26/05/2026
21 Mei 2026 | Khamis | Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama.
Kursus Pemprosesan Hasilan Roselle dan Buah-Buahan Kering
Seramai 25 orang peserta telah menyertai kursus anjuran Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama bagi memberi pendedahan berkaitan teknik pemprosesan hasil pertanian bernilai tambah khususnya roselle dan buah-buahan kering.
Program ini turut dikendalikan oleh Puan Zanariah Binti Mat Ramli,Penolong Pegawai Bahagian Industri Asas Tani bertujuan berkongsi ilmu, pengalaman serta teknik pemprosesan yang mampu membuka peluang kepada peserta dalam bidang keusahawanan agro makanan.
Usaha seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta, malah membantu memperkasa sektor pertanian tempatan ke arah penghasilan produk yang lebih berkualiti dan berdaya saing. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.