Dewan Pemuda PAS Kawasan Sg Siput Perak

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sg Siput Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Pemuda PAS Kawasan Sg Siput Perak, Political organisation, Sungai Siput.
(1)

‎Sambil² scroll video tadi,‎‎lalu satu keratan video teguran,untuk kita semua nak tak nak,kita semua kena berubah.Kena j...
07/05/2026

‎Sambil² scroll video tadi,

‎lalu satu keratan video teguran,

untuk kita semua nak tak nak,kita semua kena berubah.Kena jadi orang yang faham agama.Mcm mana nak jadi orang yang faham agama?

‎Mengaji lah.

‎Kena bagi masa untuk mengaji agama.

‎Bukan perlu tunggu waktu terluang,tapi perlu memberikan ruang waktu untuk mengaji agama.Dalam keadaan kita boleh menghabiskan wang ringgit untuk ilmu lain,

‎Inikan p**a ilmu agama fadhu ain,kita kena bagi masa,tenaga.Kita usaha kearah itu,dan mudahan kita ada jawapan di depan Allah kelak.

‎Semoga Allah bantu kita semua.



Alhamdulillah Terbaik Kebajikan PAS Kawasan Sg Siput Semoga diberkati Allahhttps://www.facebook.com/share/p/1atP1r7nhU/
05/05/2026

Alhamdulillah Terbaik Kebajikan PAS Kawasan Sg Siput

Semoga diberkati Allah

https://www.facebook.com/share/p/1atP1r7nhU/

Petang semalam Kebajikan PAS Kawasan turun ke Taman Yakin Mesra menziarahi sebuah keluarga yang diuji kesihatan.Hadirnya kami bukan kerana nama tetapi kerana kewajipan membantu saudara yang memerlukan.

Sesungguhnya setiap ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah, dan di sebalik kesulitan pasti ada kemudahan.Selagi mana termampu InsyaAllah PAS Sg Siput akan melangkah turun membantu mereka yang memerlukan.Tidak banyak tetapi mudahan sedikit membantu meringankan.

Kami mendoakan agar urusan saudara Muhammad Kahirul Alif dan keluarga dipermudahkan, dikurniakan kesabaran yang tinggi serta diberikan kesembuhan dan kekuatan oleh Allah SWT.

゚viralシ

Selamat Hari Bomba Sedunia 2026.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh anggota bomba yang...
04/05/2026

Selamat Hari Bomba Sedunia 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh anggota bomba yang sentiasa berkorban jiwa dan raga demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara. Keberanian, kecekalan dan komitmen kalian menjadi inspirasi buat semua.Jasa kalian amat dihargai dan dikenang.

Ikhlas daripada
Pemuda PAS Sungai Siput (U)

Kami Bantah!    ゚viralシfypシ゚
29/04/2026

Kami Bantah!

゚viralシfypシ゚

Teringat lagi pesan Tok Guru dalam kuliah Dhuha yang lalu, "Meskipun Islam dipihak yang benar, jangan buat maksiat seper...
28/04/2026

Teringat lagi pesan Tok Guru dalam kuliah Dhuha yang lalu,

"Meskipun Islam dipihak yang benar, jangan buat maksiat seperti mana musuh,

Bila sama² buat maksiat, kita akan dibiarkan oleh Allah.

Lantas musuh akan mengatasi kita."

Semoga Allah memberkati kita semua

26/04/2026

PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PEMUDA:SEBULAN SEKAMPIT BERAS(SSB)

‎Sekitar program kebajikan Pemuda PAS Sg. Siput bersama Cawangan Jaya Setia dan Jalong pagi tadi. Alhamdulillah, kami masih diberi kesempatan untuk menziarahi beberapa buah rumah, walau hati terasa sayu melihat ujian yang ditanggung.

‎Meskipun seketika namun pelbagai kisah dikongsikan.Ada yang menahan perit, ada yang tetap tabah dalam kesempitan. Tersentuh hati ini, lalu lahir rasa syukur atas segala nikmat yang sering kita terlepas pandang.

‎Mendoakan semoga kita semua dipermudahkan urusan dunia akhirat.Terima kasih buat sahabat-sahabat yang memberi sumbangan,semoga setiap kebaikan ini diberkati dan menjadi asbab rahmat Allah SWT yang berpanjangan.

22/04/2026

Hidup ini sering membuat kita lupa bahawa setiap hela nafas adalah nikmat. Kita sibuk mengejar apa yang belum ada, hingga terlepas pandang apa yang telah Allah kurniakan tanpa kita minta.

Bersyukur bukan hanya ketika bahagia, tetapi juga ketika diuji. Kerana dalam setiap ujian, ada kasih sayang Allah yang sedang membentuk kita menjadi lebih kuat, lebih sabar, dan lebih dekat kepada-Nya.

Renungilah mata yang masih mampu melihat, hati yang masih mampu merasa, keluarga yang masih menemani, dan peluang untuk terus memperbaiki diri. Semua itu bukan kebetulan, tetapi tanda cinta Allah yang tidak pernah putus.

Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang tidak pernah putus mengharapkan redha Allah SWT.

18/04/2026

Tertarik dengan perbahasan² dan soalan tambahan drp YB Ust Faisal untuk sesi sidang dun kalini.Style yang bersahaja dan sarat dengan input.

Sampai koyak juga la geng Dap bila disebut tentang diesel.Hehe.

Semoga YB² kita terus diberi kekuatan dalam memimpin ummat.

https://www.facebook.com/share/v/1D5nmySQ7j/

✌Haaa kome esok moh keMajlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Sungai Siput📅 11 April 2026 (Sabtu)⏰ 10 pagi – 1 petang📍 Dewan...
10/04/2026

✌Haaa kome esok moh ke

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Sungai Siput

📅 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ 10 pagi – 1 petang
📍 Dewan Semai Bakti,Felda Lasah

InsyaAllah pelbagai juadah raya disediakan.

Datang bawa keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran sekali.

Kita jumpa di sana!

Address

Sungai Siput

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Sg Siput Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Kawasan Sg Siput Perak:

Share