YB Ustaz Azizan bin Hamzah, ADUN N.25 Bukit Selambau

YB Ustaz Azizan bin Hamzah, ADUN N.25 Bukit Selambau Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
N.25 Bukit Selambau

02/06/2026

31 Mei 2026 | Madrasah Zubaidiyah, Merbok

Ijtimak Pilihan Raya PAS Kawasan Merbok telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform penyelarasan gerak kerja dan pemantapan persediaan jentera bagi menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang.

Program yang berlangsung di Madrasah Zubaidiyah, Merbok itu telah dirasmikan oleh Dr. Haim Hilman Abdullah serta dihadiri oleh anggota PAS dari seluruh kawasan Merbok.


01/06/2026

YB Ustaz Azizan menyampaikan sumbangan 1 set khemah 20’ x 20’ serta kerusi kepada Persatuan Penduduk Darulaman Perdana bagi kegunaan pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan di kawasan tersebut.

Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta membantu melancarkan penganjuran aktiviti yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.




28/05/2026

YB Ustaz Azizan turut melaksanakan ibadah korban di Masjid Al-Muhsinin, Kg Pantai Cicar serta menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidiladha.



25/05/2026

20 Mei 2026 / Taman Pahlawan

YB Ustaz Azizan Hamzah menyampaikan sumbangan pampers dan gamgee pad kepada seorang pesakit terlantar akibat kesan kemalangan jalan raya. Ketika ziarah dilakukan, pesakit baru sahaja dimasukkan ke wad HSAH, Sg Petani selepas keadaan luka di bahagian belakang badan semakin teruk serta mengalami demam panas.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh ayah pesakit bagi pihak keluarga.

Semoga dipermudahkan segala urusan rawatan dan diberikan kesembuhan buat pesakit.




25/05/2026

MAJLIS PENYERAHAN LEMBU
SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA
TAHUN 2026/1447H

25 MEI 2026, ISNIN | 9.00 PAGI | DEWAN SERI MELUR,
KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR KEDAH

24 Mei 2026Alhamdulilah, penyerahan laptop kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi bagi ...
25/05/2026

24 Mei 2026

Alhamdulilah, penyerahan laptop kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi bagi membantu keperluan pembelajaran dan kegunaan sepanjang pengajian.

Semoga dimanfaatkan sebaiknya dalam urusan kuliah, tugasan dan pembelajaran harian.




Address

318A, Jalan Melor 1/3, Ambangan Heights
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YB Ustaz Azizan bin Hamzah, ADUN N.25 Bukit Selambau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share