01/06/2026
๐ฆท ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฆท
๐
31 Mei 2026 (Ahad)
๐ 7.00 pagi โ 3.00 petang
๐ Persatuan Buddha Taiping, Jalan Muzium Hulu, Taiping
Klinik Pergigian Changkat Jering dengan kerjasama Persatuan Buddha Taiping telah berjaya menganjurkan Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama sempena Hari Wesak 2026. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan pergigian, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Seramai 170 peserta telah hadir dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan, antaranya:
* Pemeriksaan pergigian
* Pameran kesihatan pergigian dari Klinik Pergigian Changkat Jering, Klinik Pakar Restoratif dan Klinik Pakar Periodontik
* Pameran berkaitan bahaya pemasangan ๐ง๐ข๐ฌ๐ฆ ๐ฃ๐ณ๐ข๐ค๐ฆ๐ด oleh Unit Penguatkuasaan Pergigian, Bahagian Kesihatan Pergigian Perak
* Ceramah kesihatan pergigian
* Kuiz interaktif
* Latihan memberus gigi oleh iGG
* Permainan pendidikan pergigian untuk kanak-kanak
* ๐๐ฆ๐ฏ๐ต๐ข๐ญ ๐๐ฐ๐ณ๐ฌ๐ด๐ฉ๐ฐ๐ฑ (DIY Bookmark)
Selain itu, pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah (BP), gula dalam darah secara rawak (RBS) dan ujian kolesterol turut dijalankan oleh anggota Klinik Kesihatan Taiping. Program ini juga mendapat sokongan daripada Farmasi dan Unit Promosi Kesihatan (UPK) Klinik Kesihatan Taiping serta PROTEAM Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama melalui pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan yang menarik dan bermanfaat.
โจ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Buddha Taiping, semua petugas, iGG Puan Remlah dan Encik Zamri, para sukarelawan serta semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Semoga jalinan kerjasama yang erat ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. ๐ฆท๐ค๐