19/05/2026
LAWATAN KERJA TUAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SUNGAI SIPUT
SUNGAI SIPUT (U) PERAK, 19 MEI 2026 (SELASA) - Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sungai Siput serta Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Tuan Pengarah JBSN Perak, Tuan Asmori Bin Haji Saáhari,
Lawatan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan gerak kerja dan operasi pejabat berdasarkan laporan dan makluman yang dikongsikan oleh Encik Irwan Bin Mohd Zin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput.
Sesi lawatan ini turut memberi ruang perbincangan berkaitan dengan pengukuhan pengurusan organisasi, pembangunan belia serta pelaksanaan program dan aktiviti di daerah Sungai Siput.
Selain itu, beliau turut menyarankan supaya segala urusan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar hubungan sesama pertubuhan belia dan sukan sentiasa diteruskan serta program-program disebarluaskan agar makluman sampai kepada pihak komuniti supaya ia dalam suasana yang penuh harmoni.
Lawatan ini juga merupakan platform bagi memperkasakan hubungan kerja antara Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sungai Siput dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan berkualiti.
Semoga lawatan ini dapat memberi motivasi dan semangat kepada seluruh warga kerja dalam terus memberikan komitmen yang terbaik demi pembangunan belia dan sukan di daerah Sungai Siput.