Hospital Sultan Abdul Halim (FB Rasmi HSAH)

Hospital Sultan Abdul Halim (FB Rasmi HSAH) Sebarang aduan/pertanyaan mengenai HSAH mohon kemukakan secara emel ke [email protected]

Hospital Sultan Abdul Halim adalah sebuah hospital kerajaan yang memberikan perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan dan pencegahan bermutu, cekap dan berkesan. WAKTU MELAWAT HOSPITAL

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, TIADA pelawat dibenarkan masuk ke dalam wad kecuali kes kecemasan dan sangat memerlukan.

๐ŸŒพ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—š๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŒพโœจ Semoga Hari Gawai membawa kegembiraan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua ...
01/06/2026

๐ŸŒพ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—š๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŒพ

โœจ Semoga Hari Gawai membawa kegembiraan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya.โœจ

๐Ÿก Di sebalik tradisi yang diwarisi,
๐Ÿค terpancar nilai perpaduan dan keharmonian.
๐ŸŽ‰ Di sebalik kemeriahan sambutan,
โค๏ธ terjalin kasih sayang dan kebersamaan.

๐ŸŒพ๐‘ฎ๐’‚๐’š๐’– ๐‘ฎ๐’–๐’“๐’–, ๐‘ฎ๐’†๐’“๐’‚๐’Š ๐‘ต๐’š๐’‚๐’Ž๐’‚๐’Š, ๐‘ณ๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ต๐’ˆ๐’–๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’๐’–๐’‚ ๐ŸŒพ
๐ŸŒŸ Raikan warisan, eratkan perpaduan, semarakkan kebersamaan.

Tulus Ikhlas daripada
YBrs. Dr Mithali Binti Abdullah @ Jacquline Sapen,BCK. (Pengarah) dan Seluruh Warga Kerja Hospital Sultan Abdul Halim



๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”, ๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bag...
31/05/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”, ๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

Pada 1 Jun 2026, Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia zaman dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya.

Sembah takzim daripada:
YBrs. Dr Mithali Binti Abdullah @ Jacquline Sapen,BCK. (Pengarah) dan Seluruh Warga Kerja Hospital Sultan Abdul Halim



30/05/2026
๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›Dengan penuh rasa syukur, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada...
26/05/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›

Dengan penuh rasa syukur, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. terus menjadi inspirasi dalam membina masyarakat yang bersatu, prihatin dan berintegriti.

Semoga Aidiladha ini dipenuhi keberkatan, kemakmuran dan kebahagiaan buat semua

๐ŸŒ™ Di sebalik takbir yang bergema,
๐Ÿคฒ tersirat erti pengorbanan yang agung.
๐Ÿ•‹ Di sebalik ibadah yang dilaksanakan,
โœจ terpancar keikhlasan dan ketakwaan.

๐Ÿ‘ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› ๐Ÿ‘

Semoga setiap pengorbanan membawa keberkatan,
๐Ÿคฒ setiap doa dimakbulkan,
๐ŸŒฟ setiap langkah dipermudahkan,
dan โค๏ธ setiap hati dipenuhi ketenangan serta rahmat daripada Allah SWT.

Tulus Ikhlas daripada,
Ybrs. Dr. Mithali Binti Abdullah @ Jacquline Sapen,BCK.
Pengarah & Seluruh Warga Kerja
Hospital Sultan Abdul Halim


๐Ÿฉธโค๏ธ TERIMA KASIH WIRA DARAH! โค๏ธ๐ŸฉธAlhamdulillah, Program Derma Darah bersama Pasaraya GMart Sungai Petani dengan Kerjasama...
24/05/2026

๐Ÿฉธโค๏ธ TERIMA KASIH WIRA DARAH! โค๏ธ๐Ÿฉธ

Alhamdulillah, Program Derma Darah bersama Pasaraya GMart Sungai Petani dengan Kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi HSAH pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya.

Seramai 400 orang hadir memberikan sokongan dan hasil daripada semangat serta keprihatinan semua, kami berjaya mengumpulkan sebanyak 334 beg darah untuk membantu pesakit yang memerlukan.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua penderma darah yang tampil dengan penuh keikhlasan, para petugas, sukarelawan serta semua pihak yang turut menjayakan program ini.

Setiap titisan darah yang didermakan bukan sekadar sumbangan, tetapi merupakan harapan dan peluang untuk menyelamatkan nyawa insan lain โค๏ธ

400 hadir โ€ข 334 beg darah berjaya dikumpul โ€ข Ribuan harapan diselamatkan

Terima kasih kerana menjadi Hero Darah kami! ๐Ÿฉธโœจ








Derma Darah Kedah Perlis - DDKP

23/05/2026

Sebagai persiapan menjelang cuti musim perayaan Hari Raya Aidiladha nanti. Tabung Darah Hospital Sultan Abdul Halim (FB Rasmi HSAH) akan menjalankan satu Program Derma Darah ๐Ÿฉธ Khas Aidiladha esok seperti berikut :
๐Ÿ“24/5/2026
๐Ÿ“9.00pg-5.00ptg
๐Ÿ“ Lobi HSAH

Kami menyeru anda di luar sana yang berkelayakan untuk tampil menderma darah.

Program eosk mendapat sokongan daripada Pasaraya Gmart Sg Petani yang akan memberikan cenderahati kepada penderma yang menderma esok.

Jom!
Setitis darah anda, amat bermakna buat mereka yang memerlukan.
Derma Darah Kedah Perlis - DDKP




๐ŸŒน  PENGHARGAAN SEMPENA HARI JURURAWAT & HARI IBU 2026 ๐ŸŒน๏ฟฝ๐Ÿ“… 20 Mei 2026Bersempena sambutan Hari Jururawat dan Hari Ibu yan...
20/05/2026

๐ŸŒน PENGHARGAAN SEMPENA HARI JURURAWAT & HARI IBU 2026 ๐ŸŒน
๏ฟฝ๐Ÿ“… 20 Mei 2026
Bersempena sambutan Hari Jururawat dan Hari Ibu yang lalu, pihak Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani telah berbesar hati untuk menyantuni jururawat dan ibu-ibu yang baru melahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim sebagai tanda penghargaan bagi meraikan insan-insan hebat yang sentiasa memainkan peranan penting dalam masyarakat.

Sesi ringkas serahan kek kepada Unit Kejururawatan Hospital Sultan Abdul Halim diberi sebagai tanda penghargaan atas jasa, komitmen dan pengorbanan para jururawat dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.
๏ฟฝSelain itu, turut diadakan sesi serahan cenderahati serta kuntuman bunga ros kepada ibu-ibu yang baru melahirkan sebagai simbolik penghargaan dan meraikan pengorbanan seorang ibu sempena sambutan Hari Ibu. Semoga penghargaan ini dapat menyuntik semangat serta membawa kegembiraan kepada semua penerima.

๏ฟฝ

Sambutan World Emergency Medicine Day 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 15-16 Mei 2026 di Amanjaya Mall, Sg Pet...
16/05/2026

Sambutan World Emergency Medicine Day 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 15-16 Mei 2026 di Amanjaya Mall, Sg Petani Kedah.

Program ini menghimpunkan kakitangan Jabatan Kecemasan dam Trauma dari seluruh hospital di negeri Kedah yang berganding bahu dalam usaha untuk mendekatkan masyarakat kepada memahami fungsi sebenar jabatan kecemasan . Inisiatif ini diambil sebagai salah satu cara mengurangkan kesesakan di jabatan kecemasan dengan mendidik masyarakat untuk mengenalpasti situasi yang dikategorikan kecemasan dan bukan kecemasan, pendedahan berkaitan pertolongan cemas, dan CPR selain mendidik masyrakat berkaitan bantuan awal yang boleh diberikan dalam kes patukan ular dan binatang berbisa, stroke, strok haba, lemas, kes-kes medikolegal seperti penderaan, gangguan seksual dan sebagainya.

Program telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dengan diiringi Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim dan Ketua Jabatan Kecemasan HSAH selaku penganjur utama. Turut diluncurkan buku Basic Emergency Course Companion Book yang diterbitkan sendiri oleh barisan pakar-pakar Kecemasan HSAH sebagai suatu usaha untuk memastikan kelestarian ilmu pengetahuan pada kakitangan perubatan khususnya yang berkhidmat di jabatan kecemasan di seluruh negara.

Reruai program menerima pengunjung seramai lebih 1500 sepanjang 2 hari program berlangsung yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat. Diharapkan usaha ini dapat membantu melahirkan komuniti yang lebih cakna dan bersedia menghadapi situasi kecemasan disamping memanfaatkan fungsi jabatan kecemasan dengan betul dan sewajarnya.



Latihan Kebakaran 14 Mei 2026
14/05/2026

Latihan Kebakaran
14 Mei 2026

PERHIMPUNAN BULANAN DIREKTORAT PENGURUSAN RISIKO DAN SURVELANS KLINIKALHospital Sultan Abdul Halim | Mei 2026๐Ÿ“… Tarikh: 1...
14/05/2026

PERHIMPUNAN BULANAN DIREKTORAT PENGURUSAN RISIKO DAN SURVELANS KLINIKAL
Hospital Sultan Abdul Halim | Mei 2026
๐Ÿ“… Tarikh: 14 Mei2026 (Khamis)
โฐ Masa: 8.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Auditorium, Hospital Sultan Abdul Halim
Perhimpunan Bulanan anjuran Direktorat Pengurusan Risiko dan Survelans Klinikal (Unit Kualiti & Inovasi, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Unit Pencegahan dan Kawalan Infeksi) bagi bulan Mei telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh bermakna. Perhimpunan kali ini adalah bertemakan Think Safe.Work Safe.Stay Safe. Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Mithali binti Abdullah @ Jacquline Sapen, Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim.
Antara pengisian program termasuk:
โœจ Amanat oleh Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim
โœจ Pengenalan unit.
โœจ Pembentangan pencapaian tahunan Unit Kualiti & Inovasi, UKKP dan UKI bagi tahun 2025. oleh Dr. Azrina binti Ayob, Ketua Unit Kualiti & Inovasi yang mewakili Direktorat Pengurusan Risiko dan Survelans Klinikal.
โœจ Tayangan video sorotan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 dan aktiviti unit 2025
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua Ketua Jabatan, Ketua Unit serta warga kerja Hospital Sultan Abdul Halim yang sudi hadir dan memeriahkan majlis ini.
Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.
โค๏ธ

Address

Jalan Lencongan Timur, Bandar Amanjaya
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultan Abdul Halim (FB Rasmi HSAH) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Sultan Abdul Halim (FB Rasmi HSAH):

Share