Wanita Keadilan Cabang Sungai Siput

Wanita Keadilan Cabang Sungai Siput Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wanita Keadilan Cabang Sungai Siput, Political organisation, HOSPITAL SUNGAI SIPUT , JALAN FELDA LASAH, Sungai Siput.

Salam Aidiladha 1447H 🌙Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Semoga ibadah korban yang dilaksa...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H 🌙

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.

Selamat Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mend...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa serta membentuk masa depan negara.

“Guru Bitara, Nadi Negara” 🌸

Selamat Hari Ibu buat semua insan bergelar ibu, emak, mama, umi, mummy, bonda dan walau apa jua panggilan yang penuh kas...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu buat semua insan bergelar ibu, emak, mama, umi, mummy, bonda dan walau apa jua panggilan yang penuh kasih sayang 🩵

Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan doa yang tidak pernah putus buat anak-anak serta keluarga. Kehadiran seorang ibu adalah anugerah yang tidak ternilai.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

-Bahagian Media-
Wanita Keadilan Cabang Sungai Siput

09 MEI 2026 | SABTU Tengah hari tadi, Cik Shariffah, Ketua Wanita Keadilan Cabang Sungai Siput bersama barisan Wanita te...
09/05/2026

09 MEI 2026 | SABTU

Tengah hari tadi, Cik Shariffah, Ketua Wanita Keadilan Cabang Sungai Siput bersama barisan Wanita telah turun padang bagi menghulurkan bantuan misi banjir di kawasan yang terjejas. Namun, perjalanan kami terkandas di separuh jalan kerana laluan dinaiki air dan tidak dapat dilepasi memandangkan paras air masih belum surut.

Sekitar kawasan banjir yang kami tidak dapat melepasi laluan tersebut memperlihatkan keadaan air yang masih tinggi dan arus yang agak berbahaya, sekali gus menyukarkan pergerakan untuk meneruskan misi bantuan pada tengahari tadi.

Turut di laluan yang sama, Puan Amalina, Setiausaha Wanita Cabang serta Puan Wan Siti Sufiah, AJK Wanita Cabang dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Cabang yang turut bersama dalam menyalurkan misi bantuan ini.

Pada sebelah petang, keadaan air telah mula surut dan sebahagian wakil Wanita telah berjaya hadir melalui jalan alternatif bagi menyampaikan bantuan awal kepada penduduk yang terjejas. Terima kasih atas komitmen dan keprihatinan semua pihak yang terlibat.

Insyallah, misi bantuan banjir akan diteruskan lagi pada hari esok bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada lebih ramai mangsa yang memerlukan.

Doa kami agar semua mangsa banjir terus tabah dan kuat menghadapi ujian ini. Semoga urusan dipermudahkan dan keadaan kembali pulih seperti sediakala.

-Bahagian Media-
Wanita Keadilan Cabang Sungai Siput

Beberapa kawasan di sekitar Sungai Siput dilaporkan terjejas akibat banjir susulan hujan lebat yang berterusan sejak keb...
09/05/2026

Beberapa kawasan di sekitar Sungai Siput dilaporkan terjejas akibat banjir susulan hujan lebat yang berterusan sejak kebelakangan ini.

Antara kawasan yang terkesan termasuk Kg Pulau Mentimun, Kg Lintang, Kg Lasah, Kg Chenein, Felda Lasah serta beberapa kawasan lain yang turut mengalami kenaikan paras air.

Semoga semua penduduk yang terjejas berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan. Sama-sama kita titipkan doa agar cuaca kembali baik dan keadaan banjir segera pulih. 🤲🏻


07 Mei 2026 (Khamis) Pagi ini, juga turut menerima khabar daripada Puan Dayang, AJK Wanita Cabang Sungai Siput, bahawa a...
07/05/2026

07 Mei 2026 (Khamis)

Pagi ini, juga turut menerima khabar daripada Puan Dayang, AJK Wanita Cabang Sungai Siput, bahawa anak beliau telah dimasukkan ke wad akibat dari masalah kesihatan.

Susulan itu, Cik Shariffah selaku Ketua Wanita Cabang dan Puan Siti Norlizawati, Naib Ketua Wanita Cabang turut meluangkan masa hadir ke Hospital Sungai Siput bagi menziarahi serta bertanya khabar mengenai keadaan semasa anak beliau.

Semoga anak Puan Dayang diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan kembali sihat seperti sediakala. 🤲🏻

07 Mei 2026 (Khamis)Cik Shariffah telah meluangkan masa bagi menziarahi Encik Sabri, suami kepada Puan Wan Siti, AJK Wan...
07/05/2026

07 Mei 2026 (Khamis)

Cik Shariffah telah meluangkan masa bagi menziarahi Encik Sabri, suami kepada Puan Wan Siti, AJK Wanita Cabang Sungai Siput, yang mengalami kecederaan akibat kemalangan melibatkan mesin menebang pokok.

Kehadiran ini sebagai tanda keprihatinan serta untuk bertanya khabar mengenai keadaan beliau selepas insiden tersebut.

Semoga Encik Sabri diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan rawatan dan kembali sihat seperti sediakala.

-Bahagian Media-
Wanita Keadilan Cabang Sungai Siput

07 Mei 2026 | KHAMISPagi ini, menerima perkhabaran duka atas pemergian ayahanda kepada Puan Julia binti Shaari, AJK Wani...
07/05/2026

07 Mei 2026 | KHAMIS

Pagi ini, menerima perkhabaran duka atas pemergian ayahanda kepada Puan Julia binti Shaari, AJK Wanita Keadilan Cabang Sg Siput.

Usai tugasan hakiki pada tengah hari tadi, Cik Shariffah terus bergegas ke Felda Lasah bagi menziarahi Puan Julia serta keluarga untuk menzahirkan ucapan takziah dan memberikan sokongan kepada ahli keluarga.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.

-Bahagian Media-
Wanita Keadilan Cabang Sungai Siput

3 Mei 2026 (Ahad) - Cik Shariffah selaku Ketua Wanita Keadilan Cabang Sg Siput telah turun padang bersama En Novinthen, ...
07/05/2026

3 Mei 2026 (Ahad) - Cik Shariffah selaku Ketua Wanita Keadilan Cabang Sg Siput telah turun padang bersama En Novinthen, Ketua Cabang Keadilan Sg Siput bagi program penyerahan sumbangan makanan asas kepada penduduk yang memerlukan di Tiga (3) buah Kampung iaitu Kampung Salak Lama, Kampung Salak Baru dan Kampung Sungai Buloh.

Program ini merupakan usaha berterusan dalam menyantuni masyarakat serta membantu meringankan beban penduduk yang memerlukan.

Semoga sumbangan yang disalurkan dapat memberi manfaat dan mengeratkan lagi semangat keprihatinan serta kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

-Bahagian Media-
Wanita Keadilan Cabang Sg Siput

Address

HOSPITAL SUNGAI SIPUT , JALAN FELDA LASAH
Sungai Siput
31100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Keadilan Cabang Sungai Siput posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share