06/06/2026
ππππ ππππ πππππππ πππππππ πππ6
KOTA KUALA MUDA , 6 JUN 2026 : Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun merupakan inisiatif global bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara dan melindungi alam sekitar. Sambutan ini menjadi platform penting untuk menggalakkan penglibatan semua pihak dalam usaha menjaga kelestarian bumi demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.
Tema Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 βInspired by Nature. For Climate. For Our Futureβ mengingatkan kita bahawa alam semula jadi merupakan sumber inspirasi terbaik dalam menghadapi cabaran perubahan iklim. Hutan, sungai, lautan dan ekosistem semula jadi memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan alam serta menyokong kehidupan di bumi.
Melalui tema ini, masyarakat diseru untuk menghargai dan memelihara alam sekitar sebagai langkah penting ke arah masa depan yang lebih lestari. Setiap tindakan positif, sekecil mana sekalipun, mampu menyumbang kepada usaha melindungi iklim dan memastikan kesejahteraan generasi akan datang.
Sehubungan dengan itu pihak AADK Daerah Kuala Muda turut terpanggil dalam menjayakan Program Rakan Bumi Hari Alam Sekitar Sedunia yang diadakan di Pantai Merdeka , Kota Kuala Muda , Kedah yang merupakan salah satu tempat pelancongan di Kedah. Program anjuran Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Kedah ini menghimpunkan seramai 100 orang peserta terdiri daripada kakitangan AADK , Belia , SKUAD Antidadah Daerah Kuala Muda, Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kuala Muda , UNITAR Cawangan Sungai Petani serta Pusat Tahfiz Al Barakah Sufi.
Bersama-sama kita memperkukuhkan komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar demi bumi yang lebih hijau, bersih dan mampan.
Arnida Ishak