KEMAS Parlimen Sungai Petani

KEMAS Parlimen Sungai Petani KEMAS Parlimen Sungai Petani

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐒𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔SUNGAI PETANI, 18 Jun – Program Hari Terbuka TABIKA dan T...
18/06/2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐒𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

SUNGAI PETANI, 18 Jun – Program Hari Terbuka TABIKA dan TASKA KEMAS Parlimen Sungai Petani 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di semua Tabika dan Taska KEMAS dalam kawasan Parlimen Sungai Petani.

Program yang diadakan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga bertemu secara langsung dengan guru bagi membincangkan perkembangan, pencapaian akademik, sahsiah serta kebajikan anak-anak sepanjang sesi pembelajaran.

Sepanjang program berlangsung, ibu bapa telah menerima laporan perkembangan anak masing-masing selain berpeluang bertukar pandangan dengan guru mengenai kaedah terbaik untuk membantu pembelajaran dan perkembangan anak di rumah. Sesi perbincangan yang dijalankan turut mengukuhkan hubungan kerjasama antara pihak KEMAS dan ibu bapa demi memastikan pendidikan awal kanak-kanak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Kehadiran yang memberangsangkan daripada ibu bapa dan penjaga menunjukkan komitmen tinggi mereka terhadap pendidikan awal anak-anak. Program ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan komunikasi antara keluarga dan institusi pendidikan awal kanak-kanak.

Secara keseluruhannya, Hari Terbuka Tabika dan Taska KEMAS Parlimen Sungai Petani 2026 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan, sekali gus membuktikan kesungguhan semua pihak dalam melahirkan generasi yang cemerlang, berilmu dan berakhlak mulia.


17/06/2026
17/06/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 🌙

Maal Hijrah mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, ketabahan dan keazaman dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Semangat hijrah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat hendaklah terus menjadi inspirasi kepada kita untuk memperkukuh jati diri, meningkatkan integriti serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, rahmat, kebahagiaan dan kejayaan kepada seluruh warga KEMAS serta rakyat Malaysia.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.
“𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐇𝐀𝐘𝐀𝐓𝐈, 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐓𝐈”

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga KEMAS.

17/06/2026
17/06/2026

🌙 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐚𝐥 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇✨

Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, memperkukuh iman, memperbaiki akhlak dan mempererat ukhuwah sesama insan.

𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐢𝐡𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢, 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐢

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H. Semoga setiap langkah hijrah yang kita lakukan membawa keberkatan, kesejahteraan dan rahmat Allah SWT buat diri, keluarga serta seluruh ummah.

𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚:
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 & 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡



16/06/2026

Address

Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Parlimen Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share