PBRS Tambunan

PBRS Tambunan Laman Rasmi page PBRS Bahagian N.39 Tambunan.

SYABAS DAN TAHNIAHSeluruh kepimpinan PBRS N.39 Tambunan merakamkannucapan setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg. Datuk Cyr...
30/03/2026

SYABAS DAN TAHNIAH

Seluruh kepimpinan PBRS N.39 Tambunan merakamkannucapan setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg. Datuk Cyril Pauting Yansalang di atas Penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) Sempena hari ulang tahun kelahiran TYT YDP Sabah pada 30 Mac 2026.

Syabas dan Tahniah diucapkan.


ANAK MUDA, ONSOI!Sekalung Tahniah kepada YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup di atas kepercayaan dan amanah baharu sebagai:...
22/01/2026

ANAK MUDA, ONSOI!

Sekalung Tahniah kepada YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup di atas kepercayaan dan amanah baharu sebagai:

PENGERUSI BARISAN NASIONAL SABAH

Semoga BN akan terus mekar dan bernafas baru dalam mendepani cabaran utama yang akan datang iaitu PRU-17.

19/11/2025
11/07/2025

Pergerakan Pemuda PBRS Pusat merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam buat YB Datuk Dr. Akmal Saleh, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, atas kehilangan ayahanda tercinta, Allahyarham Cikgu Saleh bin Lempah yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Kami mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Dalam waktu yang sukar ini, seluruh warga Pemuda PBRS berdiri teguh menyatakan solidariti dan sokongan moral kepada YB Datuk Dr. Akmal dan seisi keluarga.

β€œSesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya jualah kami kembali.”

Al-Fatihah. πŸ•ŠοΈ

31/03/2025

Songket tenun warisan budaya,
Bunga tabur corak pilihan,
Sama berhimpun di pagi raya,
Salam dihulur mohon kemaafan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2025
Bersama keluarga tersayang
- Cyril Pauting Y.
Ketua Bahagian PBRS N.39. Tambunan

31/03/2025

'Bunga api cantik berseri, Pelita bulu menghiasi halaman, Hari Raya menjelma lagi, Tangan dihulur bermaaf-maafan.'

Kepada semua umat Muslim, rakan2, keluarga dan sahabat handai, semoga sambutan hari raya tahun ini meriah dan penuh berkat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

[π—žπ—˜π—£π—œπ— π—£π—œπ—‘π—”π—‘ π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—§π—˜π—₯π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ 𝗣𝗕π—₯𝗦]Secara rasminya, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ingin memperkenalkan barisan Kepimp...
29/11/2024

[π—žπ—˜π—£π—œπ— π—£π—œπ—‘π—”π—‘ π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—§π—˜π—₯π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ 𝗣𝗕π—₯𝗦]

Secara rasminya, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ingin memperkenalkan barisan Kepimpinan Majlis Tertinggi PBRS bagi sesi 2025/2027.

Semoga dengan pelantikan ini akan memacu kecemerlangan parti dan secara khusus kepada rakyat Sabah. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab.

"π˜½π™€π™π™…π™π˜Όπ™‰π™‚ 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 π™†π™€π˜Ύπ™€π™ˆπ™€π™π™‡π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰ π™π˜Όπ™†π™”π˜Όπ™"
"π™‹π˜½π™π™Ž 30 π™π˜Όπ™ƒπ™π™‰: 𝙏𝙀𝙂𝙐𝙃 π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™Žπ™€π™π™„π˜Ό"

*Mesyuarat Agung Tri-Tahunan PBRS N.39 Tambunan 2024: Semangat Perjuangan yang Terus Berkobar dan Belum Terkubur**Tambun...
04/11/2024

*Mesyuarat Agung Tri-Tahunan PBRS N.39 Tambunan 2024: Semangat Perjuangan yang Terus Berkobar dan Belum Terkubur*

*Tambunan, 3 November 2024* – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian N.39 Tambunan baru-baru ini melakar satu lagi babak bersejarah dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung Tri-Tahunan yang penuh semangat dan disulami tekad perjuangan yang tidak goyah. Mesyuarat ini menjadi platform bagi ahli-ahli parti untuk memperbaharui janji setia serta menyusun strategi demi mengukuhkan kekuatan PBRS dalam berhadapan dengan cabaran politik yang kian kompleks.

Meskipun pernah mengalami krisis apabila peletakan jawatan secara beramai-ramai ahli-ahli PBRS Tambunan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15, namun keutuhan parti tidak pernah terjejas. Dengan sokongan padu dan kesetiaan ahli-ahli yang masih teguh berjuang demi parti, PBRS N.39 Tambunan terus bangkit dalam semangat juang yang utuh. Kini, dengan fasa pemulihan yang giat dijalankan, kepimpinan bahagian ini kembali kukuh di bawah barisan kepemimpinan yang baharu bagi sesi 2024-2027.

Dalam ucapan penggulungannya, Ketua Bahagian N.39 Tambunan yang baru dipilih, YBhg. Tuan Cyril Pauting Yansalang, menyuarakan komitmen beliau yang tidak berbelah bahagi untuk PBRS. "Jatuh bangun, hidup mati saya bersama PBRS," tegas beliau, menzahirkan iltizam untuk berkhidmat tanpa mengira ranjau dan onak yang bakal ditempuhi. Beliau turut menegaskan bahawa seluruh Jawatankuasa PBRS Bahagian N.39 Tambunan dan ahli-ahli aktif di peringkat akar umbi tetap menumpahkan kesetiaan padu kepada institusi PBRS dan Barisan Nasional.

Majlis penuh bermakna ini disempurnakan oleh Naib Presiden II PBRS, YBhg. Tuan Vincent Lee, yang bertempat di Asrama Tongkungon, Kompleks Sukan Tambunan. Dalam ucapannya, beliau tidak terlepas memuji semangat juang ahli-ahli PBRS Tambunan yang tidak pernah luntur dalam mengangkat martabat rakyat dan memastikan perjuangan parti terus berkobar. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan baharu PBRS N.39 Tambunan bagi sesi 2024-2027 dan menzahirkan harapan agar setiap jawatankuasa bahagian memainkan peranan yang lebih progresif dalam memastikan kemajuan dan kesejahteraan bahagian ini.

β€œPBRS N.39 Tambunan memiliki kelebihan tersendiri melalui kepelbagaian latar belakang dan semangat yang tidak kenal erti putus asa,” ujar Tuan Vincent Lee, yang turut berasa terharu melihat keakraban dan dedikasi ahli-ahli parti dalam meneruskan perjuangan PBRS dengan penuh semangat.

Dengan barisan kepimpinan baharu yang dipacu oleh keteguhan prinsip dan keberanian meneruskan legasi, PBRS N.39 Tambunan bakal melangkah lebih jauh, mengharungi cabaran demi memperkukuhkan kedudukan PBRS dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah, khususnya di Tambunan. Mesyuarat Agung Tri-Tahunan ini telah membuktikan bahawa semangat perjuangan dalam kalangan ahli PBRS N.39 Tambunan tidak pernah luntur, malah semakin menyala demi masa depan parti dan negeri tercinta.

Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan ikhlas barangan dapur daripada Ketua Bahagian N.39 tambunan kepada 5 orang penerima yang terpilih.

– Tamat –

Dukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup mantan Presiden PBRS telah menghembuskan nafa...
17/04/2024

Dukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup mantan Presiden PBRS telah menghembuskan nafas yang terakhir sebentar tadi.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Berehatlah Dalam Damai.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada Seluruh Ahli-Ahli setia PBRS, Ketua-Ketua Bahagian d...
09/04/2024

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada Seluruh Ahli-Ahli setia PBRS, Ketua-Ketua Bahagian dan Cawangan.


Address

Tambunan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBRS Tambunan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PBRS Tambunan:

Share