Dewan Ulamak PAS Kawasan Taiping

Dewan Ulamak PAS Kawasan Taiping ISLAM MENYATUKAN UMMAH

Catatan DuhaBukan semua yang bermula akan bertahan; hanya yang lulus ujian akan terus melangkah. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad...
04/01/2026

Catatan Duha
Bukan semua yang bermula akan bertahan; hanya yang lulus ujian akan terus melangkah. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 13 Rajab 1447, 3 Januari 2026 Sabtu

Ilāhī anta maqṣūdī wa riḍāka maṭlūbī.Kita berada dalam Jemaah Islamiyyah, maka marilah sama-sama kita menjaga adab dan a...
03/01/2026

Ilāhī anta maqṣūdī wa riḍāka maṭlūbī.

Kita berada dalam Jemaah Islamiyyah, maka marilah sama-sama kita menjaga adab dan akhlak. Terutama janganlah kita merendahkan orang-orang yang belum lagi mendapat tarbiyah dan hidayah daripada Allah SWT.

Jika benar tujuan kita adalah mencari reda Allah SWT, maka terimalah apa yang diputuskan oleh Allah SWT dengan lapang dada, disertai sabar dan doa.

Salam Jumaat.
Sīrū ‘alā barakatillāh.

YB Haji Razman bin Haji Zakaria

03/01/2026

Minda Presiden PAS

POLITIK TIDAK BERPISAH DARIPADA ISLAM

Kepada sesiapa yang berkenaan, sama ada daripada kalangan agamawan ataupun bukan agamawan, ditegaskan bahawa PAS tidak melarang sesiapa pun daripada membuat kenyataan, sama ada menyokong atau tidak menyokong tindakan yang berlaku di Perlis.

Kebebasan bersuara tidak dihalang dalam sebuah negara demokrasi asalkan jangan terbabas atau bercakap tanpa pengetahuan yang betul atau jahil murakkab yang tidak sedar dirinya jahil dan berlagak tahu semua perkara. Akhirnya, akan memalukan diri sendiri.

Prinsip tidak memisahkan Islam daripada politik menjadi aqidah perjuangan PAS, bahkan dimaktubkan dalam perlembagaannya. Segala langkah dan tindakannya dibuat berpandukan fiqh politik yang menepati al-Quran, al-Sunnah dan ijtihad para ulama’ yang bertafaqquh.

Semua tindakan dilakukan mengikut disiplin jemaah sepertimana yang ditetapkan dalam undang-undang tubuhnya. PAS tidak bercakap dengan cara yang terpilih dalam melaksanakan kewajipan amar ma‘ruf nahi munkar. Bahkan, semua ahli PAS ditarbiah menghadapi sesiapa sahaja dan tidak takut kepada apa-apa tindakan, daripada pihak berkuasa yang paling tinggi dalam negara hinggalah tindakan rakyat yang menghukum melalui pilihan raya.

PAS berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam semua urusan, bukan terpilih mengikut kemahuan atau disebabkan takut-takutan.

Menjadi ketetapan Allah SWT, apabila hendak mencipta manusia dengan menentukan kewajipan mereka dalam tiga perkara iaitu aspek ibadah, khilafah (politik) dan amanah. Tiga perkara ini tidak boleh dipisahkan.

1. Ibadah

Hal ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ ٥٦ مَآ أُرِيدُ مِنۡهُم مِّن رِّزۡقٖ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ ٥٧ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ ٥٨

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (56) Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. (57) Sesungguhnya, Allah Dialah Maha Pemberi Rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh. (58)” [Surah al-Zariyat: 56-58]

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ٢١ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَٰشٗا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءٗ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزۡقٗا لَّكُمۡۖ فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادٗا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٢٢

“Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa! (21) Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Kerana itu, janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. (22)” [Surah al-Baqarah: 21-22]

Ibadah berkonsepkan ‘ubudiyyah (memperhambakan diri) kepada Allah dalam urusan ibadah jasmani, rohani, dan harta, serta semua urusan kehidupan dunia yang dijadikan jambatan menuju akhirat.

Maka, Allah SWT mengurniakan ilmu dunia dan ilmu akhirat kepada Nabi Adam AS. Firman Allah SWT:

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِ‍ُٔونِي بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٣١ قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ ٣٢

“Dan Dia mengajari Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat, lalu berfirman, ‘Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar!’ (31) Mereka menjawab, ‘Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.’ (32)” [Surah al-Baqarah: 31-32]

2. Khilafah (politik mentadbir urusan dunia)

Firman Allah SWT:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.’” [Surah al-Baqarah: 30]

Para ulama’ mentafsirkan khilafah sebagai urusan politik yang mentadbir semua urusan dunia, berdasarkan firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمْ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf, dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah jua kembali segala urusan.” [Surah al-Hajj: 41]

Tegasnya, urusan ibadah, pemerintahan negara dan amanah berlaku adil kepada semua tidak boleh dipisahkan.

Hal ini juga ditafsirkan melalui hadis Rasulullah SAW:

‌كَانَتْ ‌بَنُو ‌إِسْرَائِيلَ ‌تَسُوسُهُمُ ‌الْأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ.

“Kaum Bani Isra’il pada zaman dahulu dipimpin oleh para nabi. Apabila seseorang nabi wafat, diganti p**a oleh nabi selepasnya. Tiada lagi nabi selepasku (Muhammad SAW), namun akan ada para pemimpin dan jumlah mereka ramai.”

قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: فُوا بِبَيْعَةِ الْأَوَّلِ فَالْأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ.

Para sahabat bertanya, “Apakah perintahmu (pesananmu) kepada kami?” Baginda menjawab, “Tunaikanlah baiah kepada yang pertama dan diikuti selepasnya. Tunaikanlah hak terhadap mereka. (Pohonlah kepada Allah perkara yang menjadi hak kamu). Sesungguhnya, Allah akan menyoal mereka berkenaan hak kamu yang wajib ditunaikan oleh mereka.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya’, no. 3455, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, no. 1842, daripada Abu Hurairah. Lafaz bagi al-Bukhari]

Para rasul menunaikan kewajipan dengan berani walaupun ada sebahagian daripada mereka yang dibunuh. Firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ وَقَفَّيۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِۦ بِٱلرُّسُلِۖ وَءَاتَيۡنَا عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَأَيَّدۡنَٰهُ بِرُوحِ ٱلۡقُدُسِۗ أَفَكُلَّمَا جَآءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَهۡوَىٰٓ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِيقٗا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِيقٗا تَقۡتُلُونَ ٨٧

“Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan al-Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami telah menyusulinya (berturut-turut) sesudah itu dengan rasul-rasul, dan telah Kami berikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada ‘Isa putera Maryam dan Kami memperkuatnya dengan Ruhul Qudus. Apakah tiap kali datang kepadamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu menyombong; maka beberapa orang (daripada mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” [Surah al-Baqarah: 87]

Rasulullah SAW berdakwah, berjihad dan berhijrah bagi menegakkan negara Islam yang berdaulat yang menjadi sunnah ‘amaliyyah. Malah, menjadi ijmak para sahabat, ulama’ salaf dan khalaf bahawa politik memerintah negara adalah ajaran Islam yang tidak boleh dipisahkan. Adapun memisahkan politik daripada Islam adalah kesesatan yang dimasukkan oleh penjajah.

3. Amanah

Firman Allah SWT:

إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومٗا جَهُولٗا ٧٢

“Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, lalu dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” [Surah al-Ahzab: 72]

Firman Allah SWT lagi:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]

Apabila ditanyakan Rasulullah SAW berkenaan amanah yang dihilangkan, lalu Baginda bersabda:

‌إِذَا ‌وُسِّدَ ‌الْأَمْرُ ‌إِلَى ‌غَيْرِ ‌أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ.

“Apabila urusan pemerintahan umat diserahkan kepada orang yang tidak layak, maka tunggulah Kiamat!” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Ilm, no. 59, daripada Abu Hurairah]

Allah SWT menggambarkan kalangan yang mengkhianati agama-Nya laksana anjing yang menyalak yang diarah oleh syaitan yang berada di belakangnya, sepertimana firman Allah SWT:

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّالِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ ١٧٦

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berinya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (175) Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikannya (darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah. Maka, perumpamaannya seperti anjing; jika kamu menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika kamu membiarkannya, ia menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (176)” [Surah al-A‘raf: 175-176]

Terdapat juga dalam kalangan ilmuwan Islam (ulama’) yang didalangi oleh syaitan daripada kalangan pihak berkuasa yang menentang para anbiya’ dan ulama’ yang menegakkan Islam sepanjang zaman. Mereka bersifat zalim dengan menentang melalui lidah mereka bagi mengelirukan manusia terhadap Islam, sehingga membunuh para pejuangnya. Kalangan mereka ini meletakkan akalnya di perut, bukan di kepala yang dijunjung.

Allah SWT memberi amaran yang keras kepada mereka yang bertindak zalim terhadap perjuangan Islam melalui firman-Nya:

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَٰمُۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ ١٩ فَإِنۡ حَآجُّوكَ فَقُلۡ أَسۡلَمۡتُ وَجۡهِيَ لِلَّهِ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِۗ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡأُمِّيِّ‍ۧنَ ءَأَسۡلَمۡتُمۡۚ فَإِنۡ أَسۡلَمُواْ فَقَدِ ٱهۡتَدَواْۖ وَّإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّمَا عَلَيۡكَ ٱلۡبَلَٰغُۗ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ ٢٠ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡفُرُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّ‍ۧنَ بِغَيۡرِ حَقّٖ وَيَقۡتُلُونَ ٱلَّذِينَ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡقِسۡطِ مِنَ ٱلنَّاسِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ٢١ أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ حَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ٢٢

“Sesungguhnya, agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tidak berselisih orang-orang yang telah diberikan al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) antara mereka. Sesiapa yang kufur terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (19) Kemudian, jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah, ‘Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian p**a) orang-orang yang mengikutiku.’ Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberikan al-Kitab dan kepada orang-orang yang ummi, ‘Adakah kamu (mahu) masuk Islam?’ Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajipan kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (20) Sesungguhnya, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahawa mereka akan menerima seksa yang pedih. (21) Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong. (22)” [Surah Ali ‘Imran: 19-22]

Para anbiya’ menghadapi ujian dizalimi oleh pihak yang berkuasa pada zaman masing-masing, sama ada dihalau, dipenjarakan, ataupun diseksa, dan ada juga yang dibunuh. Al-Quran menceritakan kisah para nabi yang dizalimi ini seperti Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi ‘Isa AS dan lain-lain. Bahkan, ada yang dibunuh seperti Nabi Zakaria dan Nabi Yahya AS.

Para ulama’ besar yang masyhur yang menjadi pewaris para anbiya’ juga menghadapi ujian yang sama. Khususnya para imam mazhab yang besar pada hari ini yang menjadi mangsa kezaliman pada zaman masing-masing.

Seorang imam atau ulama’ dalam lapangan tafsir, Sa‘id bin Jubair RH dibunuh kerana menentang kezaliman pada zamannya.

Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) mati di dalam penjara kerana menentang kezaliman dan menolak tawaran menjadi Qadi al-Qudah (Ketua Hakim Negara) bagi berpihak kepada khalifah yang zalim. Imam Malik dihukum sebat sehingga lumpuh tangannya kerana menentang kezaliman khalifah. Imam Syafi‘i ditangkap dan dibelenggu lalu dibawa menghadap khalifah kerana menentang salah lakunya. Imam Ahmad bin Hanbal (Hanbali) p**a disebat sehingga pakaiannya berlumuran darah kerana menentang khalifah yang menganut ajaran Muktazilah.

Penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) oleh kump**an Islam selepas kehilangan negara merupakan usaha menunaikan kewajipan menyambung perjuangan Islam dengan dipimpin oleh para ulama’ dan ilmuwan Islam dalam segala lapangan.

PAS terus beristiqamah dalam perjalanannya berpandukan Islam yang sempurna daripada al-Quran dan al-Sunnah serta ijtihad para ulama’ terdahulu dan terkini secara berjemaah. Walaupun terpaksa menempuhi perjalanan yang paling mencabar sehingga bersilih ganti rebah dan bangun, menang dan kalah. Hal ini demikian kerana, PAS menjadikan politik satu kewajipan dan tidak menjadikan politik satu permainan dan kerja sambilan.

PAS berpolitik dengan ilmu dan matang dalam memahami isu, serta tidak boleh diganggu oleh mereka yang tidak bertafaqquh dalam politik dan salakan anjing yang menjadi khadam kepada syaitan yang mengacau dalam perjalanannya. PAS tidak menyerah kalah, walaupun ramai dalam kalangan ahli dan pemimpinnya menjadi mangsa kezaliman.

Maka, untuk melaksanakan kewajipan politik Islam dalam perkara yang besar, diwajibkan baiah kepada pemimpin dan petugas yang penting seperti wakil rakyat, supaya taat dan wala’ (setia) kepada arahan dan perintah kepimpinan jemaah yang tidak bercanggah dengan dasar Islam yang bersifat rukun dalam perjuangan.

Maka, PAS tidak mudah diperdaya oleh syaitan-syaitan yang banyak. Kalau ada yang terpedaya atau tergoda, akan diambil tindakan disiplin mengikut hukum Islam.

PAS telah membuktikan kejayaannya di beberapa negeri yang dikuasainya dengan menegakkan kerajaan yang bersih sehingga diakui oleh kawan dan lawan. Hal ini dilakukan dengan berpegang teguh kepada prinsip aqidah dan konsep muhasabah yang betul. PAS juga boleh bekerjasama serta berta‘awun dengan semua pihak dan membatalkannya berpandukan firman Allah SWT:
.. وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ ...٢

“...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan...” [Surah al-Ma’idah: 2]

Malah, PAS juga menerima pandangan semua pihak yang bersifat matang dan hikmah. Bukannya mendengar cakap sewenang-wenang oleh kalangan yang tidak istiqamah dan berlagak, yang tidak berkonsepkan firman Allah SWT:

وَٱلۡعَصۡرِ ١ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ ٣

“Demi masa! (1) Sesungguhnya, manusia itu benar-benar dalam kerugian. (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta mereka p**a nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (3)” [Surah al-‘Asr: 1-3]

PAS menolak kalangan yang berani memberi nasihat yang terpilih sahaja dan berlagak berani, bukan kerana benar tetapi kerana mengampu yang meletakkan fikirannya di dalam perutnya.

PAS juga menolak kalangan yang berilmu, tetapi tidak bertafaqquh dalam urusan yang diperkatakannya lalu membuat tafsiran yang salah tanpa kefahaman dalam lapangan yang disentuhnya.

Tindakan diambil terhadap pemimpin dan ahli apabila tidak ada wala’ dan taat dalam arahan perjuangan, berpandukan sabda Rasulullah SAW:

الْجِهَادُ وَاجِبٌ عَلَيْكُمْ مَعَ ‌كُلِّ ‌أَمِيرٍ، ‌بَرًّا كَانَ أَوْ ‌فَاجِرًا.

“Jihad (meninggikan Islam sehingga berdaulat) wajib kepada kamu bersama pemimpin yang dilantik, sama ada dia seorang yang baik ataupun jahat (selagi arahannya bukan maksiat).” [Hadis riwayat Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Jihad, no. 2533, daripada Abu Hurairah]

Inilah yang diucapkan dalam lafaz baiah dan sumpah semua calon yang bertanding dalam pilihan raya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 10 Rajab 1447 / 31 Disember 2025

[Bil: 94 / 2025]

Catatan DuhaKepayahan adalah madrasah perjuangan; daripadanya lahir pejuang yang tahan diuji. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad  1...
01/01/2026

Catatan Duha
Kepayahan adalah madrasah perjuangan; daripadanya lahir pejuang yang tahan diuji. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 11 Rajab 1447, 1 Januari 2026 Khamis

30/12/2025

SIRI 1 :
FIKRAH KHADAM JEMAAH

Muhasabah Diri, Nafsu dan Amanah

📖 Firman Allah SWT

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِيۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌۢ بِالسُّوٓءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّيۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
(Surah Yūsuf : 53)

Maksudnya:

“Dan aku tidak membersihkan diriku (daripada kesalahan). Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendorong kepada kejahatan, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”



1️⃣ Asas Fikrah Khadam Jemaah: Tidak Mensucikan Diri

Fikrah khadam jemaah bermula dengan pengakuan kelemahan diri, bukan dengan mendakwa kesempurnaan.
Frasa “وما أبرئ نفسي” mengajar kita bahawa: Keluasan jemaah terletak pada kejujuran mengakui kekurangan, bukan menutupnya atas nama perjuangan.



2️⃣ Nafsu: Musuh Dalaman Jemaah

Allah menegaskan:
“إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ”

‏Dalam amal jama‘i, nafsu boleh muncul dalam pelbagai bentuk:
• cinta jawatan
• seronok pujian
• mempertahankan kesalahan kump**an
• merasa diri paling benar

Jika tidak ditarbiyah, nafsu individu boleh merosakkan wibawa jemaah.



3️⃣ Rahmat Allah Lebih Utama daripada Struktur

Ayat ini tidak menyandarkan keselamatan kepada:
• kebijaksanaan manusia
• kekuatan organisasi
• kematangan pengalaman

Tetapi kepada:

“إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي”

‏Maka khadam jemaah perlu sentiasa:
• bergantung kepada Allah
• memperbanyak muhasabah
• menerima nasihat dan teguran

Tanpa rahmat Allah, sekuat mana pun jemaah akan rapuh.



4️⃣ Fikrah Khadam: Berkhidmat

Ayat ini mendidik kita bahawa:
• kuasa adalah ujian
• jawatan adalah amanah
• kemenangan bukan lesen kebal

Khadam jemaah:
• melindungi jemaah daripada kezaliman nafsu
• menjaga maruah perjuangan
• mendahulukan kebenaran walau pahit



5️⃣ Penutup Muhasabah

Ayat ini menutup dengan pengharapan:

“إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ”

‏Islam adalah agama rahmah dan hukuman dalam jemaah bukan membenci tetapi:
• membuka ruang taubat
• mendidik jiwa
• membina semula manusia

📌 Fikrah khadam jemaah menuntut kita tegas pada prinsip, lembut pada insan, dan tunduk kepada Allah

30/12/2025

Pendirian PAS dalam isu Kerajaan Negeri Perlis dan Perikatan Nasional

Catatan DuhaKesusahan bukan penghalang perjuangan, tetapi penyaring siapa yang layak terus bertahan. Ustaz Hj Idris Hj A...
30/12/2025

Catatan Duha
Kesusahan bukan penghalang perjuangan, tetapi penyaring siapa yang layak terus bertahan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 9 Rajab 1447, 30 Dis 2025 Selasa

20/12/2025

Kenyataan Media
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

Dakyah Gerakan Kultus, Gubal Dasar Kawalan Penyebaran Agama Bukan Islam

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) meneliti pendedahan demi pendedahan dakyah gerakan kultus Kristian yang menjadikan Malaysia sebagai sasaran penyebaran ajaran tersebut. Pendedahan tersebut amat membimbangkan kerana ia melibatkan individu-individu kenamaan, bahkan program-program dakyah gerakan kultus ini kebanyakannya bernaung di bawah program Kementerian.

DUPP berpandangan gerakan kultus sebegini sangat sukar untuk dikesan kerana mereka sering kali berselindung di sebalik slogan dan nama sejagat yang umum. Gerakan kultus ajaran Sun Myung Moon seperti yang didedahkan penyelidik ketika ini bersembunyi di sebalik nama "Peace", "Love" dan sebagainya.

Lebih membimbangkan adalah dakyah tersebut mensasarkan ahli legislatif Muslim suatu ketika dahulu, bahkan juga sudah beberapa kali masuk ke institusi pendidikan negara. Program-program kempen atas nama sejagat sebegitu tidak mudah untuk dikesan jika tanpa ada "background check" yang menyeluruh dibuat.

Oleh yang demikian, DUPP menggesa Kerajaan supaya mengambil langkah yang teliti bagi menangani perkembangan dakyah Kristian yang semakin berleluasa. Sebelum ini, pihak penyelidik CREED ini juga turut mendedahkan beberapa ajaran kultus lain yang menyebarkan dakyah songsang mereka ke dalam masyarakat.

DUPP berpandangan suatu dasar pengawalan agama bukan Islam wajar digubal. Ia bagi mengawasi penyebaran dakyah bukan Islam terhadap umat Islam apatah lagi perkembangan gerakan kultus yang semakin membimbangkan dalam negara ketika ini. Perkara 11(4) dan Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan wajar diperkukuh dengan penggubalan dasar dan akta yang jelas supaya akidah umat Islam dapat diselamatkan daripada sebarang dakyah yang menyimpang.

Sekian.

YB USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena.

18 Disember 2025 Miladi bersamaan 27 Jamadilakhir 1447 Hijri

KEMPEN GLOBAL LINDUNGI KELUARGAالحملة العالمية لحماية الأسرة التي أطلقتها لجنة الأسرة بالاتحاد العالمي لعلماء المسلمينME...
20/10/2025

KEMPEN GLOBAL LINDUNGI KELUARGA

الحملة العالمية لحماية الأسرة التي أطلقتها لجنة الأسرة بالاتحاد العالمي لعلماء المسلمين

MENDIDIK ANAK DENGAN ILMU AGAMA YANG TINGGI

“Sesiapa yang lalai daripada mengajar anaknya sesuatu yang bermanfaat dan membiarkannya sia-sia, maka dia benar-benar telah menzaliminya seburuk-buruknya. Kebanyakan anak-anak rosak kerana kelalaian ibu bapa, mereka tidak mengajar anak-anak kewajipan agama dan sunnahnya. Maka anak-anak itu terabai sejak kecil, tidak memberi manfaat kepada diri sendiri, dan tidak p**a kepada ibu bapa mereka apabila dewasa - Ibn Qayyim.”
(Tuhfat al-Mawdud, hlm. 229)

Faedah Nasihat:
1. Kewajipan ketua keluarga (Suami/Bapa) memastikan isteri dan anak-anak mempunyai ilmu agama
2. Ketua keluarga akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t terhadap tanggungjawabnya
كلكم راع و كلكم مسؤول عن رعيته
3. Sesebuah keluarga yang baik akan melahirkan anak-anak yang soleh
4. Pengabaian ilmu agama dalam keluarga akan melahirkan generasi yang tidak mampu mengurus diri apatah lagi negara
5. Kepincangan masyarakat akan berlaku disebabkan kelalaian ibu bapa mendidik anak-anak dengan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah

Berkhidmat Untuk Islam,
Ustazah Ana Mastura Ismail
Pengerusi
Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga, Dewan Ulamak PAS Pusat (LPIKK DUPP)

Designer:
Ustazah Aina Munirah Rostam






KEMPEN GLOBAL LINDUNGI KELUARGAالحملة العالمية لحماية الأسرة التي أطلقتها لجنة الأسرة بالاتحاد العالمي لعلماء المسلمينME...
20/10/2025

KEMPEN GLOBAL LINDUNGI KELUARGA

الحملة العالمية لحماية الأسرة التي أطلقتها لجنة الأسرة بالاتحاد العالمي لعلماء المسلمين

MELATIH ANAK DENGAN ILMU KEPAHLAWANAN MENGIKUT KECENDERUNGANNYA

“Apabila seorang anak kecil dilihat memiliki kecenderungan kepada kepahlawanan, seperti menunggang kuda, memanah, bermain tombak, dan dia tidak memiliki kecenderungan kepada ilmu, maka biarkan dia dengan persiapan kepahlawanannya itu dan berikan latihan kepadanya, kerana itu lebih bermanfaat baginya dan bagi kaum Muslimin - Ibn Qayyim.”
(Tuhfat al-Mawdud, hlm. 244)

Faedah Nasihat:
1. Gilap kemahiran kepahlawanan anak mengikut kecenderungannya
2. Anak-anak adalah penyambung risalah Rasulullah s.a.w menjadi kewajipan ibu bapa memenuhi dada mereka dengan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
3. Ilmu kepahlawanan sangat penting untuk generasi muda demi kesejahteraan negara kerana musuh tidak pernah pejam mata lena dek sibuk merangka strategi menghapuskan umat Islam dan merampas negara mereka
4. Ibu bapa adalah tonggak dalam membentuk anak-anak agar menjadi insan berilmu, beriman dan bertaqwa







#18102025

Berkhidmat Untuk Islam,
Ustazah Ana Mastura Ismail
Pengerusi
Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga, Dewan Ulamak PAS Pusat (LPIKK DUPP)

Designer:
Ustazah Aina Munirah Rostam

PROGRAM KEMPEN GLOBAL LINDUNGI KELUARGA الحملة العالمية لحماية الأسرةAnjuran: Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (IUMS) dgn k...
20/10/2025

PROGRAM
KEMPEN GLOBAL LINDUNGI KELUARGA
الحملة العالمية لحماية الأسرة

Anjuran:
Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (IUMS) dgn kerjasama LPIKK DUPP & LAPK DUPN Perak
ANAK AMANAH ALLAH SWT KEPADA IBU BAPA

Nasihat Syeikhul Islam Imam al-Ghazali Rahimahullah kepada kita tentang anak sebagaimana kata beliau:

“Anak kecil adalah amanah di sisi kedua ibu bapanya. Hatinya yang suci ibarat permata asli yang kosong daripada ukiran dan bentuk. Ia menerima segala yang diukir padanya, dan condong kepada apa sahaja yang diarahkan. Jika dibiasakan dengan kebaikan dan diajarkan, maka dia akan membesar dengannya; kedua ibu bapanya akan bahagia di dunia dan akhirat, begitu juga setiap guru dan pendidiknya. Tetapi jika dibiasakan dengan keburukan dan dibiarkan seperti binatang, maka dia akan celaka dan binasa, dan dosa itu akan tertanggung di leher penjaganya dan pemimpin keluarganya - Al-Imam al-Ghazali.”
(Ihya’ Ulum al-Din 3/72)

Faedah Nasihat:
1. Didiklah anak sebaiknya dengan ilmu agama yang tinggi kerana mereka amanah Allah kepada kita sebagai ibu bapa
2. Ibu bapa adalah contoh ikutan anak-anak, maka jagalah akhlak kita agar anak-anak dapat mewarisinya
3. Curahkan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak kerana itu adalah hak mereka
4. Ibu bapa akan dipersoalkan di akhirat tentang anak-anak yang diamanahkan oleh Allah s.w.t menjaganya

Berkhidmat Untuk Islam,
Ustazah Ana Mastura Ismail
Pengerusi
Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga, Dewan Ulamak PAS Pusat (LPIKK DUPP)

Designer:
Ustazah Aina Munirah Rostam

Address

Taiping

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Ulamak PAS Kawasan Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share