Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda PAGE OFFICIAL PPD KUALA MUDA,
SUNGAI PETANI

29/05/2026

29 MEI 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

KPM SAMBUT BAIK PENGUMUMAN YAB PERDANA MENTERI, LAKSANA SEGERA PEMBERIAN BAUCAR BUKU UNTUK PELAJAR

Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman pemberian baucar buku RM100 kepada semua pelajar sekolah menengah bawah KPM dan penuntut institut pendidikan tinggi sewaktu menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Tahun Ini, Tahun Kita
β€œGuru Bitara Nadi Negara”







27 Mei 2025 1447HRabu Program Ibadah Korban Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda. Terima kasih kepada penyumbang lembu y...
27/05/2026

27 Mei 2025 1447H
Rabu
Program Ibadah Korban Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda. Terima kasih kepada penyumbang lembu yang menyumbang untuk diagihkan kepada peserta korban dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis pada hari ini.

27/05/2026
Tahniah Pengetua SMKBPJ, SMKDBS & SMK Taman Ria
26/05/2026

Tahniah Pengetua SMKBPJ, SMKDBS & SMK Taman Ria

24/05/2026

𝗝𝗣𝗑 π—žπ—˜π——π—”π—› π—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘π—œ π—žπ—˜π—π—”π——π—œπ—”π—‘ π—¦π—”π—Ÿπ—”π—› π—Ÿπ—”π—žπ—¨ π—•π—¨π—Ÿπ—œ, π— π—˜π— π—£π—˜π—₯π—œπ—‘π—šπ—”π—§π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π— π—¨π—” π—œπ—‘π—¦π—§π—œπ—§π—¨π—¦π—œ π—£π—˜π—‘π——π—œπ——π—œπ—žπ—”π—‘ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 π—žπ—˜π—Ÿπ—’π—Ÿπ—”π—”π—‘π—‘π—¬π—” π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π— π—˜π— π—”π—§π—¨π—›π—œ π—šπ—”π—₯π—œπ—¦ 𝗣𝗔𝗑𝗗𝗨𝗔𝗑 π——π—œπ—§π—˜π—§π—”π—£π—žπ—”π—‘

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memandang serius mengenai kejadian buli yang berlaku di sebuah sekolah di negeri ini seperti yang dilaporkan oleh media.

Kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak jabatan. JPN Kedah memberi jaminan siasatan yang telus dan terperinci bagi memastikan keadilan untuk murid yang menjadi mangsa. Tindakan disiplin tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Semua institusi pendidikan di bawah kelolaan JPN Kedah diingatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan bagi membenteras salah laku buli. Sekiranya berlaku kejadian buli, ia perlu ditangani dengan segera berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
24 MEI 2026




MAJLIS RINGKAS SEMPENA PENYERAHAN TUGAS DAN SEND OFF TUAN YUSOF ISMAIL KE PPD BALING24 Mei 2026 | AhadWarga Pejabat Pend...
24/05/2026

MAJLIS RINGKAS SEMPENA PENYERAHAN TUGAS DAN SEND OFF TUAN YUSOF ISMAIL KE PPD BALING

24 Mei 2026 | Ahad

Warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Yusof Ismail atas segala jasa, komitmen dan kepimpinan sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pembelajaran di PPD Kuala Muda.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, pelbagai usaha, idea serta komitmen telah dicurahkan demi memperkukuh kualiti pendidikan dan memperkasakan kecemerlangan sekolah-sekolah di daerah Kuala Muda. Sikap kepimpinan yang tenang, profesional dan sentiasa memberi sokongan kepada warga pendidikan amat dihargai oleh seluruh warga PPDKM.

Majlis penyerahan tugas dan send off yang berlangsung di PPDKM menjadi simbol penghargaan serta tanda kasih warga kerja PPD Kuala Muda kepada beliau sebelum meneruskan amanah baharu sebagai KPPD di PPD Baling.

Semoga Tuan Yusof Ismail terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan sukses memimpin PPD Baling ke arah kecemerlangan pendidikan yang lebih gemilang.

Terima kasih atas segala bakti dan jasa.

Link pautan gambar : https://photos.app.goo.gl/ywRz4J6teYjtn6XW7

24/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
dikongsikan *HEBAHAN DRONE EDU CHALLENGE IR4.0 TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN*.

*SESI TAKLIMAT DRONE EDU CHALLENGE IR4.0 TAHUN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN*

*Tarikh : 25 Mei 2026 (Isnin)*
*Masa : 2.30 petang*
*Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=fqjItGJyw78 (live streaming)*
*saluran Youtube : *

kerjasama tuan/puan dalam menjayakan dan membuat hebahan mengenai program ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Alhamdulillah. Tahniah *SK Tasek Apong*Cabaran Unit Beruniform MySihatSyberChallenge2026 βœ…*Keputusan Peringkat Negeri*πŸ₯‡J...
23/05/2026

Alhamdulillah.
Tahniah *SK Tasek Apong*

Cabaran Unit Beruniform MySihatSyberChallenge2026 βœ…

*Keputusan Peringkat Negeri*
πŸ₯‡Johan Podcast Siber Vigilantisme Negeri Kedah
πŸ₯‡Johan Rawatan Bantu Mula Negeri Kedah
πŸ…Ke-4 Masakan Rimba

*Keputusan Kebangsaan*
πŸ₯‡Johan Podcast Siber Vigilantisme Kebangsaan
πŸ…Ke-4 Rawatan Bantu Mula Kebangsaan

πŸ†*Anugerah Khas Duta Sihat Kebangsaan 2026 Johan Kategori A*

18.05.2026: Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Malaysia (Taseem) Peringkat Daerah Kuala Muda 2026 telah diadakan di Cen...
23/05/2026

18.05.2026: Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Malaysia (Taseem) Peringkat Daerah Kuala Muda 2026 telah diadakan di Central Square Mall, Sungai Petani.. Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Selamat berjuang di peringkat negeri nanti. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Terima kasih diucapkan kepada SK Ambangan Heights selaku sekolah pengelola, rakan-rakan PT Kesenian dan persembahan penutup caklempong dari SK Sri Pinang.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah dirasmikan oleh En. Mohd Zainal bin Mat Isa, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, PPD Kuala Muda. πŸ’πŸ’πŸ’πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Al-Fateh bin Azizi dari SK Sidam Kiri dan Nurfarah Schafiyah binti Mohamad Fuad dari S...
22/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Al-Fateh bin Azizi dari SK Sidam Kiri dan Nurfarah Schafiyah binti Mohamad Fuad dari SK Tanjong Dawai mendapat johan dalam pertandingan Khat MQNKSS Peringkat Negeri Kedah dan Tahniah juga diucapkan akan mewakili Negeri Kedah ke Peringkat Kebangsaan.

Address

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda, Jalan Badlishah, Sungai Petani Darul Aman
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share