JPS Daerah Larut Matang dan Selama

JPS Daerah Larut Matang dan Selama Sebarang Aduan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam - JPS

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan dan kebahagiaan buat kita semua.Marila...
26/05/2026

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan dan kebahagiaan buat kita semua.
Marilah kita menghayati erti pengorbanan serta memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.

Ikhlas daripada,
Jurutera Daerah serta Semua Warga Kerja
Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Larut, Matang dan Selama



📢 KENYATAAN SEBUT HARGAJabatan Pengairan dan Saliran Daerah Larut, Matang dan Selama mempelawa pembekal yang berdaftar d...
13/05/2026

📢 KENYATAAN SEBUT HARGA

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Larut, Matang dan Selama mempelawa pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang 221001 untuk menyertai sebut harga bagi Perkhidmatan Kebersihan Pejabat untuk tempoh tiga (3) tahun.

🗓 Tarikh tutup: 08 Jun 2026 (Isnin)
📍 JPS Daerah Larut, Matang dan Selama, Taiping

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak JPS LMS untuk maklumat lanjut.

08/05/2026
Selamat Hari Pekerja 2026Ikhlas daripada Jurutera Daerah JPS LMS dan seluruh warga kerja, setinggi-tinggi penghargaan di...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026

Ikhlas daripada Jurutera Daerah JPS LMS dan seluruh warga kerja, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

Komitmen, dedikasi dan usaha tanpa jemu anda semua dalam melaksanakan tanggungjawab amatlah dihargai, khususnya dalam memastikan kesejahteraan masyarakat serta kelestarian sumber air dan alam sekitar terus terpelihara.

Semoga kita terus diberi kekuatan, kesihatan dan semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi kemajuan bersama.

“Pekerja Tonggak Kemakmuran Negara”

Selamat Hari Pekerja!

Lawatan Teknikal JPS LMS Bersama Koridor Utiliti Darul Ridzuan9 April 2026 – Satu lawatan teknikal telah diadakan meliba...
15/04/2026

Lawatan Teknikal JPS LMS Bersama Koridor Utiliti Darul Ridzuan

9 April 2026 – Satu lawatan teknikal telah diadakan melibatkan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) LMS bersama pihak Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) di Sungai Senduk, Kampung Jaha.

Lawatan ini bertujuan untuk menjalankan penilaian teknikal dan semakan tapak bagi mengenal pasti kesesuaian pelaksanaan projek utiliti yang dirancang pada masa hadapan. Tumpuan diberikan kepada aspek keadaan fizikal sungai, rizab sungai, keperluan perlindungan tebing, serta potensi impak terhadap sistem saliran sedia ada.

Hasil lawatan ini akan dijadikan asas dalam perancangan dan penyelarasan pelaksanaan projek utiliti agar selaras dengan keperluan teknikal, keselamatan, serta pemeliharaan fungsi hidraulik sungai.

TAKLIMAT SEBUTHARGA PROJEK JPS LMS (GRED G1)Telah berlangsung sesi taklimat sebutharga bagi beberapa kerja di bawah seli...
15/04/2026

TAKLIMAT SEBUTHARGA PROJEK JPS LMS (GRED G1)

Telah berlangsung sesi taklimat sebutharga bagi beberapa kerja di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) LMS yang melibatkan kontraktor Gred G1.

Taklimat ini bertujuan memberi penerangan terperinci berkaitan skop kerja, spesifikasi teknikal serta syarat-syarat penyertaan kepada semua kontraktor yang terlibat. Sesi ini juga membuka ruang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan lanjut bagi memastikan pelaksanaan kerja dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Diharapkan semua kontraktor yang mengambil bahagian dapat menyediakan tawaran yang kompetitif serta mematuhi segala keperluan yang telah digariskan.

LAWATAN TEKNIKAL OPERASI LUMPUR DI CHANGKAT IBOLLawatan teknikal operasi lumpur telah diadakan di kawasan Changkat Ibol ...
15/04/2026

LAWATAN TEKNIKAL OPERASI LUMPUR DI CHANGKAT IBOL

Lawatan teknikal operasi lumpur telah diadakan di kawasan Changkat Ibol bersama pegawai dari Majlis Perbandaran Taiping bagi meninjau situasi semasa serta mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian yang bersesuaian.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada penilaian keadaan di lokasi terjejas, selain membincangkan tindakan segera dan jangka panjang bagi menangani isu banjir lumpur demi keselamatan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Kerjasama bersepadu antara agensi terlibat amat penting dalam memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan berjalan dengan lancar dan berkesan.

LAWATAN OPERASI BANJIR LUMPURLawatan tapak telah diadakan bagi Operasi Banjir Lumpur melibatkan projek pembinaan perumah...
06/04/2026

LAWATAN OPERASI BANJIR LUMPUR

Lawatan tapak telah diadakan bagi Operasi Banjir Lumpur melibatkan projek pembinaan perumahan bersama pegawai-pegawai dari Pegawai Daerah LMS, Majlis Perbandaran Taiping dan JPS.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai situasi semasa di tapak, mengenal pasti punca kejadian banjir lumpur serta membincangkan langkah-langkah mitigasi yang bersesuaian bagi mengelakkan kejadian berulang.

Beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan termasuk aspek kawalan hakisan, pengurusan aliran air dan pemantauan berterusan oleh pihak berkaitan.

Kerjasama erat antara semua agensi amat penting dalam memastikan keselamatan penduduk setempat serta kelestarian projek pembangunan dapat dipelihara.

Tahniah dan selamat bertugas! 🌿Seluruh warga Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Larut, Matang dan Selama merakamkan se...
01/04/2026

Tahniah dan selamat bertugas! 🌿

Seluruh warga Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Larut, Matang dan Selama merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Encik Saffuan bin Bohori @ Bahari ke JPS Daerah Larut, Matang dan Selama.

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan dalam memacu pembangunan serta perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Selamat maju jaya dalam peranan baharu! 💪✨

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙✨Ikhlas daripada Jurutera Daerah dan seluruh warga JPS Daerah Larut,...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙✨

Ikhlas daripada Jurutera Daerah dan seluruh warga JPS Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan silaturahim bersama keluarga dan sahabat handai. Hati-hati di jalan raya dan semoga perjalanan anda selamat.

Salam Aidilfitri daripada kami semua 🤝💚

Address

Pejabat Jurutera Daerah JPS Larut, Matang Dan Selama
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6058073694

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS Daerah Larut Matang dan Selama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPS Daerah Larut Matang dan Selama:

Share