22/05/2026
TEBRAU, 20 Mei 2026 β Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tebrau kali ke-36 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Pejabat Pentadbiran PAS Kawasan Tebrau.
Majlis penuh bermakna itu menghimpunkan para pemuda kawasan Tebrau serta wakil Jawatankuasa Pemuda Cawangan bagi memperkukuhkan ukhuwah dan memperkasakan gerak kerja perjuangan Islam di kawasan Tebrau.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah wakil Yang Dipertua PAS Kawasan Tebrau, En. Jasni bin Maslan merangkap Setiausaha PAS Kawasan Tebrau.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Mohamad Ekhwan Nazari bin Mohd Nazari selaku perasmi Mesyuarat Agung Tahunan DPPK Tebrau kali ke-36.
Turut memeriahkan majlis ialah Pemantau Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Saudara Norhashim bin Hassan serta Mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tebrau, En. Abdul Rahman bin Musa.
Selain itu, majlis turut dihadiri wakil Dewan Ulama PAS Kawasan Tebrau, Dr. Ainul Hakimah binti Karim dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau, Puan Lili binti Japri.
Tidak ketinggalan hadir ialah Pengusaha dan Pengurus TASTI Al Irfan, Puan Rohaiza binti Mohd Razali, Mudir SRITI Al Irfan 1 Bandar Datoβ Onn, Ustaz Amirul Hakim bin Rosli serta Guru Penolong Kanan SRITI Al Irfan 2 Taman Kota Masai, Cikgu Nurul Farah Najihah binti Azizan.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan saf kepimpinan pemuda, membincangkan hala tuju organisasi serta mempererat hubungan antara ahli dan pimpinan di semua peringkat.
Semoga agenda mesyuarat ini menjadi medan muhasabah dan penambahbaikan organisasi demi memastikan gerak kerja dakwah dan kebajikan terus diperkasa.
Semoga Dewan Pemuda PAS Kawasan Tebrau terus istiqamah dalam membawa agenda dakwah dan kebajikan demi kesejahteraan masyarakat serta memperkukuhkan perjuangan Islam di negeri Johor, khususnya di kawasan Tebrau.