Ameerah Kawasan Tambun - akt

Ameerah Kawasan Tambun - akt Ameerah, Muslimat Muda PAS

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUA...
31/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM

Sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Tuanku

pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah takzim daripada Ameerah Tambun

30/05/2026

Dalam banyak-banyak yang kami bincangkan hari ini, kami terkesan dengan satu ayat dari slot tafsir Surah Al-Hujurat.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu..." (Al-Hujurat : 13)

Bila difikir-fikir, kami semua datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza, ditemukan hari ini untuk sama-sama bercerita, berkongsi kebaikan, bukan untuk dibanggakan, tapi untuk saling mengingatkan.

Dalam dunia yang makin pesat ini, pelbagai cabaran yang kita perlu hadapi. Namun hari ini, Allah pilih untuk kami berkumpul dan berkongsi.

Sekejap serius, sekejap gelak, sekejap sedih tapi semuanya bermakna.

Insya-Allah, kita jumpa lagi di usrah seterusnya ❤️

Kadang-kadang, rasa macam I'm not a good Muslim enough, tapi taktau nak buat macam mana...Jom kita jumpa Sabtu ni, nak t...
29/05/2026

Kadang-kadang, rasa macam I'm not a good Muslim enough, tapi taktau nak buat macam mana...

Jom kita jumpa Sabtu ni, nak tak? Kita kongsi ilmu dan saling menguatkan sama-sama. Lagi best, ada pertandingan OOTD!

Siapa taknak kan, datang program, dengar sharing, tau-tau dapat ganjaran. Ilmu dapat, hadiah pun dapat 🤭

Jom tag kawan-kawan, ajak join sekali!


Jangan lupa, ini bukan masanya berpuasa, tapi masanya makan, minum dan perbanyakkan zikir kepada Allah.Hari-hari yang pe...
28/05/2026

Jangan lupa, ini bukan masanya berpuasa, tapi masanya makan, minum dan perbanyakkan zikir kepada Allah.

Hari-hari yang penuh barakah ini datang sekali saja dalam setahun, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Kongsikan kebaikan dan raikan momen istimewa ini bersama orang tersayang. Semoga amalan kita di hari-hari mulia ini diterima Allah.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ 🤲🏻

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون
27/05/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Berita duka kita terima pada hari ini.

Sesungguhnya daripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita akan dikembalikan.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga allahyarhamah Nur Izzati Humaira Azizul yang ditemui selepas hilang semasa mendaki di Bukit Changkat Asa, baru-baru ini.

Bersama kita doakan semoga dipermudah urusan dan diberi kekuatan buat keluarganya.

Al-Fatihah.

🤲🏻
27/05/2026

🤲🏻

Selamat Hari Raya Aidiladha✨

Aidiladha mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan kerana Allah tidak pernah sia-sia. Semoga hati kita sentiasa dipenuhi keikhlasan dalam beribadah, berkhidmat dan membantu sesama insan.

Dalam kegembiraan menyambut hari mulia ini, marilah kita mempererat ukhuwah, menyemai kasih sayang serta menghidupkan semangat kebersamaan dalam masyarakat. Semoga keberkatan Aidiladha dirasai oleh semua.

Kami, PAS Kawasan Tambun mengucapkan Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah dan mengurniakan ketenangan, kesihatan serta rahmat buat kita semua.

24/05/2026

"Ma, kakak minta maaf..."

Itulah ayat pertama yang adik Atheerah sebut kepada ibunya selepas kejadian ragut di kedai mereka di Meru, baru-baru ini.

Mengalami kejadian sebegitu rupa, adik Atheerah berkongsi kepada kami bahawa beliau masih trauma dengan semua yang berlaku.

Kami turun bersama AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun, dan turut bersama Dr. Atikah, pakar psikiatri yang juga merupakan isteri YB Ustaz Hafez Sabri, ADN Manjoi untuk berkongsi nasihat berkaitan kepada beliau.

Banyak hikmah yang tersingkap dari kejadian ini buat Puan Yanti dan Atheerah sekeluarga.

Moga terus dalam jagaan dan lindungan Allah SWT serta dipermudah urusan mereka 🤲🏻

24/05/2026

Jom puasa hari tarwiyah esok, kawan-kawan! 🍏

23/05/2026

Moga dimudahkan urusan 🤲🏻

19/05/2026

Hasbunallah wa ni'mal wakeel. Moga Allah lindungi semua sukarelawan GSF 🤲🏻

Address

Tambun

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Kawasan Tambun - akt posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ameerah Kawasan Tambun - akt:

Share