SK Seri Besout

SK Seri Besout SK Seri Besout ialah sebuah sekolah kebangsaan di Felda Besout 1 dan Felda Besout 2 Kelas-kelas cawangan ini ditadbir oleh En. Mohamad b Majilah PJK.

Bermula sebagai sebuah sekolah cawangan bagi Sekolah Kebangsaan Kuala Slim, Slim River pada tahun 1981. Sekolah cawangan yang bertempat di Besout 1 ini adalah bagi menampung pelajar-palajar yang terdiri daripada anak-anak peneroka Besout 1, 2, dan 3, anak-anak kaki tangan dan anak-anak pekerja perbadanan kilang sawit Besout. Sekolah yang baru dibangunkan ini menghadapi serba kekurangan terutama be

rhubung dengan kemudahan asas seperti bangunan, bekalan air, elektrik dan jalan. Dewan dan rumah peneroka terpaksa digunakan sebagai bilik darjah bagi menampung sejumlah 264 murid. Menjelang Januari 1983, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Besout dengan kodnya ABA 0120 dan terpaksa menampung seramai 1050 murid . jumah yang bertambah secara mendadak ini sudah tentu memerlukan lebih banyak kemudahan. Bilik-bilik darjah yang digunakan adalah projek kilat /blok kilat 6 bilik ,rumah kilang 12 buah , rumah peneroka yang diubahsuai 5 buah dan rumah peroka asal sebuah. Manakala perabotnya dipinjam daripada sekolah-sekolah berdekatan. . bekalan air hanya dinikmati pada 23 september 1985 dan dilikuti pula bekalan elektrik empat tahun kemudian iaitu 11ogos 1989

Pada September 1984 , projek pembinaan bangunan kekal yang tersergam sekarang ini dimulakan dengan perbelanjaan 1.6 juta. Projek ini menggunakan kaedah “pasang siap” dan merupakan projek sekolah yang pertama seumpamanya di Negeri Perak. Bangunan kekal ini terdiri daripada 2 blok tiga tingkat dengan 18 bilik dan sebuah kantin.

22 April 1985 bangunan telah digunakan bagi sessi pagi sahaja dan bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Besout. Majlis perasmian bangunan oleh YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Menteri Pelajaran Malaysia pada 13 November 1986. Sejak tarikh bersejarah itu sekolah ini dikenali sebagai

Sekolah Kebangsaan Seri Besout,
35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan.

07/04/2026
18/03/2026

Saya amat berbesar hati dan setinggi-tinggi penghargaan dan peluang berharga yang diberikan untuk menyertai pertandingan “Malaysia Di Mata Saya”.

Sebagai anak Malaysia, saya berasa amat bangga dilahirkan dan dibesarkan di bumi yang kaya dengan kepelbagaian budaya, keharmonian, dan keindahan ini. Malaysia bukan sekadar tempat tinggal, tetapi identiti dan kebanggaan yang sentiasa terpahat di hati saya.





PAVINESHA SRII HOWINDRAN PRASAD

Pertandingan catur peringkat sekolah dah dan Daerah Batang Padang. Tahniah buat team catur dan jurulatih Cg Rizalman dan...
28/02/2026

Pertandingan catur peringkat sekolah dah dan Daerah Batang Padang. Tahniah buat team catur dan jurulatih Cg Rizalman dan team.

18/02/2026

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2026
SK SERI BESOUT

✨PERTANDINGAN VIDEO BICARA KERJAYA STEM✨https://vt.tiktok.com/ZSmkP7CGR/Mohon seluruh warga SK Seri Besout like, share, ...
16/02/2026

✨PERTANDINGAN VIDEO BICARA KERJAYA STEM✨

https://vt.tiktok.com/ZSmkP7CGR/

Mohon seluruh warga SK Seri Besout like, share, komen & repost video ini sebagai tanda sokongan kepada adik Nur Safiyyah Umairah dalam pertandingan video TikTok bicara kerjaya STEM peringkat Negeri. 👩‍🔬

Jangan lupa, ikuti akaun rasmi tiktok SK Seri Besout. Semoga SK Seri Besout terus cemerlang & maju jaya! 🌟

Sekian, Terima Kasih.

Check out SKSERIBESOUT’s video.

06/02/2026

💞Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 2026. (Jumaat/6 Februari 2026)

🥰Tahniah anak-anak Tahun 1
😘Kamu telah melalui fasa awal persekolahan dengan berani dan ceria.
😊Teruskan melangkah dengan yakin:
🥳Kerana sekolah adalah tempat untuk belajar, bermain dan berjaya.

😘Wajah ceria, hati gembira,
Tanda anak-anak sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya 💫




06/02/2026
Tahniah diucapkan kepada adik Pavinesha Srii Howindran PRASAD atas kejayaan merangkul gelaran Johan Bicara Buku peringka...
09/12/2025

Tahniah diucapkan kepada adik Pavinesha Srii Howindran PRASAD atas kejayaan merangkul gelaran Johan Bicara Buku peringkat Daerah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada guru pembimbing, Puan Hasni Amat , Teacher Parameswary Rajendran dan Cg Afif yang sentiasa memberikan bimbingan, dorongan dan latihan berterusan sehingga kejayaan ini dapat dicapai.

Semoga adik Pavinesha terus cemerlang dalam bidang pengucapan awam dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi!

Tahniah Amir Zulhilmi bin Nor Azuan atas kejayaan mendapat Tempat ke 4  Bawah 12 tahun -CHESS ON BOARD LAH 2025 di UTAR,...
08/12/2025

Tahniah Amir Zulhilmi bin Nor Azuan atas kejayaan mendapat Tempat ke 4 Bawah 12 tahun
-CHESS ON BOARD LAH 2025 di UTAR, Kampar - 6 Disember 2025
Semoga terus cemerlang!!

SK SERI BESOUT, 35600 SUNGKAI8 Disember 2025Assalammualaikum & Salam SejahteraSyukur Alhamdulillah TVET MADANI DRONE COM...
08/12/2025

SK SERI BESOUT, 35600 SUNGKAI
8 Disember 2025
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Syukur Alhamdulillah

TVET MADANI DRONE COMPETITION (PERINGKAT KEBANGSAAN)
Sempena Program RANCAKKAN MADANI Bersama Malaysiaku

_Perkarangan Perbadanan Putrajaya
6-7 Disember 2025

Pencapaian :
TEAM WANYI STINGER A
NAIB JOHAN
Kategori Sekolah

TEAM WANYI STINGER C
TEMPAT KE-3
Kategori Sekolah

Keputusan Penuh Kump**an :*
1. WANYI STINGER A - NAIB JOHAN
- Asytar Harraz b. Mohd. Hafiz
- ⁠Engku Izz Muhaimin b. Engku Nazrul

2. WANYI STINGER B - TOP 16
- Nur Aleesya Tasneem bt. Mohd Izuan
- Delisha Amani bt. Muhamad Sobri

3. WANYI STINGER C - KETIGA
- Asyraf Hafiy b. Mohd Hafiz
- Muhammad Akif Ziyad b. Kamarudin

4. WANYI STINGER D - TOP 8
- Muhammad Zarif b. Mohd Faizul
- Danial Ashraaf b. Kamal Razman

Guru Pembimbing :*
1. Cikgu Muhammad Afifyusri bin Yahya
2. Cikgu Nor Zatul Akmal bt. Ishak

Pasukan robotik WANYI STINGER dari SK Seri Besout telah menghantar 4 pasukan dron untuk menyertai Pertandingan di atas dan pasukan *Wanyi Stinger A dan C* telah berjaya mendapat *Tempat NAIB JOHAN dan TEMPAT KE-3* keseluruhan Kategori Sekolah mengatasi penglibatan lebih 200 peserta dari 64 pasukan dari sekolah-sekolah seluruh negara.

Syabas & Tahniah kepada semua peserta pertandingan yang terlibat dalam menunjukkan sifat kental diri & mental yang tinggi untuk memberikan tentangan hebat kepada semua pencabar. Juga ucapan Tahniah & Terima Kasih kepada Cikgu Afif & Cikgu Zatul diatas komitmen tinggi yang diberi untuk membantu kelancaran penyertaan pasukan Robotik SKSB hingga mencapai kejayaan. Terima kasih juga kepada seluruh warga SK Seri Besout di atas kerjasama yang diberikan sama ada secara langsung atau tidak bersama-sama membantu mengharumkan nama SK Seri Besout dipersada tertinggi. Jutaan terima kasih.

SYABAS DAN TAHNIAH!

EN. SHAHRUL BIN IBRAHIM
Guru Besar
SK Seri Besout

20/11/2025

Tekan Butang Shop Now Sekarang

https://youtu.be/YAx-91cmnvo
20/11/2025

https://youtu.be/YAx-91cmnvo

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Address

Felda Gunung Besout 1
Sungkai
35600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Besout posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Seri Besout:

Share