21/06/2025
MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SUKARELA (APMS) SIRI 1/2025
SUNGAI PETANI - 21 JUN 2025
Majlis Penutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 1/2025 telah disempurnakan oleh Lt Kol Kamarulrazaimi bin Abd Razak Timbalan Komander Rej 513 Askar Wataniah bertempat di Batalion Pertama Rejimen 513 Askar Wataniah Kem Jalan Kolam Air Sungai Petani Kedah turut hadir dalam upacara tersebut adalah
Dr. Aris Fazil b. Hj. Ujang Pengarah Insitut Pengurusan Sultan Abdul Halim (IPSAH)
dan IDr. Wan Fadzli bin Wan Haron Pengarah Institut Pendidikan Guru Darul Aman (IPGKDA) serta
pegawai-pegawai Rejimen 513 Askar Wataniah.
Kursus ini telah berlangsung selama sebulan dan telah melayakkan seramai 54 anggota berpangkat Perajurit Muda (PJM) untuk memakai pangkat Prebet kerana telah berjaya menamatkan kursus APMS pada kali ini.
Penuntut terdiri daripada Pelajar-pelajar Insitut Pengurusan Sultan Abdul Halim (IPSAH) dan Institut Pendidikan Guru Darul Aman (IPGKDA) serta belia tempatan daripada Batalion Pertama dan Ketiga Rejimen 513 Askar Wataniah serta anggota Sukarela 12 KPD Askar Wataniah.
Sepanjang kursus berlangsung penuntut telah dinilai dan diuji oleh Jurulatih dalam pelbagai aspek. Oleh itu, sebanyak 4 anugerah telah disediakan kepada penuntut. Penuntut Keseluruhan Terbaik disandang 6299338 PJM Muhammad Nazrin bin Azahar dari Batalion Pertama dan merupakan pelatih IKM Sungai Petani.
Anugerah Penembak Terbaik 6303275 PJM Adam Firdaus bin Rozaineeman. Beliau merupakan pelajar dari IPGKDA.
Anugerah Akademik Terbaik Disandang oleh 6305572 PJM Nur Anisah binti Mohamad Sufi.Beliau merupakan pelajar Dari IPSAH.
Anugerah Kawad terbaik disandang oleh 6303250 PJM Annur Nabilla binti Zamberi. Beliau merupakan pelajar Dari IPSAH.
Timbalan Komander mengakhiri ucapan beliau dengan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penuntut yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.
Rejimen 513 Askar Wataniah "JUJUR DAN IKHLAS"
6Bgd "SETIA - UNGGULI SEBARANG MISI"