
🚗 Jalan Simpang Jelai
🚗 Jalan Simpang Sungai Dua
🚗 Jalan Simpang Sungai Kelamah Jelai
🚗 Jalan Pasir Besar Gemas
🚗 Kawasan Pekan Tampin

Penugasan ini bertujuan untuk melancarkan aliran trafik serta memudahkan pergerakan orang ramai, khususnya yang mula kembali ke bandar selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Turut bersama membantu dalam melancarkan aliran lalu lintas ialah anggota dari Balai Polis Gemas, Balai Polis Gemencheh serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Tampin (MPV).

Selain itu, pihak Pertubuhan Kebajikan dan Keselamatan Komuniti Felda Jelai (PERISAI) turut berterima kasih dengan bantuan penugasan kawalan lalu lintas di simpang Felda Jelai bagi membantu melancarkan aliran trafik serta memastikan pergerakan keluar masuk penduduk lebih teratur sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kerjasama ini mencerminkan semangat kebersamaan antara agensi keselamatan dan komuniti setempat dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan orang ramai sentiasa terpelihara.

✨ “Kongsi Perjalanan,
Kongsi Keselesaan, Keselamatan Diutamakan”

21/03/2026

OP SELAMAT 26/2026

Tampin, 21 Mac 2026-Sempena Op Selamat 26, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tampin telah menjalankan pemantauan serta kawalan lalu lintas di laluan utama sekitar daerah ini.

Antara laluan terlibat:
🚗 Jalan Pekan Gemencheh
🚗 Jalan Simpang Sungai Dua Jelai
🚗 Jalan Simpang Sungai Kelamah
🚗 Jalan Pasir Besar Gemas

Penugasan ini bertujuan melancarkan aliran trafik serta memudahkan urusan perjalanan orang ramai yang pulang menyambut Hari Raya, berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

👮‍♂️ Sentiasa patuhi peraturan lalu lintas dan pandu dengan selamat.
✨ “”Kongsi perjalanan, kongsi keselesaan
Keselamatan Diutamakan

Address

BSPTD TAMPIN
Tampin
73000

Telephone

+6064412502

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share