UTC Sungai Petani

UTC Sungai Petani PERSATUAN USAHAWAN UKIR SQUARE, SUNGAI PETANI, KEDAH

Kemalangan di Simpang Renggam. Ini yang perlu korang tahu:- Dua beradik yang juga anak kepada tauke judi di Simpang Reng...
02/06/2026

Kemalangan di Simpang Renggam. Ini yang perlu korang tahu:

- Dua beradik yang juga anak kepada tauke judi di Simpang Renggam berlumba

- Abang berusia 22 tahun memandu BMW 530e

- Adik berusia 19 tahun memandu Mercedes Benz A250

- Kereta si abang masuk ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes Benz.

- 4 individu dalam Toyota Vios maut di tempat kejadian iaitu Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, Nor Azlina Abd Latif, 33, Semek Mat Soh,75, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10.

- Pemandu BMW 530e meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

- Polis telah menahan pemandu Mercedes Benz A250 untuk siasatan.

27/05/2026

Aidiladha

22/05/2026

Gaji bulan depan Jun adalah 36 hari lagi iaitu 25/6/26. Selamat berjimat cermat.

Suami Penggal Kepala Isteri, Badan Dikerat 8 BahagianTiada siapa menyangka, di sebalik sebuah rumah tangga yang kelihata...
22/05/2026

Suami Penggal Kepala Isteri, Badan Dikerat 8 Bahagian

Tiada siapa menyangka, di sebalik sebuah rumah tangga yang kelihatan biasa, tersembunyi sebuah tragedi yang begitu menyayat hati…

Norfazera Bidin, wanita berusia 27 tahun dari Melaka, hanya mahu hidup bahagia bersama anak kesayangannya, Muhammad Iman Asraf Abdullah yang baru berusia 11 tahun. Namun kebahagiaan itu tidak kekal lama apabila rumah tangganya mula bergolak akibat konflik yang berpanjangan.

Pada Oktober 2019, pertengkaran besar berlaku di rumah sewa mereka di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam. Dalam keadaan emosi yang tidak terkawal selepas berlaku perselisihan antara suami isteri, Shahrul Nizam Zuraimy dipercayai bertindak kejam apabila menikam Norfazera berkali-kali sehingga wanita itu meninggal dunia.

Lebih memilukan, anak kecil yang menyaksikan ibunya dibunuh turut menjadi mangsa. Muhammad Iman yang sepatutnya dilindungi dan disayangi, turut dibunuh oleh bapa tirinya sendiri hanya kerana dianggap saksi kejadian.

Bayangkan ketakutan seorang anak kecil pada saat terakhir hidupnya… kehilangan ibu di depan mata sebelum nyawanya sendiri diragut dengan begitu kejam.

Selepas kejadian itu, suspek dipercayai cuba menyembunyikan jenayah tersebut dengan membuang dan menyembunyikan mayat kedua-dua mangsa di beberapa lokasi sebelum melarikan diri ke Singapura. Namun akhirnya perbuatannya terbongkar selepas orang awam menemukan bahagian tubuh manusia di kawasan semak di Krubong.

Hasil kerjasama polis Malaysia dan Singapura, suspek berjaya diberkas dan dibawa pulang untuk dibicarakan. Mahkamah Tinggi Melaka kemudian menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan 24 sebatan selepas dia didapati bersalah membunuh isteri serta anak tirinya.

Tetapi sebesar mana pun hukuman dijatuhkan… dua nyawa yang telah pergi tidak akan kembali.

Seorang ibu kehilangan masa depannya.
Seorang anak kecil kehilangan seluruh hidupnya.

Al-Fatihah buat Norfazera dan adik Muhammad Iman..

21/05/2026

Sungai Petani: Letupan yang berlaku di tapak ekspo Dataran Jam Besar di sini, hari ini mengorbankan seorang lelaki berusia 42 tahun.

Letupan dipercayai berpunca daripada tong gas helium.

Totop 2 minggu...
19/05/2026

Totop 2 minggu...

16/05/2026

Rakaman dashcam kemalangan di Taman Ria, Sungai Petani awal pagi tadi melibatkan seorang lelaki OKU berkerusi roda dengan kereta.
Kredit video — Team Ambulans Utara..

Anak lelaki atau perempuan sama2 perlukan nasihat drp kite… jaga diri, jaga MARUAH, jaga iman!! Semoga keluarga mangsa t...
15/05/2026

Anak lelaki atau perempuan sama2 perlukan nasihat drp kite… jaga diri, jaga MARUAH, jaga iman!!

Semoga keluarga mangsa terus kuat! Dan suspek mendapat balasan yg setimpal! 😭💔

Analisis Waktu Bekerja Global 2025 🌍Berdasarkan unjuran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk tahun 2025, tenaga ker...
15/05/2026

Analisis Waktu Bekerja Global 2025 🌍
Berdasarkan unjuran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk tahun 2025, tenaga kerja di negara-negara ini mencatatkan waktu bekerja antara 26 hingga 55 jam seminggu.

Data ini bukan sekadar kisah pekerja pejabat "9-pagi-ke-5-petang", tetapi merangkumi:

Pekerja sepenuh masa

Pekerja sambilan

Golongan bekerja sendiri (self-employed)

Gaji Besar vs Keseimbangan Hidup? ⚖️

Kajian global menunjukkan trend yang semakin jelas:

3 daripada 5 pekerja menyatakan bahawa keseimbangan kerja-kehidupan (work-life balance) adalah lebih penting berbanding kenaikan gaji.

Lebih separuh daripada tenaga kerja dunia sedang mempertimbangkan untuk tukar pekerjaan atau berpindah negara demi mencari kehidupan yang lebih seimbang.

Kesan Kepada Kesejahteraan 🧠

Negara dengan waktu bekerja yang lebih pendek dan perlindungan pekerja yang kuat cenderung melaporkan:

Tahap kebahagiaan yang lebih tinggi.

Kesihatan mental yang lebih baik.

Lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga dan hobi.

Sebaliknya, negara dengan waktu bekerja yang sangat panjang sering bergelut dengan isu keletihan melampau (burnout) dan tahap kepuasan hidup yang rendah.

Sanggupkah anda mengorbankan sebahagian pendapatan demi keseimbangan hidup yang lebih sihat? Kongsi pendapat anda di ruangan komen! 👇

Sumber: ILO, World Population Review

13/05/2026

Berpisah selepas hampir 30 tahun

RTM jelaskan sebab tamatkan siaran di Astro

Address

UTC Ukir Square
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTC Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UTC Sungai Petani:

Share