PAS Cawangan Taman Panglima Saujana

PAS Cawangan Taman Panglima Saujana Selamat Datang ke Page PAS Cawangan Taman Panglima Saujana, Kawasan Taiping, Negeri Perak.

Minda Presiden PASWAJIB MEMPERTAHANKAN PERPADUAN KITA_Iltizam kami adalah untuk memperkukuhkan perpaduan dan persaudaraa...
03/01/2021

Minda Presiden PAS
WAJIB MEMPERTAHANKAN PERPADUAN KITA
_Iltizam kami adalah untuk memperkukuhkan perpaduan dan persaudaraan sesama kita, serta memperkasakan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional yang kita bina secara bersama._

Iltizam kami adalah untuk memperkukuhkan perpaduan dan persaudaraan sesama kita, serta memperkasakan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional yang kita bina secara bersama.

01/01/2021

PERUTUSAN TAHUN BARU 2021 PAS PERAK: TAHUN PERKUKUH PENYATUAN UMMAH

Firman Allah SWT:

(إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ)
“Sesungguhnya mereka yang beriman itu bersaudara. Maka disebabkan itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat-Nya.” (Surah al-Hujurat: 10)

Sesungguhnya Allah telah mempersaudarakan orang-orang beriman dengan ikatan yang kukuh berpaksikan akidah Islam. Ia menjadikan orang-orang beriman walau apapun latar keturunannya, bangsa atau warna kulit menjadi satu yang saling menguatkan antara satu sama lain.

Nabi SAW pasca peristiwa hijrah telah mempersaudarakan golongan Aus dan Khazraj yang telah berperang sesama mereka selama ratusan tahun lamanya. Islam juga turut menyatukan orang-orang muhajirin yang berhijrah bersama Nabi SAW ke Yathrib dengan orang-orang Ansor yang merupakan penduduk asal Madinah. Begitulah rahmat Islam menyatukan manusia di seluruh alam sehingga menjadikan umat Islam sebagai umat yang kuat.

Tahun 2020 melakar sejarah baru umat Islam di Malaysia. Penyatuan umat melalui Muafakat Nasional diperkukuh dengan pembentukan Perikatan Nasional baik di peringkat persekutuan mahupun negeri-negeri di seluruh negara. Ia menambah kekuatan umat Islam apabila tiga parti melayu Islam iaitu PAS, UMNO dan BERSATU berpakat demi maslahah ummah.

Pelbagai cabaran dilalui untuk menguatkan simpulan ikatan yang merapatkan umat Islam di tanah air. Ada yang cuba merungkai dan tidak kurang yang juga menggoyahkan. Namun berkat kesabaran ikatan penyatuan umat ini terus utuh hingga ke minit-minit akhir tahun 2020.

Tahun 2021 bakal menjanjikan cabaran yang lebih besar. Justeru, PAS Perak berazam menjadikan tahun 2021 sebagai tahun mengukuhkan penyatuan ummah. Terus istiqamah memaknakan usaha penyatuan dengan memperkukuh MN dan mempertahan PN walau apapun cabaran yang datang melanda. Semoga penyatuan umat Islam terus subur berkembang seiring langkah kita memasuki tahun yang baru.

Akhir kata, semoga tahun 2021 bakal memberi sinar kesejahteraan buat seluruh rakyat khususnya di negeri Perak. Mudah-mudahan ia menjadi tahun yang akan berlalunya ujian pandemik Covid 19 seperti berlalunya tahun 2020 pergi meninggalkan kita. Seterusnya usaha mengembalikan kekuatan ekonomi serta menyebarkan nikmat hidup di dalam pemerintahan Islam dapat digerakkan untuk manfaat seantero rakyat negeri Perak.

Selamat tinggal 2020. Selamat datang 2021. Selamat tahun baru 2021 kepada seluruh rakyat negeri Perak.

Tulus Ikhlas, Daripada

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3654022947996413&id=117086798356730

01/01/2021

MUAFAKAT NASIONAL DITUBUHKAN
DEMI UNTUK PENYATUAN UMMAH

Mana-mana pihak tidak perlu meminta PAS memilih sama ada hendak bersama Muafakat Nasional (MN) atau tidak kerana PAS adalah antara watak utama yang merangka dan
berusaha menubuhkan MN atas dasar penyatuan ummah.

PAS berpegang teguh dengan Piagam MN yang dimeterai antara UMNO dan PAS pada 14 September 2019 yang antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan
mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraannegara.

PAS turut mempertegaskan betapa MN perlu dijadikan amalan musyawarah dalam
memperkasakan agenda Islam, Melayu, Bumiputera khususnya dan rakyat Malaysia amnya secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan negara demi membangunkan negara inklusif, sejahtera dan menjamin keadilan sosial merentasi batas warna kulit mahupun anutan.

Justeru itu PAS berpandangan MN bukanlah milik eksklusif sesuatu parti atau kelompok,
sebaliknya harus dibuka kepada semua kalangan yang cintakan perpaduan, keharmonian dan keadilan di dalam negara ini.

Dengan mengekalkan komitmen yang mantap dalam Agenda Besar MN, adalah jelas dari
sudut pendekatan dan strategi politik tiada suatu pun halangan yang dikenakan untuk UMNO daripada kekal bersama Barisan Nasional (BN) mahupun untuk PAS dari menyertai mana￾mana gabungan atau kerjasama politik.

Apa yang penting adalah gabungan UMNO dan PAS boleh malah perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai cita-cita yang sama dalam menghadapi PRU15 dengan suatu persefahaman yang jitu khususnya tiada pertembungan sesama sendiri yang menguntungkan pihak lain. PAS amat yakin bagi mencapai cita-cita dan hasrat ini semua pihak perlu meneroka jalan damai dan saling menerima serta hormat menghormati, bukan sebaliknya.

Terima kasih.

TAKIYUDDIN HAJI HASSAN
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 31 Disember 2020.

30/07/2020
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada Muslimin dan Muslimat.Ingatan ikhlas dari, Yang Dipertua,Timbalan Y...
22/05/2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada Muslimin dan Muslimat.

Ingatan ikhlas dari,
Yang Dipertua,
Timbalan Yang Dipertua,
Naib Yang Dipertua,
Setiausaha dan seluruh saf kepimpinan PAS Kawasan Taiping



PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS - HARI NUZUL AL-QURAN 1441HFirman Allah SWT:﴿شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡ...
10/05/2020

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS - HARI NUZUL AL-QURAN 1441H

Firman Allah SWT:

﴿شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ...١٨٥﴾

"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan daripada petunjuk serta pembeza (antara yang hak dan yang batil)...” (Surah al-Baqarah: 185)

Hikmah Allah SWT memuliakan al-Quran apabila diturunkan di dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan fadhilatnya. Tujuan penurunan al-Quran adalah untuk menentukan perbezaan antara benar dan salah, adil dan zalim, petunjuk dan kesesatan.

Segala petunjuk al-Quran itu adalah kasih dan rahmat Allah SWT kepada manusia dengan menunjuki jalan yang benar sehingga membawa kebaikan kepada mereka di dunia dan akhirat. Sesiapa yang meninggalkan petunjuk al-Quran, dia akan berada dalam kesesatan dan kemusnahan hidup di dunia dan di akhirat.

Orang Islam sepatutnya bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberi petunjuk kepada mereka. Kesyukuran itu dapat dibuktikan dengan berpegang kepada al-Quran yang merupakan petunjuk Allah SWT yang telah diajar cara beramal oleh Rasulullah SAW melalui apa yang diwariskan oleh para ulama’ yang menerima pusaka ajaran-ajaran para rasul.

Kesimpulannya, dengan semangat kita berada di dalam bulan Ramadhan ini, marilah kita meletakkan keazaman di dalam diri kita untuk melaksanakan tuntutan Al-Quran dengan mempelajari al-Quran, memahaminya, menghafalnya, menyebarkannya, mempertahankan dan memperjuangkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Quran sehingga ianya kembali dilaksanakan di atas muka bumi Allah SWT ini.

“Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran”

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Bertarikh: 17 Ramadhan 1441 / 10 Mei 2020

10/04/2020
KENYATAAN MEDIABADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK21 Rejab 1441 / 16 Mac 2020*SOLAT HAJAT AGAR DIHINDARI WABAK COVID-19 B...
16/03/2020

KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK

21 Rejab 1441 / 16 Mac 2020

*SOLAT HAJAT AGAR DIHINDARI WABAK COVID-19 BERPANJANGAN*

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat memahami situasi genting ketika ini berdasarkan peningkatan kes positif dengan pantas dan merakamkan penghargaan kepada warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya dalam mengawal penularan dan merawat pesakit.

PAS Perak juga berharap setiap daripada kita yang terlibat dengan gejala atau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 hendaklah segera merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran dan KKM untuk tindakan lanjut termasuk proses saringan.

PAS Perak menyarankan agar bersama kita menjaga kebersihan diri masing-masing dan sentiasa kerap mengamalkan membasuh tangan sebagaimana ketetapan KKM dalam memastikan penyebaran virus COVID-19 dapat dihindarkan disamping mengelakkan diri daripada menghadiri kawasan tumpuan ramai.

PAS Perak mengajak seluruh rakyat agar terus mengadakan solat hajat dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar ujian besar ini dapat beransur pulih hendaknya.

Semoga Allah SWT melindungi kita daripada keresahan berterusan dan dijauhkan daripada wabak yang berpanjangan.

"ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN"

Sekian, terima kasih.

*YB HJ RAZMAN ZAKARIA*
Pesuruhjaya PAS Perak /
ADUN Gunong Semanggol

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2864133520318697&id=117086798356730

KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
21 Rejab 1441 / 16 Mac 2020

SOLAT HAJAT AGAR DIHINDARI WABAK COVID-19 BERPANJANGAN

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat memahami situasi genting ketika ini berdasarkan peningkatan kes positif dengan pantas dan merakamkan penghargaan kepada warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya dalam mengawal penularan dan merawat pesakit.

PAS Perak juga berharap setiap daripada kita yang terlibat dengan gejala atau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 hendaklah segera merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran dan KKM untuk tindakan lanjut termasuk proses saringan.

PAS Perak menyarankan agar bersama kita menjaga kebersihan diri masing-masing dan sentiasa kerap mengamalkan membasuh tangan sebagaimana ketetapan KKM dalam memastikan penyebaran virus COVID-19 dapat dihindarkan disamping mengelakkan diri daripada menghadiri kawasan tumpuan ramai.

PAS Perak mengajak seluruh rakyat agar terus mengadakan solat hajat dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar ujian besar ini dapat beransur pulih hendaknya.

Semoga Allah SWT melindungi kita daripada keresahan berterusan dan dijauhkan daripada wabak yang berpanjangan.

"ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN"

Sekian, terima kasih.

YB HJ RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak /
ADUN Gunong Semanggol

Address

Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cawangan Taman Panglima Saujana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share