25/06/2026
Pemuda Barisan Nasional Negeri Johor dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab menampilkan calon-calon muda yang akan mewakili Barisan Nasional dalam PRN Johor Ke-16 2026.
Dengan pelbagai latar belakang, pengalaman serta rekod khidmat masyarakat yang terbukti, kami yakin mereka merupakan calon-calon yang berwibawa, berkelayakan dan diyakini mampu memikul amanah sebagai wakil rakyat sekiranya diberikan mandat oleh Bangsa Johor di DUN masing-masing.
Bagi pihak Pemuda BN Johor, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, serta YAB Datoโ Onn Hafiz Ghazi selaku Pengerusi Barisan Nasional Johor dan Menteri Besar Johor, di samping Presiden parti-parti komponen Barisan Nasional yang telah memberikan kepercayaan serta pengiktirafan kepada institusi Pemuda BN melalui pencalonan barisan calon muda ini.
Kepercayaan yang diberikan ini merupakan satu amanah besar yang akan kami galas dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.
Saya yakin setiap calon Pemuda BN yang bertanding dalam PRN Johor kali ini akan menterjemahkan kepercayaan tersebut dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk meraih sokongan rakyat dan seterusnya menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional bagi membentuk Kerajaan Negeri Johor pada 11 Julai 2026.
In sha Allah, dengan kesatuan, kerja kuat dan keyakinan rakyat, Barisan Nasional akan terus membawa Johor bergerak maju ke hadapan.