Persiap Cawangan Taiping

Persiap Cawangan Taiping PERSATUAN ISTERI, ANAK DAN ANGGOTA SERTA KAKITANGAN WANITA PENJARA MALAYSIA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA ๐Ÿ“ Surau Al-Hikmah Penjara Taiping๐Ÿ“… 27 Jun 2026Gotong-royong memasak sempena Sambutan Hari R...
27/05/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA
๐Ÿ“ Surau Al-Hikmah Penjara Taiping
๐Ÿ“… 27 Jun 2026

Gotong-royong memasak sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kerjasama. Turut hadir membantu persiapan masakan ialah Pengerusi PERSIAP Cawangan Taiping, Puan Siti Dzaliha bt Zulkeple.

Antara menu istimewa yang disediakan sendiri oleh pengerusi ialah daging goreng belangas. Selain itu, turut disediakan menu lain seperti sup daging, daging goreng kunyit, air asam kerisik dan sambal kicap.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang bertungkus-lumus membantu dari awal pagi hingga selesai, khususnya Sm Fairuz, Sm Suhana, Sjn Zaharah, Sjn Aisyah serta AJK yang turut hadir membantu, Sjn Fauziah.

Semoga semangat kebersamaan dan ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan serta diberkati.

โœจ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha โœจ๐ŸŒ™Ikhlas daripadaPERSIAP Cawangan Penjara Taiping ๐ŸคSemoga Aidiladha kali ini mem...
26/05/2026

โœจ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha โœจ๐ŸŒ™

Ikhlas daripada
PERSIAP Cawangan Penjara Taiping ๐Ÿค

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

๐ŸŒธ ZIARAH KEBAJIKANPERSIAP CAWANGAN PENJARA TAIPING ๐ŸŒธ๐Ÿ“… 25 Mei 2026 (Isnin)PERSIAP Cawangan Penjara Taiping telah mengadak...
25/05/2026

๐ŸŒธ ZIARAH KEBAJIKAN
PERSIAP CAWANGAN PENJARA TAIPING ๐ŸŒธ

๐Ÿ“… 25 Mei 2026 (Isnin)

PERSIAP Cawangan Penjara Taiping telah mengadakan ziarah kebajikan ke atas Puan Sarimah Binti Kasim, isteri kepada Insp. Fairuz yang kini menerima rawatan di Hospital Taiping (Wad D4 โ€“ Katil 25) akibat penyakit Anemia (kurang sel darah merah).

Ziarah ini diadakan sebagai tanda keprihatinan, kasih sayang serta sokongan moral daripada pihak PERSIAP kepada beliau dan keluarga dalam menghadapi ujian yang sedang dilalui.

Kunjungan tersebut telah diwakili oleh Biro Kebajikan Penjara Taiping bersama Biro Kebajikan PERSIAP bagi mewakili Pengerusi PERSIAP, Puan Siti Dzaliha binti Zulkeple.

Turut disampaikan sumbangan sebagai tanda sokongan, semangat dan keprihatinan terhadap kebajikan ahli PERSIAP.

Semoga Puan Sarimah Binti Kasim diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan sepanjang menerima rawatan.

โ€œSesungguhnya setiap ujian itu hadir bersama hikmah dan kasih sayang Allah SWT.โ€ ๐Ÿค

Semoga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

17/05/2026
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN PERSIAP KE-37๐Ÿ“… 16 Mei 2026 (Sabtu)๐Ÿ•— 8.00 pagi๐Ÿ“ Ibu Pejabat Penjara MalaysiaPengerusi ...
17/05/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN PERSIAP KE-37

๐Ÿ“… 16 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•— 8.00 pagi
๐Ÿ“ Ibu Pejabat Penjara Malaysia

Pengerusi Puan Siti Dzaliha binti Zulkeple bersama dua orang Ahli Jawatankuasa telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERSIAP Kali Ke-37 yang berlangsung di Auditorium, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Mesyuarat ini merupakan platform penting dalam memperkukuhkan hubungan, kerjasama serta hala tuju PERSIAP di seluruh Malaysia. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datoโ€™ Sri Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak bersama Datin Sri Hajah Rosnani binti Mohamed.

Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program termasuk ucapan aluan, tayangan montaj aktiviti PERSIAP Tahun 2025, penyampaian sijil penghargaan serta sesi mesyuarat agung.

Selain itu, PERSIAP Cawangan Penjara Taiping turut membuka meja jualan yang menawarkan pelbagai jenis kerepek, kek marble, sambal bilis pedas ,dodol serta simpul kasih. Alhamdulillah, meja jualan PERSIAP Taiping telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ahli-ahli PERSIAP dan para pengunjung yang hadir.

Kehadiran wakil PERSIAP Cawangan Penjara Taiping melambangkan komitmen dan sokongan berterusan dalam memperkasakan organisasi PERSIAP, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli PERSIAP seluruh negara.

15 Mei 2026 (Jumaat)๐Ÿ•– 7.00 malam๐Ÿ“ Zenith Hotel PutrajayaPERSIAP Cawangan Penjara Taiping telah menghadiri Majlis Malam A...
16/05/2026

15 Mei 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•– 7.00 malam
๐Ÿ“ Zenith Hotel Putrajaya

PERSIAP Cawangan Penjara Taiping telah menghadiri Majlis Malam Apresiasi Sekalung Budi PERSIAP Malaysia 2026 sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERSIAP Ke-37.

Majlis yang bertemakan โ€œGlam and Glitzโ€ ini berlangsung dengan penuh meriah serta dihadiri oleh ahli-ahli PERSIAP dari seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya sesi bergambar, persembahan, ucapan, penyampaian cenderamata serta pertandingan Queen of the Night.

Wakil daripada PERSIAP Cawangan Penjara Taiping turut berjaya melayakkan diri sebagai finalis pertandingan tersebut. Walaupun gelaran telah dimenangi oleh wakil dari Kedah, pencapaian ini tetap menjadi satu kebanggaan buat seluruh warga PERSIAP Cawangan Penjara Taiping.

Kehadiran PERSIAP Cawangan Penjara Taiping dalam majlis ini bukan sahaja sebagai tanda sokongan terhadap program anjuran PERSIAP Malaysia, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kekeluargaan sesama ahli PERSIAP seluruh negara.

๐ŸŒธ ZIARAH KEBAJIKANPERSIAP CAWANGAN TAIPING ๐ŸŒธ๐Ÿ“… Tarikh: 11 Mei 2026 (Isnin)PERSIAP Cawangan Penjara Taiping telah mengadak...
11/05/2026

๐ŸŒธ ZIARAH KEBAJIKAN
PERSIAP CAWANGAN TAIPING ๐ŸŒธ

๐Ÿ“… Tarikh: 11 Mei 2026 (Isnin)

PERSIAP Cawangan Penjara Taiping telah mengadakan satu ziarah kebajikan ke atas Muhammad Afiz Hafizi bin Muhamad Khairi iaitu Anak kepada SM Muhamad Khairi (11262) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping (ICU - TKT 2) sebagai tanda keprihatinan, kasih sayang dan sokongan pada ketika ini.

Kunjungan ini diadakan dengan penuh rasa keikhlasan bagi menyampaikan sokongan moral, iringan doa serta harapan agar SM Muhamad Khairi dan keluarga terus diberi kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi ujian yang sedang dilalui.

Ziarah ini telah diwakili oleh Biro Kebajikan Penjara Taiping dan Biro Kebajikan PERSIAP bagi mewakili Pengerusi PERSIAP, Puan Siti Dzaliha binti Zulkeple.

Selain itu, sumbangan turut disampaikan bertujuan untuk memberi sokongan moral serta keprihatinan PERSIAP terhadap kebajikan ahli.

PERSIAP Cawangan Taiping mendoakan adik Muhammad Afiz Hafizi bin Muhamad Khairi diberikan kesembuhan segera, kekuatan, serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿผ.

SELAMAT HARI IBU ๐ŸŒทโ€œSeorang ibu bukan sekadar insan yang melahirkan, tetapi wanita hebat yang membesarkan anak-anak denga...
09/05/2026

SELAMAT HARI IBU ๐ŸŒท

โ€œSeorang ibu bukan sekadar insan yang melahirkan, tetapi wanita hebat yang membesarkan anak-anak dengan kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.โ€

Sempena sambutan Hari Ibu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan kasih sayang buat seluruh insan bergelar ibu. Terima kasih atas segala pengorbanan, kelembutan hati serta kekuatan yang menjadi tunjang kepada sebuah keluarga dan masyarakat.

Semoga setiap langkah dan doa seorang ibu sentiasa dipermudahkan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta dipenuhi kasih sayang daripada insan tersayang.

Buat semua ibuโ€ฆ
Anda adalah anugerah terindah yang tidak ternilai. โค๏ธ

Ikhlas daripada,
Puan Siti Dzaliha binti Zulkeple
Pengerusi PERSIAP Cawangan Taiping ๐ŸŒธ

Address

Penjara Taiping
Taiping
34000

Telephone

+6058072177

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persiap Cawangan Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share