Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping Perak

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping Perak Menjalankan latihan kepada pegawai penjara lantikan baru

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππ˜π„πƒπˆπ€π€π 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π‹π€π“πˆπ‡π€π πŽπ‘π†π€ππˆπ’π€π’πˆ ππ„π‘πˆπŒππ€πŠ π“πˆππ†π†πˆKursus Penyediaan Perancangan Latihan Organisasi Berimpa...
08/05/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππ˜π„πƒπˆπ€π€π 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π‹π€π“πˆπ‡π€π πŽπ‘π†π€ππˆπ’π€π’πˆ ππ„π‘πˆπŒππ€πŠ π“πˆππ†π†πˆ

Kursus Penyediaan Perancangan Latihan Organisasi Berimpak Tinggi telah dilaksanakan pada 6 dan 7 Mei 2026 bertempat di Auditorium Ilmu, Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia (PLPP) Taiping. Kursus ini telah disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat dari Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping.

Pelaksanaan kursus ini mendapat kerjasama daripada pihak Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara dengan penglibatan tiga orang penceramah berpengalaman iaitu:

⭐Dr. Adz Jamros Binti Jamali
Pensyarah Kanan (Guru Cemerlang), Jabatan Kerjasama Luar dan Antarabangsa
⭐Dr. Hjh. Ilham Binti Ismail
Pensyarah Kanan, Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi
⭐Dr. Mohd Yusof Bin Mustaffa Kamal
Ketua Jabatan, Jabatan Pembangunan Profesionalisme Berterusan.

Antara objektif utama kursus ini adalah untuk memperkasa keupayaan pegawai dalam merancang program latihan berasaskan keperluan organisasi selaras dengan visi dan cabaran semasa pengajaran andragogi. Selain itu, kursus ini turut memberi fokus kepada pembangunan pelan latihan organisasi yang lebih berstruktur, berimpak tinggi dan boleh diukur melalui petunjuk prestasi utama (KPI). Peserta juga didedahkan kepada teknik komunikasi dan penyampaian berkesan bagi meningkatkan keyakinan diri dalam menghasilkan persembahan yang berkualiti dan berimpak tinggi.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini diharap dapat meningkatkan tahap kompetensi, profesionalisme serta keberkesanan pelaksanaan latihan dalam kalangan pegawai institusi ini.

ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π πŒπ„π‰π€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‹π€π“πˆπ‡π€π ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π“π€πˆππˆππ† 𝐃𝐀𝐍 πˆππ’π“πˆπ“π”π“ π€πŒπˆππ”πƒπƒπˆπ ππ€πŠπˆ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀...
07/05/2026

ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π πŒπ„π‰π€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‹π€π“πˆπ‡π€π ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π“π€πˆππˆππ† 𝐃𝐀𝐍 πˆππ’π“πˆπ“π”π“ π€πŒπˆππ”πƒπƒπˆπ ππ€πŠπˆ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀 (πˆπ€ππ‚π”), π‰πˆπ“π‘π€

Satu sesi Perbincangan Meja Bulat telah diadakan pada 7 Mei 2026 bertempat di Wisma PLPP Taiping antara Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia (PLPP) Taiping bersama Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU), Jitra bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkasa pembangunan pegawai serta jurulatih PLPP Taiping.

Perbincangan tersebut memberi fokus kepada usaha memperluaskan pembangunan kompetensi tenaga pengajar dan pegawai latihan melalui perkongsian kepakaran, pembangunan modul latihan berimpak tinggi serta pengukuhan aspek kepimpinan, komunikasi dan pengurusan latihan yang lebih sistematik dan profesional.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi pelaksanaan program pembangunan jurulatih secara bersama, termasuk kursus pensijilan, latihan kepimpinan instruksional dan bengkel peningkatan kemahiran penyampaian latihan. Kerjasama dalam bidang penyelidikan latihan dan pembangunan modal insan juga dikenal pasti sebagai satu inisiatif strategik yang mampu meningkatkan keberkesanan sistem latihan di PLPP Taiping.

Di samping itu, cadangan pelaksanaan program penanda aras (benchmarking), sesi perkongsian amalan terbaik serta pertukaran kepakaran antara pegawai PLPP Taiping dan tenaga akademik IABCU turut dibincangkan bagi memperkukuh budaya pembelajaran profesional secara berterusan.

Secara keseluruhannya, sesi perbincangan ini berlangsung dalam suasana positif dan konstruktif serta diharap menjadi platform permulaan kepada hubungan kerjasama strategik yang lebih erat antara PLPP Taiping dan IABCU dalam usaha melahirkan pegawai dan jurulatih yang lebih kompeten, profesional dan berdaya saing.

π’π˜π€ππ€π’ 𝐃𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡Syabas dan tahniah diucapkan kepada Insp Faizie bin Mohd Fisal atas kejayaan menamatkan Kursus Pegawai...
07/05/2026

π’π˜π€ππ€π’ 𝐃𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Insp Faizie bin Mohd Fisal atas kejayaan menamatkan Kursus Pegawai Perkembangan Latihan Siri 1/2026 di Akademi Tentera Darat Port Dickson yang bermula pada 6 April 2026 dan berakhir pada 7 Mei 2026. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Brig Jen Dato' Mohd Sauffi bin Hj Omar, Komandan Akademi Tentera Darat.

Kejayaan ini membuktikan komitmen, disiplin dan semangat tinggi dalam meningkatkan profesionalisme diri serta organisasi.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Pusat Latihan Pegawai Penjara untuk terus berusaha menjadi yang terbaik dalam barisan kejurulatihan yang berilmu, berintegriti dan cemerlang.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π ππ„ππƒπ„π‘π€πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π π’π”πŠπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ (πŽπ‹π€π‡π‘π€π†π€)𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”Majlis Penyerahan ...
06/05/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀
πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π π’π”πŠπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ (πŽπ‹π€π‡π‘π€π†π€)
𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Majlis Penyerahan Bendera bagi Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri (Olahraga) Jabatan Penjara Malaysia 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping pada 6 Mei 2026. Majlis ini telah disempurnakan oleh PKP S. Thanabal a/l Socklingam, Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, dengan kehadiran wakil-wakil institusi penjara Negeri Perak.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia, diikuti dengan bacaan doa serta lafaz Ikrar Integriti dan Semangat Kesukanan Kontinjen, sebagai simbol komitmen tinggi terhadap disiplin, semangat berpasukan dan kecemerlangan dalam pertandingan.

Seramai 36 anggota Penjara Negeri Perak akan membawa cabaran dalam kejohanan tersebut di bawah pimpinan TPP Mohd Mazrin bin Muksil selaku Ketua Kontinjen.

Dalam ucapan perasmian, PKP S. Thanabal a/l Socklingam menzahirkan harapan agar kontinjen Negeri Perak dapat mempamerkan prestasi terbaik serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kejohanan yang bakal berlangsung.

Majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat, sekali gus menjadi pemangkin kepada kejayaan kontinjen olahraga Penjara Negeri Perak dalam mengharumkan nama jabatan di peringkat kebangsaan.

πŠπ”π‘π’π”π’ π’πŒπ€π‘π“ πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆKursus Smart Integriti telah berjaya dilaksanakan pada 30 April 2026 bertempat di Bilik Kuliah 1 d...
01/05/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ π’πŒπ€π‘π“ πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ

Kursus Smart Integriti telah berjaya dilaksanakan pada 30 April 2026 bertempat di Bilik Kuliah 1 dengan kehadiran seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada PKP Abd Aziz bin Che Mamat (Komandan PLPP), TPP Mohd Mazrin bin Muksil ( Timbalan Komandan Pengurusan dan Operasi ), pegawai-pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat, serta pegawai awam.

Sesi ini telah disampaikan oleh KIP Khairul Izhar bin Abd Rahim dari Unit Integriti IPPM, yang memfokuskan kepada pengisian kritikal mengenai topik integriti penjawat awam dan kesedaran anti-rasuah. Sepanjang kursus tersebut, para peserta telah diberi pendedahan mendalam tentang kepentingan memelihara etika kerja serta menjauhi sebarang bentuk penyelewengan demi memartabatkan imej perkhidmatan awam.

Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektifnya dalam memperkukuh nilai jati diri dan akauntabiliti dalam kalangan warga kerja yang hadir.

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π π‹π€ππŽπ‘ πƒπˆπ‘πˆ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 𝐆𝐑𝐄𝐃 πŠπ€πŸ πƒπˆ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‹π€π“πˆπ‡π€πBilik Mesyurat Blok Akademik PULAPEN Perak te...
01/05/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π π‹π€ππŽπ‘ πƒπˆπ‘πˆ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 𝐆𝐑𝐄𝐃 πŠπ€πŸ πƒπˆ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π‹π€π“πˆπ‡π€π

Bilik Mesyurat Blok Akademik PULAPEN Perak telah menjadi lokasi bagi Mesyuarat Penyelarasan Lapor Diri Pegawai Penjara Gred KA1 di Pusat Latihan.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh TKP Rahmat bin Abd Rani, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, Jabatan Penjara Malaysia. Turut hadir adalah TKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi,Pengarah Penjara Simpang Renggam, TKP Nor Haizan bin Md Isa, Pengarah Penjara Pokok Sena, PKP Abd Aziz bin Che Mamat, Komandan PULAPEN Perak, serta Komandan / wakil beberapa institusi latihan seluruh Malaysia.

Ahli mesyuarat turut mengadakan tinjauan terhadap fasiliti-fasiliti yang disediakan di institusi ini bagi memenuhi keperluan peserta kursus yang akan datang.

πŠπ”π‘π’π”π’ π‹π€π“πˆπ‡π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 π€πˆ π‡π€π’πˆπ‹ 𝐋𝐔𝐀𝐑 ππˆπ€π’π€ Kursus Latihan Digital: Sentuhan AI, Hasil Luar Biasa telah dianjurk...
23/04/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ π‹π€π“πˆπ‡π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 π€πˆ π‡π€π’πˆπ‹ 𝐋𝐔𝐀𝐑 ππˆπ€π’π€

Kursus Latihan Digital: Sentuhan AI, Hasil Luar Biasa telah dianjurkan oleh Unit Latihan Institusi (ULIN) PLPP bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam tugasan harian. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai aplikasi AI yang praktikal serta relevan dengan persekitaran kerja semasa.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah didedahkan kepada beberapa topik penting seperti:
βœ…Pengenalan kepada konsep dan fungsi AI
βœ…Penggunaan aplikasi AI dalam penyediaan laporan dan dokumen
βœ…Teknik menghasilkan kandungan kreatif menggunakan AI
βœ…Amali penggunaan AI dalam tugasan sebenar
βœ…Etika dan keselamatan dalam penggunaan teknologi AI

Kursus ini telah dilaksanakan secara interaktif melalui gabungan sesi ceramah serta latihan amali. Peserta diberi peluang untuk mencuba sendiri aplikasi AI yang diperkenalkan, sekaligus meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka secara praktikal

Kursus ini telah berlansung pada 21 dan 21 April 2026 melibatkan seramai 60 orang peserta.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π”ππ“π”πŠ π€ππ†π†πŽπ“π€ π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”...
18/04/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π”ππ“π”πŠ π€ππ†π†πŽπ“π€ π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

17 April 2026, telah berlansung Majlis Penutup Kursus Pengurusan Tahanan untuk Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2026 melibatkan seramai 30 orang peserta yang bermula pada 13 April 2026.

Majlis bermula pada jam 3.00 petang bertempat di Auditorium Ilmu. Majlis dimulakan dengan aluan pengacara majlis seterusnya, tayangan video, ucapan oleh Lt Kol Zanariah binti Zahari, Komandan 92 Pusat Tahanan Angkatan Tentera ( 92 PTAT ), seterusnya ucapan perasmian penutup oleh PKP Mohd Hidayaat bin Ismail, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting.

Penyampaian sijil kepada peserta kursus telah disempurnakan oleh PKP Mohd Hidayat bin Ismail, turut berada di pentas Adalah LT Kol Zanariah binti Zahari serta TPP Mohd Syafiq bin Yusoff, Timbalan Komandan Latihan dan Akademik PULAPEN Perak. Majlis berakhir dengan sesi bergambar sebelum menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung dalam menjayakan kursus pada kali ini. Semoga kerjasama antara JPM dan ATM dapat diteruskan dimasa akan datang.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ πˆππ’π“πˆπ“π”π’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 : πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π”ππ“π”πŠ π€ππ†π†πŽπ“π€ π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€  𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 πŒπ€...
17/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ πˆππ’π“πˆπ“π”π’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 : πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π”ππ“π”πŠ π€ππ†π†πŽπ“π€ π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“ππ„ππ‰π€π‘π€ π“π€πˆππˆππ†
Lawatan praktikal ke Penjara Taiping telah diadakan pada 15 April 2026 dari jam 2.30 hingga 4.30 petang melibatkan seramai 30 peserta dan diketuai oleh TPP Mohd Mazrin bin Mukhsil, Timbalan Komandan Pengurusan dan Operasi PULAPEN Perak.

Taklimat ringkas kepada peserta kursus telah disampaikan oleh TPP Khairul Esmail bin Mohd Zawawi di bilik dialog sebelum peserta bergerak masuk melalui pintu utama bagi menerima taklimat keselamatan dan menjalani pemeriksaan ke kawasan larangan.

Seterusnya, peserta turut diberi penerangan tentang proses penerimaan tahanan termasuk penggunaan mesin pengimbas semasa pemeriksaan tahanan, Program pemulihan yang dilaksanakan kepada prospek dan peserta juga dibawa untuk melihat blok penempatan.

πŸ“ππ„ππ‰π€π‘π€ 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐇
Lawatan ke Penjara Tapah telah diadakan pada 16 April 2026, diketuai oleh TPP Mohd Syafiq bin Yusoff, Timbalan Komandan Latihan dan Akademik PULAPEN Perak juga melibatkan seramai 30 orang peserta kursus.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh PKP Redzwan bin Saghil, Timbalan Pengarah Penjara Tapah. Sepanjang lawatan, peserta telah diberikan taklimat berkaitan prosedur pengurusan tahanan, aspek keselamatan, serta peranan pegawai penjara dalam memastikan kelancaran operasi.

Secara keseluruhannya, diharap lawatan ini dapat memberi manfaat kepada peserta dalam meningkatkan pemahaman serta pengetahuan dan gambaran sebenar tentang pengurusan tahanan.

πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π”ππ“π”πŠ π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”Kursus Pengurusan Tahan...
14/04/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π”ππ“π”πŠ π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Kursus Pengurusan Tahanan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) Tahun 2026 telah dilaksanakan sebagai satu platform perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan tahanan. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai aspek-aspek asas dalam pengurusan tahanan serta memperkukuhkan kerjasama antara agensi keselamatan negara.

Kursus ini telah disertai oleh seramai 15 orang peserta daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 15 orang peserta daripada Jabatan Penjara Malaysia ( JPM ).

Sepanjang kursus ini berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada perkongsian ilmu berkaitan hal ehwal kepenjaraan secara umum (surface level) yang merangkumi aspek pengurusan tahanan, asas remitan, tatacara pengendalian tahanan, serta peranan dan tanggungjawab pegawai dalam memastikan keselamatan, disiplin dan kebajikan tahanan sentiasa terpelihara. Sesi perkongsian ini juga membuka ruang perbincangan dua hala antara peserta bagi memahami peranan masing-masing dalam pengurusan tahanan secara lebih menyeluruh.

Konsep mentor mentee digunakan sepanjang kursus ini berlansung dimana, kakitangan JPM yang terlibat menjadi mentor untuk membantu dan berkongsi idea serta pengalaman dalam memastikan objektif kursus ini tercapai.

Kursus ini telah bermula pada 13 April 2026 dan akan berakhir pada 17 April 2026, selain dari sesi perkongsian ilmu ( kuliah ) peserta kursus akan turut diberikan tugasan serta akan mengadakan lawatan ke institusi penjara yang terlibat bagi menunjukkan situasi sebenar didalam penjara.

πŠπ„π‹π€π’ πˆππ“π„ππ’πˆπ… 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 π’π€π‡π€ππ€π“πŠπ”Kelas Intensif Al-Quran Sahabatku merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bagi membe...
03/04/2026

πŠπ„π‹π€π’ πˆππ“π„ππ’πˆπ… 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 π’π€π‡π€ππ€π“πŠπ”

Kelas Intensif Al-Quran Sahabatku merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bagi memberi peluang kepada kakitangan beragama islam untuk meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dengan lebih baik dan lancar secara Talaqqi Musyafahah (Bersemuka). Program ini disarankan oleh Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Penjara Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan bacaan Al-Quran di kalangan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia.

PULAPEN Perak menyambut baik program ini dengan melaksanakannya pada hari Khamis setiap minggu di bawah pimpinan Kpl Mohamad Shahamirul bin Shahrudin dan Ustaz Muhammad Hani Nur Aqeel bin Mohd Amli bertempat di Surau Al-Ulumiah, PULAPEN Perak.

2 April 2026, telah diadakan sesi Mukaddimah yang disampaikan oleh Kpl Mohamad Shahamirul bin Shahrudin. Hadir Bersama ialah PKP Abd Aziz bin Che Mamat, Komandan PULAPEN Perak.

Diharapkan melalui program ini, para peserta bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran, malah dapat menjadikan Al-Quran sebagai sahabat yang sentiasa membimbing kehidupan ke arah kebaikan dan keberkatan. Semoga usaha yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT serta memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

Address

Jalan Mudzaffar Shah
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6058050020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping Perak:

Share