Pusat Racun Negara

Pusat Racun Negara The Malaysia National Poison Centre (NPC) is a consultation centre for drug and poison information

The Malaysia National Poison Centre (NPC) mission and vision is to promote health, reduce poisoning and prevent death through excellence, compassion and innovation,

๐Ÿ”ด JOM SERTAI TIKTOK LIVE PRNLab! ๐Ÿ”ดNak tahu lebih lanjut mengenai perkhidmatan analisis yang ditawarkan oleh PRNLab? ๐Ÿงช๐Ÿ“ฒ J...
26/08/2026

๐Ÿ”ด JOM SERTAI TIKTOK LIVE PRNLab! ๐Ÿ”ด

Nak tahu lebih lanjut mengenai perkhidmatan analisis yang ditawarkan oleh PRNLab? ๐Ÿงช

๐Ÿ“ฒ Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dalam TikTok LIVE PRNLab!

๐Ÿ—“๏ธ 26 Ogos 2026 (Rabu)
โฐ 10.00 pagi

โœจ Ikuti sesi perkongsian bersama PRNLab dan dapatkan maklumat mengenai perkhidmatan analisis kami.

๐ŸŽ‰ Promosi istimewa juga akan dikongsikan sempena Bulan Kemerdekaan!

๐Ÿ‘‰ Follow, Like & Share TikTok PRNLab
๐Ÿ“ฑ Scan QR Code pada poster untuk mengikuti akaun kami!

๐Ÿ”ด JOM SERTAI TIKTOK LIVE PRNLAB! ๐Ÿ”ด

Nak tahu lebih lanjut mengenai perkhidmatan analisis yang ditawarkan oleh PRNLab? ๐Ÿงช

๐Ÿ“ฒ Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dalam TikTok LIVE PRNLab!

๐Ÿ—“๏ธ 26 Ogos 2026 (Rabu)
โฐ 10.00 pagi

โœจ Ikuti sesi perkongsian bersama PRNLab dan dapatkan maklumat mengenai perkhidmatan analisis kami.

๐ŸŽ‰ **Promosi istimewa juga akan dikongsikan sempena Bulan Kemerdekaan! **

๐Ÿ‘‰ Follow, Like & Share TikTok PRNLab
๐Ÿ“ฑ Scan QR Code pada poster untuk mengikuti akaun kami!

Jangan lupa! Set reminder dan jumpa kami secara LIVE! ๐Ÿ”ด

๐€๐–๐€๐’! ๐๐Ž๐Œ ๐€๐’๐€๐ ๐‘๐€๐‚๐”๐ ๐๐„๐‘๐Ž๐’๐€๐Š  ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐’๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐‹๐ˆ๐€๐!Pusat Racun Negara mengesan trend membimbangkan me...
21/08/2026

๐€๐–๐€๐’! ๐๐Ž๐Œ ๐€๐’๐€๐ ๐‘๐€๐‚๐”๐ ๐๐„๐‘๐Ž๐’๐€๐Š ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐’๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐‹๐ˆ๐€๐!

Pusat Racun Negara mengesan trend membimbangkan melibatkan peningkatan kes keracunan akibat penggunaan racun serangga jenis asap atau "insecticide smoke bomb/fumigator" yang dibeli secara meluas dan mudah di platform e-dagang.

Ramai pengguna terpedaya dengan harga yang murah dan janji keberkesanan yang pantas, tanpa menyedari bahaya tersembunyi produk-produk TIDAK BERDAFTAR dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) ini.

Berdasarkan rekod terbaru PRN, kami telah menerima peningkatan mendadak laporan kes keracunan yang serius berpunca daripada penggunaan racun ini di rumah.

Terdapat kes yang melibatkan penggunaan produk dengan kepekatan Cypermethrin sehingga 6%, yang mana adalah SANGAT TINGGI dan berbahaya untuk kegunaan isi rumah yang biasanya hanya sekitar 0.001% - 2%.

Berikut adalah dua kes keracunan serius yang diterima oleh PRN:

๐Š๐ž๐ฌ ๐Ÿ: ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ค ๐๐š๐Ÿ๐š๐ฌ ๐€๐ค๐ฎ๐ญ
Seorang wanita berusia 70 tahun dikejarkan ke hospital dan memerlukan bantuan pernafasan (nebulizer) selepas terhidu asap dari "insecticide smoke bomb" yang dibakar oleh ahli keluarganya di ruang tamu. Beliau mengalami kekejangan saluran pernafasan (bronchospasm) yang teruk hanya dalam masa beberapa jam selepas pendedahan.

๐Š๐ž๐ฌ ๐Ÿ: ๐Š๐ž๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐ 
Seorang wanita berusia 39 tahun mengalami sesak nafas, menggigil, kesejukan, pitam, jantung berdebar, dan cirit-birit akibat menggunakan racun perosak jenis asap yang tidak berdaftar. Lebih menakutkan, kesan keracunan ini berterusan dan berulang selama sebulan hanya kerana bau dan sisa racun yang masih tertinggal di dalam rumah dan keretanya!

Kesan Keracunan Racun Serangga Jenis Asap:

โš ๏ธ Sesak nafas teruk , sesak nafas, nafas berbunyi, batuk berterusan, dan kerengsaan tekak/selesema.

โš ๏ธ Menggigil, kesejukan, pandangan gelap ("blackout"), pening, sakit kepala yang teruk, keletihan, dan loya.

โš ๏ธ Jantung berdebar (palpitasi) dan

โš ๏ธ Loya, muntah, cirit-birit.

Dalam sesetengah kes, kesan keracunan boleh berterusan sehingga sebulan akibat bau dan sisa racun yang tertinggal di dalam rumah selepas penggunaan.

Kenapa Racun Tidak Berdaftar Ini Sangat Berbahaya?

โŒ Tiada Penilaian Keselamatan: Tanpa pendaftaran LRMP, tiada jaminan keselamatan, kualiti, dan keberkesanan produk.

โŒ Kandungan Bahan Aktif Berlebihan/Rahsia: Kepekatan bahan aktif mungkin jauh melebihi had selamat. Sesetengah produk juga mengandungi bahan kimia tersembunyi yang berbahaya.

โŒ Maklumat Mengelirukan/Palsu: Penjual sering mendakwa produk "selamat, tidak toksik, semulajadi" walaupun hakikatnya mengandungi racun berbahaya.

โŒ Kesan Jangka Panjang: Residu beracun dan bau boleh kekal di dalam rumah, terus membahayakan kesihatan penghuni, terutamanya kanak-kanak, warga emas, dan individu dengan masalah pernafasan.

๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐€๐๐ƒ๐€:

Hentikan serta-merta pembelian dan penggunaan " racun serangga jenis asap " atau apa-apa racun perosak yang tidak berdaftar

๐๐€๐๐ƒ๐”๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡ ๐‘๐€๐‚๐”๐ ๐๐„๐‘๐Ž๐’๐€๐Š ๐˜๐€๐๐† ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“:

Sentiasa pastikan produk yang anda beli mempunyai ciri-ciri ini:

โœ… Terdapat nama dagangan, bahan aktif, dan maklumat pengeluar/pengedar yang jelas.

โœ… Label lengkap dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

โœ… Mempunyai NOMBOR PENDAFTARAN Lembaga Racun Makhluk Perosak (Bermula dengan LRMP. R1/###X).

โœ… Terdapat maklumat kelas bahaya (Kelas 1a, 1b, III, atau IV).

โœ… Arahan penggunaan yang jelas, beserta tanda-tanda keracunan dan panduan rawatan kecemasan.

Lindungi keluarga anda. Jangan gadai kesihatan dan nyawa demi menghalau serangga dengan cara yang murah tetapi berbahaya.

Jika anda atau ahli keluarga mengesyaki mengalami keracunan, segera bawa ke fasiliti kesihatan berhampiran dan hubungi Pusat Racun Negara.







10/08/2026

๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐†๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง "๐’๐ข๐ซ๐ข ๐๐ž๐›๐š๐ฌ ๐‘๐จ๐ค๐จ๐ค"

Kesihatan yang optimum bermula dengan pendidikan awal dan persekitaran yang menyokong gaya hidup sihat.

Bagi menyokong inisiatif gaya hidup sihat dan usaha kawalan tembakau, Pusat Racun Negara dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah menerbitkan buku cerita kanak-kanak Siri Bebas Rokok.

Siri ini merangkumi 12 buah buku cerita kanak-kanak yang menarik, dibangunkan berdasarkan dapatan kajian The Clearinghouse for To***co Control. Ia diolah dalam bentuk penceritaan yang santai dan mudah difahami, memfokuskan kepada bahaya merokok terhadap manusia, haiwan, dan alam sekitar.

Kandungan siri ini sangat sesuai dijadikan bahan sokongan pendidikan dan kesedaran untuk:
๐Ÿข Kempen Kesihatan di Tempat Kerja
๐Ÿฅ Program Kesihatan Komuniti di bawah Jabatan Kesihatan (JKN / PKD)
๐Ÿซ Sudut Kesihatan di Pusat Sumber dan Perpustakaan
๐Ÿค Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berteraskan kesejahteraan

Bagi organisasi atau institusi yang berminat untuk membekalkan bahan bacaan berkualiti ini kepada komuniti sasaran anda, kami sedia membantu memudahkan perolehan secara pukal melalui Pesanan Tempatan (Purchase Order - PO).

Mari bersama-sama membina generasi masa hadapan yang sihat, berpengetahuan, dan bebas rokok.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, maklumat mengenai tajuk-tajuk buku, atau permohonan sebut harga, boleh hubungi Pusat Racun Negara melalui:

๐Ÿ“ง E-mel: [email protected]
๐Ÿ“ž Tel: 04-653 2091 (En. Mohd Fadhli Razali)









๐Ÿ–๐ญ๐ก ๐„๐ฆ๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ง๐œ๐ฒ ๐Œ๐ž๐๐ข๐œ๐ข๐ง๐ž ๐’๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ซ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ (๐„๐Œ๐’๐’) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”The National Poison Centre, Universiti Sains Malaysia in collaboration ...
05/08/2026

๐Ÿ–๐ญ๐ก ๐„๐ฆ๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ง๐œ๐ฒ ๐Œ๐ž๐๐ข๐œ๐ข๐ง๐ž ๐’๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ซ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ (๐„๐Œ๐’๐’) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

The National Poison Centre, Universiti Sains Malaysia in collaboration with the main organisers, Medical Faculty, Universiti Kebangsaan Malaysia, University of Brawijaya Indonesia and University of the Philippines, Philippine General Hospital, are excited to announce our upcoming free weekly webinars this August.

๐Ÿ–๐ญ๐ก ๐„๐ฆ๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ง๐œ๐ฒ ๐Œ๐ž๐๐ข๐œ๐ข๐ง๐ž ๐’๐ž๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ซ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ (๐„๐Œ๐’๐’) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
Date : 6, 13, 20, 27 August 2026 (every Thursday)
Venue : Online Zoom Platform
Time : 8.00am to 12.00pm

Weekly Themes
Week 1 (6.8.2026): Clinical & Analytical Toxicology
Week 2 (13.8.2026) : Clinical Toxinology
Week 3 (20.8.2026): Environmental Emergencies
Week 4 (27.8.2026): Wilderness and Austere Medicine

The 8th Emergency Medicine Seminar Series (EMSS) 2026, an annual tripartite program centers on a critical and timely theme: toxicology, toxinology, and environmental and wilderness health threats. This yearโ€™s series brings together international experts in the ASEAN region to address real-world challenges in emergency care.

EMSS is designed to enhance clinical knowledge, stimulate multidisciplinary dialogue, and promote preparedness through practical insights and shared experience. Join us this October to deepen your expertise, strengthen your emergency response skills, and stay ahead in a rapidly evolving healthcare landscape.

Register for free at https://zoom.us/webinar/register/WN_ZTImVDoLTXCPzEha_fnjjA #/registration or
https://toxed.com.my/calendar/

Promotional video
https://youtu.be/rH5dZm6C0_4?si=ImFFuGzjkMifyzZg

๐‚๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐œ๐š๐ฅ ๐“๐จ๐ฑ๐ข๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฒ: ๐ˆ๐ฌ ๐ˆ๐ญ ๐‘๐ž๐ฅ๐ž๐ฏ๐š๐ง๐ญ ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐Œ๐ž๐๐ข๐œ๐š๐ฅ ๐’๐ญ๐ฎ๐๐ž๐ง๐ญ๐ฌ? (๐’๐ž๐š๐ฌ๐จ๐ง ๐Ÿ“, ๐„๐ฉ๐ข๐ฌ๐จ๐๐ž ๐Ÿ’)Pusat Racun Negara is proud to collaborat...
23/07/2026

๐‚๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐œ๐š๐ฅ ๐“๐จ๐ฑ๐ข๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ฒ: ๐ˆ๐ฌ ๐ˆ๐ญ ๐‘๐ž๐ฅ๐ž๐ฏ๐š๐ง๐ญ ๐Ÿ๐จ๐ซ ๐Œ๐ž๐๐ข๐œ๐š๐ฅ ๐’๐ญ๐ฎ๐๐ž๐ง๐ญ๐ฌ?
(๐’๐ž๐š๐ฌ๐จ๐ง ๐Ÿ“, ๐„๐ฉ๐ข๐ฌ๐จ๐๐ž ๐Ÿ’)

Pusat Racun Negara is proud to collaborate with the Department of Emergency Medicine, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) to cordially invite medical students, healthcare professionals, and interested individuals to join our upcoming online forum titled "Clinical Toxinology: Is It Relevant for Medical Students?".

This forum is specially designed to enhance awareness and strengthen knowledge of toxin-associated emergencies and injuries. The session will focus on the foundational principles of clinical management and the prevention of natural toxin hazards, including envenomation and poisoning. Through expert insights and interactive case discussions, participants will build the practical understanding and confidence needed to respond effectively to toxin-related incidents.

Event Details:
๐Ÿ”น Date: 24 July 2026 (Friday)
๐Ÿ”น Time: 3.00 pm - 5.00 pm (UTC+8)
๐Ÿ”น Platform: Zoom
๐Ÿ”น Registration Link: https://forms.gle/hG5a5bBvmCL9XGR4A

Distinguished International Panelists:
๐Ÿ”น Dr. Jonathan Tang Zhe Ying
Consultant, Emergency Medicine Department, National University Hospital, Singapore
๐Ÿ”น Dr. Uyen Vy Doan (Vanesa Uyen)
Toxic Disease Specialist, Pham Ngoc Thach University of Medicine, Ho Chi Minh City, Vietnam
๐Ÿ”น Dr. Patrick Joseph Tiglao
Consultant, Emergency Medicine Department, University of the Philippines-Philippine General Hospital
๐Ÿ”น Dr. Hassan Adam
Emergency Physician, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Brunei Darussalam

Program Schedule
3.00 pm: Welcoming Remarks
3.10 pm: Introduction
3.30 pm: Forum Q&A with Panelists
4.30 pm: Kahoot Quiz
4.45 pm: Closing Remarks

We look forward to your participation in this highly informative session. Register today to secure your virtual seat!

๐ŸŽ™๏ธPODCAST NO TO***CO, NO V**E"Kita Pilih Sihat, Kita Pilih Masa Depan!"Jom sertai sesi podcast khas bersempena Bulan Kel...
25/06/2026

๐ŸŽ™๏ธPODCAST NO TO***CO, NO V**E
"Kita Pilih Sihat, Kita Pilih Masa Depan!"

Jom sertai sesi podcast khas bersempena Bulan Kelestarian Universiti 2026 yang membincangkan isu penggunaan tembakau dan v**e serta kepentingan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus.

https://youtu.be/qvjrdkakUs4

Program ini merupakan inisiatif bersama Pusat Racun Negara dan Sekretariat Kampus Sejahtera USM dalam menyokong usaha mewujudkan persekitaran kampus yang lebih sihat, selamat dan lestari.

๐ŸŒฑ Bersama kita membina generasi kampus yang bebas daripada tembakau dan v**e demi kesejahteraan masa depan.

***coNoV**e


๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ต๐——!Kami sedang mencari calon PhD yang bermotivasi tinggi untuk menyertai projek penyelidikan berta...
09/06/2026

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ต๐——!

Kami sedang mencari calon PhD yang bermotivasi tinggi untuk menyertai projek penyelidikan bertajuk: "Unveiling the Risks of E-Cigarette Aerosols".

๐Ÿ”ฌ Impak & Objektif Penyelidikan:

Objektif: Menganalisis aerosol e-rokok untuk menilai tindak balas selular dan risiko kesihatan pernafasan.

Nilai Global & Komersial: Membangunkan cadangan dasar kesihatan berasaskan bukti dan mengkomersialkan kaedah pengumpulan aerosol yang inovatif.

๐Ÿ“š Syarat Kelayakan:

Akademik: Memiliki Ijazah Sarjana (Master's degree) dalam bidang Toksikologi, Farmakologi, Biokimia, atau Sains Kimia/Gunaan.

Kemahiran Teknikal: Mempunyai pengalaman dalam analisis kimia, kultur sel, dan teknik biologi molekul.

๐Ÿš€ Kelebihan yang Bakal Diperoleh:
Peluang berharga untuk membina kepakaran dalam mengendalikan instrumentasi canggih seperti GC-MS, ICP-MS, dan MALDI-MS.

๐Ÿ“ฉ Cara Memohon:
Hantarkan permohonan atau pertanyaan anda kepada:
๐Ÿ‘ค Pegawai Dihubungi: ChM. Dr. Leong Yin Hui
๐Ÿ›๏ธ Institusi: Pusat Racun Negara (National Poison Centre), USM
๐Ÿ“ง E-mel: [email protected]

05/06/2026

๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—˜๐——๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”

Majoriti rokok elektronik atau v**e mengandungi nikotin yang sangat menagihkan dan mampu membuat anda ketagih dengan cepat.

Ia juga menghasilkan zarah halus yang mampu menyerap jauh ke dalam paru-paru anda, membawa bersama bahan kimia toksik seperti formadehid dan logam berat.

V**e boleh memudaratkan paru-paru dan jantung anda.

JANGAN BIARKAN v**e menguasai hidup anda!

JOM, ambil langkah seterusnya! HENTIKAN ketagihan. Bantuan boleh didapati melalui: www.jomquit.com

***coExposed



Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia
๐˜ฟ๐™Š๐™‰'๐™ ๐˜ฝ๐™€ ๐™๐™Š๐™Š๐™‡๐™€๐˜ฟ ๐˜ฝ๐™” ๐™๐™‡๐˜ผ๐™‘๐™Š๐™๐™๐™Ž

๐˜”๐˜ฐ๐˜ด๐˜ต ๐˜ฆ-๐˜ค๐˜ช๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ต๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ, ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฉ๐˜ช๐˜จ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜บ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ค๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฒ๐˜ถ๐˜ช๐˜ค๐˜ฌ๐˜ญ๐˜บ ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ต ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ.
๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜บ ๐˜ข๐˜ญ๐˜ด๐˜ฐ ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜บ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต ๐˜ค๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ท๐˜ฆ๐˜ญ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ฑ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฐ ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ด, ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ธ๐˜ช๐˜ต๐˜ฉ ๐˜ต๐˜ฐ๐˜น๐˜ช๐˜ค ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ๐˜ด ๐˜ด๐˜ถ๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ด ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜บ๐˜ฅ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ท๐˜บ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ญ๐˜ด.
๐˜Œ-๐˜ค๐˜ช๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ต๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ค๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฎ ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ด ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต.
๐˜‹๐˜ฐ๐˜ฏโ€™๐˜ต ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ต ๐˜ฆ-๐˜ค๐˜ช๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ต๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ญ๐˜ช๐˜ง๐˜ฆ.

๐˜›๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜น๐˜ต ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฑ, ๐˜ฃ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ. ๐˜๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฑ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ข๐˜ท๐˜ข๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ญ๐˜ฆ: ๐˜ธ๐˜ธ๐˜ธ.๐˜ซ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฒ๐˜ถ๐˜ช๐˜ต.๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ


#๐˜›๐˜ฐ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ค๐˜ค๐˜ฐ๐˜Œ๐˜น๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ
#๐˜ž๐˜•๐˜›๐˜‹2026
#๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ๐˜—๐˜ฐ๐˜ช๐˜ด๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฆ

๐˜š๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ: ๐˜ž๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ฅ ๐˜๐˜ฆ๐˜ข๐˜ญ๐˜ต๐˜ฉ ๐˜–๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ป๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ

๐—–๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—จ ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐——๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—กSINGKAP DAYA TARIKANNYAHari ini adalah   ๐ŸšญIndustri tembakau dan nikotin SEN...
31/05/2026

๐—–๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—จ ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐——๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก
SINGKAP DAYA TARIKANNYA

Hari ini adalah ๐Ÿšญ

Industri tembakau dan nikotin SENGAJA merekabentuk produk mereka untuk menyebabkan anda KETAGIH.

Gula, perisa dan bahan kimia penyejuk, semuanya berfungsi untuk menutup rasa perit NIKOTIN, membolehkan anda menyedut dengan lebih banyak dan mengakibatkan KETAGIHAN lebih cepat berlaku.

Namun begitu, cengkaman ketagihan boleh dihentikan. Manfaatnya boleh dirasakan segera:
โฑ๏ธ Dalam 20minit, kadar degupan jantung anda menurun
๐Ÿซ 2 โ€“ 12 minggu, fungsi paru โ€“ paru bertambah baik
โค๏ธ Dalam setahun, risiko penyakit jantung berkurang separuh

JOM, ambil langkah seterusnya! HENTIKAN ketagihan. Bantuan boleh didapati melalui: www.jomquit.com

***coExposed



Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia
๐˜›๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ข๐˜บ ๐˜ช๐˜ด #๐˜ž๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ฅ๐˜•๐˜ฐ๐˜›๐˜ฐ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ค๐˜ค๐˜ฐ๐˜‹๐˜ข๐˜บ ๐Ÿšญ

๐˜›๐˜ฐ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ค๐˜ค๐˜ฐ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜ญ๐˜บ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜จ๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ช๐˜ณ ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ค๐˜ต๐˜ด ๐˜ต๐˜ฐ ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฌ ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ.
๐˜š๐˜ถ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ด, ๐˜ง๐˜ญ๐˜ข๐˜ท๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ด, ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ด ๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ด ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ ๐˜ด๐˜ฐ ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ต ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ค๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜ง๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ.

๐˜‰๐˜ถ๐˜ต ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜จ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ค๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ ๐˜ฃ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ. ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ง๐˜ช๐˜ต๐˜ด ๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ต ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ต ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜ญ๐˜บ:

โฑ๏ธ ๐˜๐˜ฏ 20 ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ด, ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ ๐˜ฅ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ด
๐Ÿซ 2โ€“12 ๐˜ธ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ด, ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ง๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ด
โค๏ธ ๐˜๐˜ฏ 1 ๐˜บ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ, ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ข๐˜ด๐˜ฆ ๐˜ณ๐˜ช๐˜ด๐˜ฌ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ค๐˜ถ๐˜ต ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ญ๐˜ง

๐˜›๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜น๐˜ต ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฑ, ๐˜ฃ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ. ๐˜๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฑ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ข๐˜ท๐˜ข๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ญ๐˜ฆ: ๐˜ธ๐˜ธ๐˜ธ.๐˜ซ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฒ๐˜ถ๐˜ช๐˜ต.๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ


#๐˜›๐˜ฐ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ค๐˜ค๐˜ฐ๐˜Œ๐˜น๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ
#๐˜ž๐˜•๐˜›๐˜‹2026
#๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ๐˜—๐˜ฐ๐˜ช๐˜ด๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฆ

๐˜š๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ: ๐˜ž๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ฅ ๐˜๐˜ฆ๐˜ข๐˜ญ๐˜ต๐˜ฉ ๐˜–๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ป๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ

๐€๐ง๐œ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฉ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฅ๐š๐ก๐ ๐ฎ๐ง๐š๐š๐ง ๐•๐š๐ฉ๐ž ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐‘๐๐‹๐š๐›Penggunaan rokok elektronik atau v**e yang pada asalnya sering dian...
20/05/2026

๐€๐ง๐œ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฉ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฅ๐š๐ก๐ ๐ฎ๐ง๐š๐š๐ง ๐•๐š๐ฉ๐ž ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐‘๐๐‹๐š๐›

Penggunaan rokok elektronik atau v**e yang pada asalnya sering dianggap oleh segelintir masyarakat sebagai alternatif yang lebih selamat berbanding rokok tradisional kini terbukti menjadi medium utama penyalahgunaan bahan terlarang yang sangat berbahaya. PRN telah melaporkan peningkatan mendadak dalam panggilan kecemasan berkaitan pendedahan v**e, iaitu melonjak sebanyak lima kali ganda dari tahun 2019 hingga 2024. Lebih membimbangkan, sebanyak 41 peratus kes pendedahan ini melibatkan penggunaan secara sengaja dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun, yang sering berakhir dengan implikasi perubatan dan gejala teruk seperti halusinasi serta sawan.

Peningkatan kes kecemasan ini sebahagian besarnya didorong oleh kebangkitan bahan psikoaktif baharu atau New Psychoactive Substances (NPS), iaitu sebatian kimia yang dirumus secara khusus untuk meniru kesan dadah tradisional seperti opioid dan kanabinoid, tetapi mempunyai struktur kimia yang pelbagai dan sentiasa berubah.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan pengguna, penjual v**e yang tidak bertanggungjawab memasarkan produk mereka sebagai "Magic Mushroom". Kes pendedahan membabitkan v**e "Magic Mushroom" ini yang dirujuk ke PRN telah meningkat secara drastik daripada hanya satu kes pada tahun 2020 kepada 24 kes menjelang tahun 2024. Namun begitu, berdasarkan analisis ujian makmal toksikologi PRNLab ke atas beberapa sampel v**e "Magic Mushroom" ini, kesemua sampel tersebut disahkan sama sekali tidak mengandungi sebatian organik cendawan ajaib yang sebenar iaitu psilocybin mahupun psilocin. Sebaliknya, sampel yang didakwa sebagai "Magic Mushroom" itu sebenarnya mengandungi kanabinoid sintetik yang tersembunyi seperti MDMB-BUTINACA, MDMB-4en-PINACA, serta ADB-4en-PINACA.

Kesan kesihatan akibat penggunaan kanabinoid sintetik ini amat sukar untuk diramal, bersifat jauh lebih toksik, dan berpotensi untuk mendatangkan komplikasi maut yang lebih pantas berbanding g***a semula jadi. Gejala utama yang direkodkan akibat pendedahan v**e ini merangkumi gangguan neurologi dan psikotik seperti perubahan sikap yang sangat agresif, episod halusinasi atau delusi yang teruk, kejadian sawan, serta ketagihan fizikal.

Selain NPS, satu lagi ancaman kesihatan awam yang kini pantas menular di rantau ini ialah penyalahgunaan etomidate. Etomidate pada asalnya merupakan sejenis ubat bius klinikal, namun ia kini disalah guna secara meluas oleh golongan belia melalui cecair rokok elektronik. Di pasaran gelap, bahan berbahaya ini sangat popular dan sering dipasarkan secara haram menggunakan nama jalanan seperti "Space Oil" atau "Kpods" bagi membolehkan pengguna mendapatkan kesan euforia dan sedatif yang melampau.

Penggunaan tanpa pengawasan perubatan akan menekan fungsi kelenjar adrenal dan merencat penghasilan hormon kortisol tubuh yang amat penting untuk manusia melawan jangkitan. Pengguna juga terdedah pada risiko mengalami hipokalemia teruk atau penurunan tahap kalium secara mendadak yang mengakibatkan kelemahan otot secara tiba-tiba, kesukaran berjalan, dan gangguan denyutan jantung atau aritmia yang boleh meragut nyawa.

Lebih menakutkan, ia turut mencetuskan fenomena pengguna zombi di mana pesakit akan kelihatan sangat khayal, kaku, hilang kewarasan, dan langsung tidak menyedari keadaan persekitaran mereka, sekali gus meletakkan mereka pada risiko kecederaan serta kemalangan jalan raya yang parah.

Dalam mendepani krisis pandemik kesihatan awam yang kian meruncing ini, PRN terus komited memainkan peranan melalui penawaran perkhidmatan Analisis Makmal Toksikologi, di mana PRNLab menawarkan analisa struktur kimia NPS. PRNLab memanfaatkan keupayaan teknologi instrumen yang canggih seperti kromatografi GC-MS untuk bahan mudah meruap, LC-MS/MS untuk bahan tidak stabil pada suhu tinggi, dan LC-HRMS bagi mengenal pasti j***m atom yang tepat.

Mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan analisis PRNLab ini amat dialu-alukan untuk berhubung secara terus dengan PRNLab di talian 04-653 2171 atau talian mudah alih 013-789 2171, serta melalui e-mel ke [email protected].

**e



Address

NATIONAL POISON CENTRE, UNIVERSITI SAINS
Sungei Nibong
11800

Opening Hours

Monday 08:10 - 17:10
17:10 - 22:10
Tuesday 08:10 - 17:10
17:10 - 22:10
Wednesday 08:10 - 17:10
17:10 - 22:10
Thursday 08:10 - 17:10
17:10 - 22:10
Friday 08:10 - 17:10
17:10 - 22:10
Saturday 08:10 - 17:10
Sunday 08:00 - 17:10

Telephone

+6046536999

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Racun Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Racun Negara:

Shortcuts

Share