Pejabat Parol Daerah Tampin

Pejabat Parol Daerah Tampin PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI DAERAH TAMPIN

LAWATAN KERJA PENGARAH PENJARA NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT PAROL DAERAH TAMPIN  🔰MAKLUMAT LAWATAN📍Tarikh : 03 November 20...
05/11/2025

LAWATAN KERJA PENGARAH PENJARA NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT PAROL DAERAH TAMPIN

🔰MAKLUMAT LAWATAN

📍Tarikh : 03 November 2025 (Isnin)

📍Masa : 10:00 pagi – 12.00 tengah hari

📍Penglibatan : Kakitangan Pejabat Parol dan Komuniti Daerah Tampin, Pesalah PKW, ODP/OBB CSI dan Pihak Majikan (CSI)

1. Pada 03 November 2025 (Isnin) jam 10:00 pagi, Pejabat Parol Daerah Tampin telah menerima lawatan kerja dari Pengarah Penjara Negeri Sembilan, YDH PKK Talhah bin Hasim dan diiringi oleh Insp. Sanjevei a/l Krishnamoorthy. Kehadiran YDH PKK Talhah bin Hasim buat julung kalinya ini setelah menjalankan tugas Pengarah Penjara Negeri yang baharu. Ketibaan beliau telah disambut oleh KIP Hishamuddin bin Nasar bersama Insp. Penjara Muhammad Iqmal Muzamel bin Ya’akob serta anggota-anggota Pejabat Parol Daerah Tampin.

2. Lawatan kerja ini dimulakan dengan sesi taklimat perjalanan pengoperasian Pejabat Parol Daerah Tampin yang telah disampaikan oleh Pegawai Parol Daerah Tampin, KIP Hishamuddin bin Nasar di Bilik Mesyuarat PPD yang merangkumi sejarah PPD Tampin, pengurusan kakitangan, program CSI dan program Pemulihan Dalam Komunti (PDK) yang dilaksanakan di peringkat Parol Daerah Tampin. Beliau juga turut menyampaikan amanat tentang hala tuju Jabatan selaras dengan Visi dan Misi Jabatan dalam Pemulihan Dalam Komuniti.

3. Seterusnya, lawatan kerja diteruskan dengan membuat lawatan dan meninjau tapak cadangan bagi pembinaan Rumah Perantaraan (RP) Daerah Tampin baharu yang berada berhadapan dengan bangunan pejabat parol. Lawatan tapak ini bagi melihat kesesuaian penubuhan RP baharu di Daerah Tampin.

4. Kemudian YDH Pengarah Penjara Negeri Sembilan turut dibawa bagi meninjau pelaksanaan Pusat Kehadiran Wajib di Masjid Kariah Repah dimana pada masa kini terdapat (1) Pesalah PKW yang telah menjalani Perintah Kehadiran Wajib. Beliau turut berkesempatan menjalankan sesi bimbingan dan nasihat kepada Pesalah PKW agar menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat serta belajar menghayati ajaran agama Islam supaya tidak terjebak kepada perkara-perkara yang negatif pada masa hadapan.

5. Diakhiri sesi lawatan kerja, YDH Tuan Pengarah Negeri telah membuat lawatan kerja kepada pihak majikan (CSI) iaitu Syarikat Jaya Baraka Enterprise (Nasi Arab Aladdin Tampin). Pihak syarikat telah berbesar hati dan menyambut baik hasrat YDH Tuan Pengarah Negeri ke tempat mereka. Selain itu, YDH Tuan telah memberikan sesi intervensi berbentuk bimbingan dan nasihat kepada prospek yang diambil bekerja di syarikat ini.

Penjara Negeri Sembilan
Pejabat Pengarah Penjara Negeri - PPN N9

KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT PAROL DAERAH TAMPIN KE MAJLIS DAERAH TAMPINPada 15 Oktober 2025 (Rabu) jam 3.00 petang bertempa...
24/10/2025

KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT PAROL DAERAH TAMPIN KE MAJLIS DAERAH TAMPIN

Pada 15 Oktober 2025 (Rabu) jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Mutiara, Majlis DaerahTampin, satu Kunjungan Hormat telah diadakan oleh Pejabat Parol Daerah Tampin ke Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT) dan kunjungan ini diketuai oleh KIP Hishamuddin bin Nasar, Pegawai Parol Daerah Tampin, bersama Sjn Anuar bin Mohamed dan Sjn Noor Balqis binti Yaacop. Sesi ini pertemuan ini telah melibatkan Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Puan Suriani binti Salihan, bersama Setiausaha MDT, Puan Siti Noraidah binti Idris serta pegawai-pegawai kanan MDT.

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memberikan penerangan dan membincangkan pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia, khususnya berkaitan Sistem Parol, Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL), dan Perintah Kehadiran Wajib (PKW). Selain itu, perbincangan turut menumpukan kepada potensi kerjasama antara Pejabat Parol Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan, termasuk inisiatif Rumah Perantaraan (RP) di bawah seliaan Pejabat Parol Daerah Tampin.

Secara keseluruhannya, kunjungan hormat ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua jabatan serta membuka ruang kerjasama strategik yang lebih erat bagi menyokong agenda pemulihan dan pembangunan komuniti di Daerah Tampin.

Penjara Negeri Sembilan
Pejabat Pengarah Penjara Negeri - PPN N9

PELAKSANAAN PAMERAN SEMPENA KARNIVAL CILIK ANAK MERDEKA (KCM25’) SK DATO’ INAS TAHUN 2025 OLEH PEJABAT PAROL DAN PERKHID...
06/10/2025

PELAKSANAAN PAMERAN SEMPENA KARNIVAL CILIK ANAK MERDEKA (KCM25’) SK DATO’ INAS TAHUN 2025 OLEH PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI DAERAH TAMPIN

Pada 05 Oktober 2025 (Ahad) Pejabat Parol Daerah Tampin telah dijemput untuk mengadakan pameran dari Jabatan Penjara Malaysia dan telah di tempatkan di dalam Bilik Sains SK Dato’ Inas.

Karnival ini turut melibatkan beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Klinik Kesihatan Daerah Johol. Program yang julung kali di anjurkan oleh SK Dato’ Inas ini juga menerima sambutan baik oleh penduduk setempat dan juga pelajar-pelajar dari sekolah yang berdekatan yang sama-sama hadir memeriahkan program ini. Pameran serta penerangan berkaitan dengan kepenjaraan telah diberikan oleh Insp. Muhammad Iqmal Muzamel bin Ya’akob dan turut di bantu oleh Kpl 23006 Ahmad Azaha bin Che Mohd Zain dan Wdr 25321 Ahmad Syadi bin Adnan. Pameran ini juga telah memberikan maklumat sedikit sebanyak kepada masyarakat luar mengenai sistem kepenjaraan dahulu dan masa kini.

Karnival Cilik Anak Merdeka (KCM25’) ini turut menerima penghormatan dari YB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim selaku EXCO Pendidikan dan Modal Insan merangkap ADUN Senaling yang turut hadir bersama menjayakan dan sekali gus merasmikan karnival yang di anjurkan oleh pihak Sekolah.

Keseluruhannya, kedatangan tetamu yang hadir semasa pameran ini telah memberikan maklumbalas yang positif serta dapat menerima mesej yang disampaikan. Pameran ini bermula pada jam 10:00 pagi dan berakhir pada jam 2:00 petang.

Penjara Negeri Sembilan
Pejabat Pengarah Penjara Negeri - PPN N9

PELAKSANAAN PAMERAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU SYED SYAABAN SEMPENA KARNIVAL SEMARAK MERDEKA OLEH PEJABAT PAROL DAN PER...
12/09/2025

PELAKSANAAN PAMERAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU SYED SYAABAN SEMPENA KARNIVAL SEMARAK MERDEKA OLEH PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI DAERAH TAMPIN

Pada 10 September 2025 (Rabu) bertempat di dataran perhimpunan sekolah, Pejabat Parol Daerah Tampin telah di jemput untuk mengadakan pameran dari Jabatan Penjara Malaysia sempena sambutan Karnival Semarak Merdeka 2025.

Program ini turut melibatkan beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Hospital Daerah Tampin dan lain-lain lagi. Program yang di anjurkan oleh SK Tunku Syed Syaaban ini juga turut di hadiri oleh ibu bapa pelajar dan masyarakat setempat yang sama-sama menyambut baik program yang di anjurkan oleh pihak sekolah. Pameran serta penerangan berkaitan dengan kepenjaraan telah diberikan oleh Insp. Muhammad Iqmal Muzamel bin Ya’akob dan turut di bantu oleh Sjn 16924 Anuar bin Mohamed, Sjn 20085 Fadli bin Md Daud dan Kpl 23006 Ahmad Azaha bin Che Mohd Zain. Pameran ini juga telah memberikan maklumat sedikit sebanyak kepada masyarakat luar mengenai sistem kepenjaraan dahulu dan masa kini.

Sambutan Karnival Semarak Merdeka ini telah di rasmikan oleh YB Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa selaku Ahli Parlimen Tampin.

Keseluruhannya, para pengunjung yang hadir semasa pameran telah memberikan maklumbalas yang positif serta dapat menerima mesej yang disampaikan. Pameran ini bermula pada jam 1:30 petang dan berakhir pada jam 5:00 petang.

Penjara Negeri Sembilan
Pejabat Pengarah Penjara Negeri - PPN N9

LAPORAN KHIDMAT SESI KAUNSELING KELOMPOK OLEH PUSAT KAUNSELING MAINS CAWANGAN TAMPIN.🔰MAKLUMAT PROGRAM:📍 Program Sesi Ka...
09/09/2025

LAPORAN KHIDMAT SESI KAUNSELING KELOMPOK OLEH PUSAT KAUNSELING MAINS CAWANGAN TAMPIN.

🔰MAKLUMAT PROGRAM:
📍 Program Sesi Kaunseling Kelompok Siri Pertama OBB CSI (PPD Tampin).

📍Tarikh : 04 September 2025 (Khamis)

📍Masa : 10:30 pagi – 12:15 tengah hari

📍Penglibatan : (7) OBB CSI

Pada 04 September 2025 (Khamis), Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Tampin telah berkolaborasi bersama Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Cawangan Tampin bagi menjalankan sesi kaunseling kolompok kepada Orang Bebas Berlesen (OBB) yang berada di bawah program PBSL melalui pendekatan Kaunseling.

Pada permulaan program, satu kunjungan lawatan daripada Pegawai Parol Daerah Tampin, KIP Hishamuddin bin Nasar kepada Pegawai Kaunseling MAINS, Pn. Khairunnisa binti Hamzah selaku Kaunselor Berdaftar di Pusat Kaunseling MAINS (Caw.Tampin). Seterusnya, sesi kaunseling kelompok dikendalikan oleh kaunselor di dalam bilik mesyuarat bersama (7) OBB dan diiringi Insp. Muhd Iqmal Muzamel bin Ya'akob serta Sarjan Anuar bin Mohamed.

Pada jam 10.45 pagi, sesi kaunseling kelompok ini dimulakan dengan aktiviti suai kenal (Ice Breaking) daripada kaunselor dan OBB sendiri. Tujuan aktiviti ini bagi mendengar dan memahami apa-apa isu langsung atau tidak langsung yang dialami mereka bagi menilai seseorang diri OBB tersebut. Namun yang dititikberatkan oleh kaunselor adalah etika kerahsiaan oleh setiap individu yang ada dalam sesi yang dijalakan. Selain itu, aktiviti terapi tanah liat (Clay therapy) juga dibuat dimana OBB telah diberi tanah liat untuk membentuk sesuatu objek yang mengambarkan diri sendiri dan menjelaskannya. Aktiviti ini bertujaan bagi melihat kecekapan akal fikiran dan idea kreatif daripada OBB dalam meluahkan perasaan mereka yang tersimpan lama.

Antara objektif utama program ini ialah membentuk dan mendidik OBB ke arah kehidupan yang seimbang dan sejahtera. Selain itu, dapat menyampaikan mesej dengan cara yang menyeluruh dan berkesan melalui kaedah kaunseling. Seterusnya, dapat menggalakkan penglibatan OBB dalam aktiviti bersama komuniti dengan cara mendapatkan khidmat nasihat kaunseling dan motivasi diri daripada kaunselor berdaftar.

Kesimp**annya, sesi kaunseling kelompok ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif yang digariskan, malah turut menjadi platform kepada OBB untuk menjadi orang yang sentiasa semangat dan bermotivasi tinggi. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan sebagai salah satu usaha berterusan dalam mencapai kepulihan sepanjang hayat kepada golongan seperti mereka.

Penjara Negeri Sembilan

PELAKSANAAN PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN DI SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA OLEH PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI DAE...
22/08/2025

PELAKSANAAN PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN DI SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA OLEH PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI DAERAH TAMPIN

Pada 20 Ogos 2025 (Rabu) bertempat di Dewan Sayyid Ahmad Ibn Idris, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Tampin telah dijemput untuk memberikan ceramah serta pameran berkaitan isu-isu juvana yang semakin meningkat di masa kini.

Program ini telah melibatkan seramai 290 pelajar sekolah terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan 10 orang guru. Insp. Muhammad Iqmal Muzamel bin Ya’akob selaku Penolong Pegawai Parol Daerah Tampin telah ditugaskan untuk memberikan ceramah berkaitan isu-isu semasa dalam kalangan juvana. Pelajar juga di beri pendedahan dan kesedaran berkenaan perbuatan jenayah serta hukuman yang akan dikenakan terhadap setiap perlakuan jenayah yang dilakukan. Slot pameran dan penerangan berkaitan dengan kepenjaraan p**a telah diberikan oleh Sjn 20085 Fadli bin Md Daud dan Wdr 25321 Ahmad Syadi bin Adnan.

Pameran ini juga telah memberikan maklumat sedikit sebanyak kepada pelajar dan guru sekolah mengenai sistem kepenjaraan dahulu dan masa kini. Selain itu, penerangan berkaitan dengan sistem kepenjaraan pada masa kini sesuai dengan pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan juga penjara sebagai entiti Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan.

Keseluruhannya, para pelajar dan guru memberikan maklumbalas yang positif serta dapat menerima mesej yang disampaikan. Pameran ini bermula pada jam 2:30 petang dan berakhir pada jam 4:30 petang.

Penjara Negeri Sembilan
Neesa Hamzah

LAPORAN PROGRAM SISIPAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2025 PEJABAT PAROL DAERAH TAMPIN🔰 MAKLUMAT PROGRAM:📍 Pro...
19/08/2025

LAPORAN PROGRAM SISIPAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2025 PEJABAT PAROL DAERAH TAMPIN

🔰 MAKLUMAT PROGRAM:
📍 Program Sisipan Komuniti Semarak Merdeka Bersama Komuniti Masjid Kariah Kampung Repah, Tampin
📍 Tarikh : 17 Ogos 2025 (Ahad)
📍 Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Penglibatan : Kakitangan Pejabat Parol & Komuniti Daerah Tampin, Komuniti Masjid Kariah Repah bersama-sama Prospek Pemulihan Dalam Komuniti

Pada 17 Ogos 2025 (Ahad), Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Tampin dengan kerjasama Pengurusan Masjid Kariah Kampung Repah telah bersama-sama menganjurkan program komuniti ‘Program Semarak Merdeka’. Program ini merupakan salah satu inisiatif bersama pengurusan Masjid Kariah Repah yang bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuhkan hubungan antara Orang Bebas Berlesen (OBB) dengan komuniti setempat melalui pendekatan khidmat kemasyarakatan.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada 8 kakitangan Pejabat Parol, kira-kira 50 ahli komuniti masjid dan melibatkan seramai 11 orang OBB CSI. Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Imam 1 Masjid, Tn Hj Daud bin Abdullah dan ucapan penghargaan oleh KIP Hishamuddin bin Nasar sebagai Pegawai Parol Daerah Tampin dan kemudian jamuan sarapan pagi bersama penduduk kampung dan ahli jawatankuasa masjid. Seterusnya, sekitar jam 9.00 pagi, aktiviti gotong-royong telah dijalankan secara bersama-sama melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan dalam dan luar masjid serta mengecat masjid. Suasana ceria dan semangat kerjasama dapat dirasai apabila semua pihak berganding bahu menjayakan aktiviti tersebut.

Sekitar jam 11.30 pagi, peserta bersama-sama memasang bendera Jalur Gemilang di sekitar kawasan masjid. Aktiviti ini bukan sahaja menyemarakkan suasana bulan kemerdekaan, malah turut memupuk semangat cinta akan tanah air dalam kalangan peserta, khususnya dalam kalangan OBB. Program ini kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar kenangan pada jam 12.00 tengah hari sebagai simbol kerjasama dan kenangan manis buat semua yang terlibat.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk menyemai semangat cintakan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan, menggalakkan penglibatan OBB dalam aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti masjid dan penduduk kampung, memperindahkan persekitaran masjid dengan Jalur Gemilang serta memupuk nilai gotong-royong, ukhuwah dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta.

Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pihak komuniti masjid, dan mereka menyatakan hasrat untuk menjadikan aktiviti seperti ini sebagai program secara bulanan dan tahunan pada masa akan datang. Kejayaan program ini membuktikan bahawa penglibatan OBB dalam program kemasyarakatan mampu memberi impak positif dalam usaha pemulihan serta integrasi sosial ke arah masyarakat yang lebih inklusif dan harmoni.

Kesimp**annya, Program Semarak Merdeka bukan sahaja berjaya mencapai objektif yang digariskan, malah turut menjadi medan memperkukuhkan silaturrahim antara prospek dengan komuniti. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dan diperluas ke kawasan lain sebagai salah satu usaha berterusan dalam menyemai semangat patriotisme dan membina masyarakat yang penyayang serta prihatin.

Sekian...

Penjara Negeri Sembilan

PELAKSANAAN PAMERAN PROGRAM JPN DISCOVERY #2 JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAERAH TAMPIN SEMPENA SAMBUTAN HARI PENDAFTARAN ...
11/07/2025

PELAKSANAAN PAMERAN PROGRAM JPN DISCOVERY #2 JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAERAH TAMPIN SEMPENA SAMBUTAN HARI PENDAFTARAN NEGARA KE-77 DI PERKARANGAN TAMPIN SQUARE OLEH PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI DAERAH TAMPIN

Pada 07 Julai 2025 (Isnin) bertempat di perkarangan bangunan Tampin Square, Pejabat Parol Daerah Tampin telah dijemput untuk membuka reruai pameran bagi program JPN Discovery #2 Daerah Tampin sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-77.

Program ini turut melibatkan beberapa agensi lain seperti Majlis Daerah Tampin, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Hospital daerah Tampin dan lain-lain lagi. Program yang di anjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tampin ini juga turut di hadiri oleh komuniti setempat dan pelajar sekolah. Pameran serta penerangan berkaitan dengan kepenjaraan telah diberikan oleh Insp. Muhammad Iqmal Muzamel bin Ya’akob dan turut di bantu oleh, Sjn 20085 Fadli bin Md Daud, Kpl 22013 Mohd Razi bin Abdul Aziz dan Kpl 23006 Ahmad Azaha bin Che Mohd Zain. Pameran ini juga telah memberikan maklumat sedikit sebanyak kepada masyarakat luar mengenai sistem kepenjaraan dahulu dan masa kini.

Program JPN Discovery #2 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tampin Sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-77 ini telah di rasmikan oleh YB Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa selaku Ahli Parlimen Tampin dan turut di hadiri oleh YB Tuan Veerapan a/l Superamaniam selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap ADUN Repah.

Keseluruhannya, yang mana hadir semasa pameran telah memberikan maklumbalas yang positif serta dapat menerima mesej yang disampaikan. Pameran ini bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 5:00 petang.

Sekian Terima Kasih.

Penjara Negeri Sembilan

PELAKSANAAN PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA HAJI IBRAHIM REMBAU OLEH PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATA...
20/06/2025

PELAKSANAAN PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA HAJI IBRAHIM REMBAU OLEH PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI DAERAH TAMPIN

Pada 18 Jun 2025 (Rabu) bertempat di Surau Sekolah Menengah Agama Haji Ibrahim Rembau (SEMAHIR), Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Tampin telah dijemput untuk memberikan ceramah serta pameran sempena minggu pembinaan dan pengukuhan disiplin.

Program ini telah melibatkan seramai 232 pelajar sekolah terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan 10 orang guru. Insp. Muhammad Iqmal Muzamel bin Ya’acob selaku Penolong Pegawai Parol Daerah Tampin telah ditugaskan untuk memberikan ceramah bimbingan dan nasihat. Pelajar juga di beri pendedahan dan kesedaran berkenaan perbuatan jenayah serta hukuman yang akan dikenakan terhadap setiap jenayah yang dilakukan itu. Pameran serta penerangan berkaitan dengan kepenjaraan telah diberikan oleh Kpl 23006 Ahmad Azaha bin Che Mohd Zain dan Wdr 25321 Ahmad Syadi bin Adnan.

Pameran ini juga telah memberikan maklumat sedikit sebanyak kepada masyarakat luar mengenai sistem kepenjaraan dahulu dan masa kini. Selain itu, penerangan berkaitan dengan sistem kepenjaraan pada masa kini sesuai dengan pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan juga penjara sebagai entiti Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan.

Keseluruhannya, para pelajar dan guru memberikan maklumbalas yang positif serta dapat menerima mesej yang disampaikan. Pameran ini bermula pada jam 2:30 petang dan berakhir pada jam 4:30 petang.

Sekian Terima Kasih.

Penjara Negeri Sembilan

Pada 11/04/2025 (Jumaat) Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Tampin telah menerima kunjungan hormat dari Pega...
14/04/2025

Pada 11/04/2025 (Jumaat) Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Tampin telah menerima kunjungan hormat dari Pegawai Bomba dan Penyelamat Tampin, PPgB Mohd Zayyid bin Zakaria selaku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin diiringgi bersama PBK I Md Azli bin Hj Johar. Kedatangan beliau di sambut oleh KIP Hishamuddin bin Nasar selaku Pegawai Parol Daerah Tampin.

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan tentang beberapa kerjasama dalam program latihan bersama pihak bomba seperti pencegahan dan keselamatan bahaya kebakaran dan jalinan khidmat komuniti. Selain itu, pihak kami juga telah diberikan taklimat secara ringkas berkenaan keselamatan dan pencegahan kebakaran di Pejabat Parol Daerah Tampin.

Di harap dengan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara anggota Pejabat Parol Daerah Tampin bersama Balai Bomba dan Penyelamat Tampin di masa akan datang.

Penjara Negeri Sembilan
Bomba Dan Penyelamat Tampin

Majlis Apresiasi Petugas Bencana Daerah Tampin 2024Penjara Negeri Sembilan
24/01/2025

Majlis Apresiasi Petugas Bencana Daerah Tampin 2024

Penjara Negeri Sembilan

Address

A-9/2 & A-10/2, BLOCK A TAMPIN Square
Tampin
73000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6064412551

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Parol Daerah Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Parol Daerah Tampin:

Share