26/11/2025
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐔𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐍𝐀𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝟑 𝐃𝐈𝐕𝐈𝐒𝐘𝐄𝐍
𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀, 𝟐𝟒 𝐍𝐨𝐯 𝟐𝟓: Majlis Suai Kenal Pegawai Muda Naungan Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 3 Divisyen (MK RAJD 3 Div) telah diadakan di Restoran Maidah, Bandar Hilir, Melaka. Seramai 20 Pegawai dan 9 Ahli BAKAT dari pasukan naungan MK RAJD 3 Div telah terlibat di dalam majlis tersebut. Objektif majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai-pegawai dan juga ahli BAKAT, mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat, membina persefahaman dan juga mewujudkan suasana kerja atau pembelajaran yang harmoni.
Majlis dimulakan dengan ketibaan Komander Rejimen Jurutera Diraja 3 Divisyen (KRJ 3 Div), Kol Hussian bin Mat dan Pengerusi BAKAT MK RAJD 3 Div, Puan Norizan binti Bahrom. Majlis diteruskan dengan sesi memperkenalkan diri Pegawai Muda diikuti dengan jamuan makan, ucapan wakil Pegawai Muda dan ucapan KRJ 3 Div. Beliau menekankan keutamaan menjadikan agama sebagai asas dalam setiap urusan harian, menjaga integriti serta mengelak penyalahgunaan media sosial yang semakin berleluasa. Beliau turut menekankan pentingkan menjaga _networking_ di antara kor-kor dan tidak tertumpu kepada kor RAJD sahaja.
Akhir sekali, beliau turut menyentuh mengenai penglibatan ahli BAKAT dalam semua aktiviti BAKAT agar dapat menjaga hubungan silaturahim sesama ahli BAKAT di dalam pasukan masing-masing.
Disediakan oleh MK RAJD 3 Div