Ahli Majlis MPSPK

Ahli Majlis MPSPK Platform perantara Ahli-Ahli Majlis MPSPK yang bersedia memberi komitmen membantu masyarakat

SUNGAI PETANI MENGANGKAT PERANAN WANITA SEBAGAI NADI PEMBANGUNAN MELALUI PROGRAM BANDAR PRIHATIN WANITA 🌸💐Telah berlangs...
21/04/2026

SUNGAI PETANI MENGANGKAT PERANAN WANITA SEBAGAI NADI PEMBANGUNAN MELALUI PROGRAM BANDAR PRIHATIN WANITA 🌸💐

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran “Memperkasa Masyarakat, Memakmurkan Bandar” – Bandar Prihatin Wanita bertempat di Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK).

Program ini dianjurkan sebagai satu inisiatif memperkukuhkan peranan wanita dalam pembangunan bandar di samping meningkatkan kesejahteraan komuniti secara menyeluruh. Majlis turut menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pengajian tinggi, NGO serta sektor swasta di seluruh negeri Kedah.

Majlis dimulakan dengan sesi dialog bersama peserta, diikuti ketibaan tetamu kehormat, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Yang Berbahagia Datin Seri Norhasni binti Ishak. Aturcara diteruskan dengan nyanyian lagu rasmi, bacaan doa, ucapan aluan oleh Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, serta persembahan deklamasi puisi yang penuh bermakna. Kemuncak majlis menyaksikan ucapan perasmian oleh Datin Seri Norhasni binti Ishak seterusnya gimik pelancaran program yang simbolik kepada pemerkasaan wanita dalam pembangunan bandar.

Hadir bersama Ybhg. Datin Siti Fatimah binti Ahmad Rosdi, Pengerusi Puspanita Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri KedahYang Berusaha, Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, Puan Rafizah binti Hashim, Pengerusi Puspanita Majlis Perbandaran Sungai Petani, Puan Syafiqah binti Mohd Radzi, Timbalan Pengerusi Puspanita Majlis Perbandaran Sungai Petani, barisan Ahli-Ahli Majlis,Pengarah-Pengarah Jabatan dan Bahagian, agensi kerajaan dan swasta yang mengambil bahagian dalam pameran serta tetamu jemputan.

Pelbagai aktiviti sampingan turut berlangsung bagi menceriakan suasana program antaranya pertandingan Solekan & Gaya Hijab yang mengetengahkan kreativiti dan keanggunan peserta, pertandingan Congkak dan Batu Seremban yang mengimbau permainan tradisional serta mengeratkan silaturahim, serta pertandingan Bola Jaring “Shoot Out” yang menguji ketangkasan dan semangat kesukanan para peserta. Selain itu, pertandingan Gubahan Bunga turut menyerlahkan bakat dan kreativiti wanita dalam seni hiasan yang penuh estetika. Turut diadakan ialah booth pameran daripada agensi kerajaan serta booth jualan oleh peniaga tempatan, yang menyediakan pelbagai informasi, perkhidmatan dan produk kepada para pengunjung.

Penyampaian cenderakenangan dan hadiah kepada para pemenang telah diadakan selepas berakhirnya semua aktiviti sampingan sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan pencapaian mereka, sekali gus menutup tirai program dengan penuh bermakna.

Diharapkan penganjuran program seumpama ini akan terus diperkasakan sebagai platform berimpak tinggi dalam memperluas penglibatan wanita dalam pembangunan bandar secara holistik. Usaha ini selari dengan aspirasi untuk menjadikan Sungai Petani sebagai sebuah Bandar Prihatin Wanita menjelang tahun 2035, yang menekankan aspek kesejahteraan, keselamatan, peluang ekonomi serta keterangkuman sosial. Melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan, komuniti setempat dan pelbagai pihak berkepentingan, inisiatif ini diyakini mampu melahirkan masyarakat yang lebih progresif, berdaya saing dan harmoni, seterusnya menyumbang kepada pembangunan bandar yang mampan dan sejahtera untuk generasi akan datang.

20/04/2026

BANDAR SERI CENDANA KINI LEBIH TERANG & SELAMATAhli Majlis Zon 3, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Encik Raymond Tai Ku...
17/04/2026

BANDAR SERI CENDANA KINI LEBIH TERANG & SELAMAT

Ahli Majlis Zon 3, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Encik Raymond Tai Kuang Tee mewakili penduduk Bandar Seri Cendana, Sungai Petani, Kedah, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Jabatan kejuruteraan atas segala usaha dan komitmen yang telah diberikan. Sesungguhnya, pemasangan lampu solar di kawasan padang permainan serta kerja-kerja pembaikan lampu jalan di semua lorong dan jalan di Taman Bandar Seri Cendana merupakan satu inisiatif yang amat bermakna kepada penduduk setempat.

Hasil daripada usaha murni ini, kawasan taman kini menjadi lebih terang dan cerah, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penduduk. Anak-anak kini dapat bermain dengan lebih selamat pada waktu malam, manakala penduduk juga lebih yakin untuk menjalankan aktiviti harian mereka. Bagi pihak seluruh warga Bandar Seri Cendana, Encik Raymond Tai Kuang Tee sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih. Semoga segala usaha baik ini diberkati dan kerjasama erat seperti ini akan terus berkekalan demi kesejahteraan bersama.

KECURIAN KABEL ELEKTRIK BERULANG DAN PARKIR LORI BERAT : ANCAMAN NYATA KESELAMATAN PENDUDUK7 April 2026 - Ahli Majlis MP...
08/04/2026

KECURIAN KABEL ELEKTRIK BERULANG DAN PARKIR LORI BERAT : ANCAMAN NYATA KESELAMATAN PENDUDUK

7 April 2026 - Ahli Majlis MPSPK Zon 3, Encik Tai Kuang Tee telah turun padang di beberapa lokasi utama sekitar Sungai Petani ekoran aduan penduduk yang semakin membimbangkan mengenai kemudahan awam. Turut bersama, Bahagian Kejuruteraan Elektrik MPSPK yang turun padang bagi menerangkan isu yang dihadapi serta memberikan penjelasan mengenai kerja-kerja pembaikan yang perlu dilaksanakan.

Di Bandar Seri Cendana, hasil penyiasatan mendalam bersama pasukan teknikal mendedahkan bahawa punca utama masalah ini adalah kejadian kecurian kabel elektrik yang berulang. Walaupun kerja-kerja pembaikan dilaksanakan secara berkala, gangguan tetap berlaku, meninggalkan kawasan gelap dan berisiko, yang menimbulkan kebimbangan penduduk terutama kepada pejalan kaki dan pengguna jalan raya pada waktu malam. Aduan telah disalurkan kepada pihak berkenaan dan pemantauan berterusan akan dijalankan bagi mengawal insiden berulang ini.

Situasi serupa turut ditemui di Taman Seri Cendana Phasa 2, di mana kecurian kabel menyebabkan lampu jalan yang tidak berfungsi menimbulkan rasa tidak selamat kepada penduduk. Kerja-kerja pembaikan segera telah dilaksanakan semasa pemantauan dijalankan, memastikan sistem pencahayaan kembali berfungsi dan memberikan ketenangan kepada masyarakat setempat.

Di Taman Seri Cendana Phasa 1, pemantauan mendedahkan isu yang lebih membimbangkan. Parkir lori berat yang merosakkan jalan menimbulkan risiko serius kepada keselamatan penduduk, terutamanya kerana laluan masuk yang sempit dengan had penglihatan terhad menjadikan setiap perjalanan berpotensi berbahaya. Tambahan p**a, keadaan tanda keselamatan jalan dan bonggol yang rosak memerlukan tindakan segera untuk mengelakkan kemalangan.

Ahli Majlis dan Bahagian Elektrikal MPSPK mengesyorkan agar orang ramai segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat berlakunya kegiatan yang mencurigakan yang melibatkan lampu jalan bagi memastikan kemudahan awam diselenggara dengan efektif, sekaligus menjamin keselamatan, kesejahteraan, dan ketenangan hidup penduduk setempat.

SAAT RAMADAN MENYAPA HATI: SENTUHAN KASIH MPSPK✨PROGRAM KASIH RAMADAN 2026✨Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK...
08/03/2026

SAAT RAMADAN MENYAPA HATI: SENTUHAN KASIH MPSPK

✨PROGRAM KASIH RAMADAN 2026✨
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan kerjasama Puspanita MPSPK telah menganjurkan Program Kasih Ramadan yang berlangsung di Pasaraya Mydin, Taman Batik, Sungai Petani. Program ini melibatkan seramai 160 orang anak-anak yang telah dipilih daripada sekolah-sekolah sekitar Sungai Petani Kedah.

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Nafizah binti Mohamed Yusof, Ahli Majlis MPSPK. Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan Ahli-Ahli Majlis MPSPK, Pengerusi Puspanita MPSPK, Puan Rafizah binti Hashim, Timbalan Pengerusi Puspanita MPSPK, Puan Syafiqah binti Radzi, diiringi Penolong Pengurus Pasaraya Mydin, Encik Mohamad Ashman bin Mohamad Zambri serta para Pengarah Jabatan dan Bahagian MPSPK.

Program Kasih Ramadan ini dianjurkan sebagai tanda keprihatinan MPSPK dalam menyantuni anak-anak yang memerlukan, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Dalam arus kehidupan masa kini yang semakin mencabar, dengan tekanan kos sara hidup dan tuntutan kehidupan yang tidak pernah berhenti, masih ada keluarga yang berjuang dalam diam demi memastikan anak-anak mereka terus melangkah dengan harapan. Menyedari hakikat itu, MPSPK tampil menghulurkan tangan dengan penuh keinsafan bahawa keutuhan sesebuah masyarakat lahir daripada sifat saling peduli dan saling membantu.

Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, nilai kemanusiaan inilah yang perlu terus dipelihara agar tiada sesiapa yang tercicir daripada perhatian masyarakat. Melalui program ini, anak-anak yang terpilih diberi peluang untuk memilih sendiri keperluan mereka sebagai persediaan menyambut Ramadan dan Syawal. Keceriaan yang terpancar di wajah mereka menjadi gambaran bahawa sekecil mana pun kebaikan yang dilakukan, ia mampu menyentuh hati dan menyalakan sinar harapan. Bak kata orang tua-tua, “setitis embun di hujung daun, walau kecil tetap menyegarkan kehidupan.”

MPSPK berharap agar inisiatif seperti ini akan terus menjadi jambatan kasih antara agensi dan masyarakat, serta menyemai rasa tanggungjawab bersama dalam membantu golongan yang memerlukan. Semoga semangat Ramadan ini terus menyatukan hati-hati kita semua dalam melakukan kebaikan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak serta para petugas yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada Pengurusan Pasaraya Mydin Taman Batik yang menyediakan segala kelengkapan infrastruktur memudahkan perjalanan program pada hari ini. Semoga semangat Ramadan ini terus menyatukan hati-hati kita semua dalam melakukan kebaikan.

PROGRAM TANWIR RAMADAN 2026/1447H PERINGKAT DAERAH KUALA MUDAProgram Tanwir Ramadan Tahun 2026/1447H peringkat Daerah Ku...
05/03/2026

PROGRAM TANWIR RAMADAN 2026/1447H PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA

Program Tanwir Ramadan Tahun 2026/1447H peringkat Daerah Kuala Muda telah berlangsung dengan jayanya, mencipta suasana penuh penghayatan dan keberkatan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin bin Zainol Abidin, yang menzahirkan harapan agar program seumpama ini terus menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga kerja dan masyarakat setempat.

Sesi tazkirah dan peringatan Ramadan disampaikan oleh Pegawai Agama Daerah Kota Setar Dato’ Syeikh Ahmad Faisol bin Haji Omar, memberikan pengisian rohani kepada para hadirin bagi menambah ilmu dan amalan sepanjang bulan mulia ini.

Program turut dihadiri oleh Ahli-Ahli majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Bahagian serta seluruh kakitangan Majlis Perbandaran Sungai Petani(MPSPK). Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan bagi merakam detik bersejarah ini.

Penganjuran Program Tanwir Ramadan ini diharapkan menjadi wadah penyatuan ummah serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan dalam kalangan masyarakat sepanjang Ramadan Al-Mubarak.

WALKABOUT BAZAR RAMADAN 2026 - AMBANGAN HEIGHTS ✨🌙Tapak Bazar Ramadan Ambangan Heights yang menjadi antara tumpuan pengu...
24/02/2026

WALKABOUT BAZAR RAMADAN 2026 - AMBANGAN HEIGHTS ✨🌙

Tapak Bazar Ramadan Ambangan Heights yang menjadi antara tumpuan pengunjung telah dipilih oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda bagi mengadakan Walkabout Bazar Ramadan 2026. Suasana bazar dipenuhi dengan pelbagai gerai yang menyajikan juadah berbuka puasa yang lazat, meriah dengan kunjungan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Sebagai simbol sokongan terhadap pematuhan SOP kebersihan dan keselamatan makanan, gimik penyerahan apron kepada pengendali makanan telah dilaksanakan. Inisiatif ini bertujuan memastikan setiap pengunjung dapat menikmati juadah dengan selamat dan selesa, serta menghargai usaha pengendali makanan menjaga kebersihan dan kualiti hidangan.

Majlis ini disempurnakan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Muda Dr. Suziana Binti Redzuan, yang turut dihadiri wakil-wakil MPSPK termasuk Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Mohamad Shahizat Bin Mohd Rosly, Pengarah Jabatan Pelesenan Tasha Amira Binti Che Musa, dan Ketua Bahagian Iklan, Penjaja & Pasar Puan Fatin Adibah Binti Ruslan. Kehadiran mereka menambah seri majlis dan menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam memastikan bazar Ramadan berjalan dengan lancar dan selamat.

Selain itu, ahli-ahli majlis zon berkaitan turut hadir bagi memeriahkan majlis: Encik Azman Bin Ahmad (Zon 2), Encik Ooi Teong Soon (Zon 4), Encik Khalil Bashah Bin Abu Bakar (Zon 8) dan Encik Azhar Bin Zakaria (Zon 9) serta kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Muda. Kehadiran mereka diharapkan dapat memberi dorongan serta sokongan moral kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bazar ini.

Terima kasih kepada semua pengendali dan pengunjung yang hadir memeriahkan Bazar Ramadan Ambangan Heights kali ini. Semoga suasana yang bersih, selamat, dan meriah ini terus memberi pengalaman berbuka puasa yang bermakna serta kenangan manis kepada semua.

Selamat menunaikan ibadah puasa!

INISIATIF AHLI MAJLIS ZON 17: MUDAHKAN IBADAH, INDAHKAN RAMADAN 🌙✨Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan...
18/02/2026

INISIATIF AHLI MAJLIS ZON 17: MUDAHKAN IBADAH, INDAHKAN RAMADAN 🌙✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Bokhari bin Ali, Ahli Majlis Zon 17, Majlis Perbandaran Sungai Petani atas inisiatif murni beliau dalam mengimarahkan Bazar Ramadan Taman Ria dengan menyediakan kemudahan surau bergerak untuk kegunaan para pengunjung dan peniaga.

Usaha ini jelas memberikan impak yang amat positif kepada masyarakat. Penyediaan surau bergerak bukan sahaja memudahkan orang ramai menunaikan ibadah solat dengan lebih selesa dan teratur, malah turut menyumbang kepada suasana Bazar Ramadan yang lebih harmoni, tersusun dan mesra pengguna.

Inisiatif seperti ini mencerminkan keprihatinan serta komitmen tinggi dalam memastikan kebajikan dan keperluan masyarakat sentiasa diutamakan, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Semoga usaha murni ini menjadi contoh dan inspirasi kepada semua dalam memperkukuhkan semangat kebersamaan serta memperkasa kemudahan awam demi kesejahteraan komuniti.

Terima kasih dan tahniah atas usaha yang amat bermakna ini.

Address

MPSPK Jalan Patani
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahli Majlis MPSPK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share