AADK Daerah Kuala Muda

AADK Daerah Kuala Muda PENAFIAN: Pihak AADK tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kehilangan atau kerosakan
(1)

Seorang remaja lelaki ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah apabila hasil ujian saringan air kencingnya didap...
02/01/2026

Seorang remaja lelaki ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah apabila hasil ujian saringan air kencingnya didapati positif ekstasi selepas p**ang daripada meraikan Tahun Baharu 2026 di Pekan Danok, Thailand, semalam.

Apa sahaja alasan diberi itu tidak boleh dinafikan oleh saringan air kencing . Jika positif maka perlu terima dengan hati yang terbuka . Apa yang kita buat itulah jalan yang kita pilih. Maka jika kita tidak mahu ada masalah jaga diri baik baik.


Menjadi tanggungjawab diri untuk patuh kepada perintah pengawasan . Fahami kenapa dibuat sebegitu rupa bertujuan untuk m...
01/01/2026

Menjadi tanggungjawab diri untuk patuh kepada perintah pengawasan . Fahami kenapa dibuat sebegitu rupa bertujuan untuk memantau serta menjadi guideline dapat mencegah diri daripada terlibat semula dengan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang . Kes ini merupakan hasil Jejak 72 Jam yang dijalankan sebelum ini. Puan Arnida Binti Ishak , Ketua AADK Daerah Kuala Muda berpeluang bertemu dengan klien ini untuk sesi kaunseling dan perkongsian. Semoga klien ini dapat mengikuti program rawatan dan pemulihan dengan baik dan hargai peluang yang telah diberikan . Bukan mudah untuk ke setiap rumah anda ya ..Berpeluh dibuatnya ..

Arnida Ishak

Kadang kadang isteri tahu suami terlibat dengan dadah . Ada suami yang menjalankan tanggungjawab seperti memberi nafkah ...
01/01/2026

Kadang kadang isteri tahu suami terlibat dengan dadah . Ada suami yang menjalankan tanggungjawab seperti memberi nafkah yang cukup dan memang seorang ayah yang baik kepada anak anak. Namun si isteri menaruh nasib jika tidak ditahan selamatlah tapi bila dah ditahan ibarat tersepit dan mengharapkan agar suaminya tidak dibawa untuk pemulihan dalam institusi. Dalam hal ini , penilaian perlu telus di mana mengambil kira tempoh penggunaan dadah, rekod rekod yang berkaitan serta maklumbalas pihak keluarga. Semua faktor perlu diambil kira kerana kita kena faham isu penyalahgunaan dadah ini membuatkan seseorang menjadi seorang oesakit kronik yang memerlukan kekuatan, sokongan ,bimbingan secara total . Perlu jauhkan diri daripada godaan serta pengaruh persekitaran termasuk kawan kawan. Yang terbaik adalah dapatkan perkhidmatan terbaik pihak AADK . Perlu faham ianya bukan bersifat hukuman tetapi adalah rawatan dan pemulihan .

SUNGAI PETANI , 1 JANUARI 2026 : Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda hari ini menganjurkan Majlis Bacaan Yaasi...
01/01/2026

SUNGAI PETANI , 1 JANUARI 2026 : Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda hari ini menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin. Membaca Surah Yasin memberikan pelbagai kelebihan seperti keampunan dosa, ketenangan jiwa, kemudahan urusan harian, pahala besar (seperti membaca 10-12 kali Al-Quran), pertolongan semasa sakit/sakaratul maut, dan perlindungan daripada keburukan; ia diibaratkan "hati Al-Quran" yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat, serta dianjurkan dibaca pada waktu Subuh atau malam hari untuk meraih keberkatan dan hajat dimakbulkan.

Majlis bacaan Yasin hari ini melibatkan kakitangan AADK Daerah Kuala Muda. Majlis hari ini juga disertai oleh Puan Arnida Binti Ishak , Ketua AADK Daerah Kuala Muda. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Bawah AADK Kuala Muda.

Arnida Ishak

31/12/2025

Semakin hari kita melangkah bukan semakin muda tetapi semakin tua dan banyak ragamnya
Sesungguhnya mati itu bukan urusan kita tetapi renungilah apa sahaja keburukan yang ada dalam diri kita

Visi masyarakat Islam yang cemerlang tidak akan tercapai jika anggota masyarakat Islam dijangkiti dengan pelbagai masala...
31/12/2025

Visi masyarakat Islam yang cemerlang tidak akan tercapai jika anggota masyarakat Islam dijangkiti dengan pelbagai masalah yang menghambat perubahan dirinya. Mengenalpasti pelbagai jenis golongan bermasalah dan penyelesaiannya adalah penting juga.

Sebagai contoh, ada dari kalangan masyarakat Islam mereka masih tidak tahu akan kepentingan dan konsep perubahan yang perlu dilakukan. Mereka ini perlu diberi kesedaran dan kefahaman.

Ada p**a, yang tahu dan faham konsep yang betul, tapi tiada kemahiran untuk mencapainya. Mereka berusaha keras tapi tidak menghasilkan natijah yang optimum kerana, sebagai contoh, tidak tahu merancang dan mengurus usahanya dengan baik. Mereka ini perlu diperkasakan dengan kemahiran yang diperlukan.

Ada juga yang tahu, faham dan berkemahiran tapi malas. Mereka ini mungkin memerlukan penawar pada nilai dan sikap.

Apa pun, setiap anggota masyarakat Islam perlulah melakukan muhasabah diri apabila berhadapan dengan isu perubahan diri ke arah lebih baik. Bermuhasabah, samada mereka telah faham, bertindak dengan betul, mempunyai kompetensi yang diperlukan dan menilai apakah mereka semalam dan hari ini dan apakah p**a sasaran untuk masa depan yang lebih baik. Jika budaya seperti ini meluas di kalangan masyarakat kita, ia petanda bahawa masyarakat Islam berada pada kedudukan yang positif.



Kami faham apa yang menghantui difikiran ibubapa ini . Mana tidaknya mempunyak seorang anak yang mengalami halusinasi ya...
31/12/2025

Kami faham apa yang menghantui difikiran ibubapa ini . Mana tidaknya mempunyak seorang anak yang mengalami halusinasi yang emosinya tidak menentu. Menyanyi , bercakap seorang diri , menjerit tiba tiba dan sentiasa marah ibubapa sendiri. Ibubapa ini juga takut membangkang setiap kata kata anaknya kerana apabila ditegur dia memberontak. Setelah keluar dari penjara , pada mulanya normal tetapi lama kelamaan menjadi tidak menentu. Kehadiran kami juga hari ini disambut dengan suprise memakai bedak penuh muka yang tidak dibuat sebelum ini. Sambil bergurau , kami kata dia nak sambut kami mai. InsyaAllah memujuk dia hadir ke pejabat AADK untuk menjalani pengawasan dan memantau dari masa ke semasa. Menasihati ibubapa tentang langkah langkah perlu jika mahu menangani isu seperti ini. Yang paling penting dapatkan rawatan di hospital . Apa yang perlu dibuat bagi meredakan tekanan emosi yang dihadapi. Kepakaran itu bukan di AADK tapi memerlukan rawatan dan penilaian doktor pakar. Semoga insan ini boleh kembali menjadi sebelumnya . Beliau mempunyai segala kemewahan dan daripada cara bercakap dan lain lain masih mampu berinteraksi dengan baik.


BEDONG , 31 DISEMBER 2025 : Menyampaikan dan mempamerkan kaedah dalam talian kepada kejiranan kawasan Taman Desa Aman da...
31/12/2025

BEDONG , 31 DISEMBER 2025 : Menyampaikan dan mempamerkan kaedah dalam talian kepada kejiranan kawasan Taman Desa Aman dan Taman Sungai Lalang dan Kg Guar Jumaat. Anda scan QR bukan sekadar buat aduan tapi boleh hendak dapatkan khidmat nasihat , lihat video video berkaitan dadah serta boleh keep in touch dengan lebih mudah .

Sambil sambil lepak makan dan minum bolehlah scan . Boleh zoom kalau segan . Ingat satu , tidak semua aduan itu memerlukan tindakan penguatkuasaan. AADK banyak kelembutannya lebih dari Downy lagi. Sukarela ada , khidmat nasihat ada , bincang bincang bagi jadi. Mudah kan . Hendak elok atas diri sendiri, kita semua membantu menjadi pemudahcara.

Tu ja nak bagitahu harap faham yer..

Arnida Ishak

Langkah keluar pintu penjara ke Klang , Selangor Tahu atau tidak tahu apabila anda melangkah keluar daripada pintu penja...
31/12/2025

Langkah keluar pintu penjara ke Klang , Selangor

Tahu atau tidak tahu apabila anda melangkah keluar daripada pintu penjara setelah diperintahkan oleh seorang majistret diatas kesalahan dadah terutamanya kes polis 38B anda perlu hadir ke Pejabat AADK berkaitan terlebih dahulu untuk membuka fail pengawasan .

Kes ini keluar daripada Penjara Pokok Sena dan sepatutnya hadir ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda bagi tujuan menjalani pengawasan dalam tempoh 2 tahun seperti termaktub dalam perintah pengawasan bukannya terus keluar kawasan pentadbiran AADK berkaitan. Kes ini p**ang semalam dari Klang, Selangor dan tiba pagi ini terus hadir ke Pejabat AADK.

Kes ini dirujuk kepada Puan Arnida Binti Ishak , Ketua AADK Daerah Kuala Muda untuk sesi kaunseling serta penerangan terperinci . AADK tidak kejam , kami membantu sebaik mungkin agar anda selesa dengan perkhidmatan kami. Bolehkan ? Takkan tak boleh AADK hendak membantu anda.

Kami ucap tahniah kepada mereka yang memahami.






Arnida Ishak

Pusing sana sini untuk bertemu dengan kamu . Bak kata perpatah " Tak kenal maka tak cinta " . GURUN , 31 DISEMBER 2025 :...
31/12/2025

Pusing sana sini untuk bertemu dengan kamu . Bak kata perpatah " Tak kenal maka tak cinta " .

GURUN , 31 DISEMBER 2025 : Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda terus turun padang ke pelosok kampung , taman untuk menjejaki anda yang gagal hadir dalam tempoh 72 jam seperti yang termaktub di dalam syarat pengawasan. Tapi AADK ini bagus bagi peluang dan ruang untuk mereka yang terlibat kembali dekat dengan AADK .

Ada kebaikannya juga kami boleh turun ke padang sekurangnya dapat juga kami menyelami kehidupan anda sekeluarga. Boleh kenal tokwan, toknek , ibu , ayah dan dapat melihat kehidupan anda di rumah. Terima kasih sebab jemput kami dalam keadaan yang mengejutkan. Berulang kali diingatkan , AADK bukan tempat menghukum malah Puspen AADK terbuka secara sukarela mahupun perundangan. Apa juga bentuk kemasukan semuanya untuk rawatan dan pemulihan . Segalanya mudah jika memahami.

Hari ini , AADK turun padang ke Kg Sg Badak, Kg Guar Jumaat , Taman Jerai , Perumahan Sejahtera Rakyat, Taman Sungai Lalang , Ambangan Height Zon Seroja dan lain lain . Alhamdullilah , mereka ada saja di rumah namun ada sedikit ketidakfahaman di mana mereka yang dijatuhkan hukuman oleh pihak polis samada membayar denda dan diperintahkan menjalani hukuman penjara perlu menjalani pengawasan selama 2 tahun dibawah seliaan AADK sahaja.

Bagi mereka yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan 15(1)a dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh pihak PDRM mohon buat semakan di pejabat AADK kawasan anda bagi mengelakkan anda dikenakan tindakan langgar syarat yang mana boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun , tidak melebihi 3 sebatan atau kedua duanya sekali.

Pihak AADK sentiasa bersedia membantu anda dalam apa jua keadaan. InsyaAllah , segalanya akan menemui jalan yang terbaik untuk semua pihak. Tidak salah untuk minta tolong .





Arnida Ishak

30/12/2025

Seorang ibu tua diuji dengan 2 orang anak yang terlibat dengan dadah terus cekal menghadapinya kerana dah terbiasa dengan tingkahlaku anaknya. Namun hatinya kini tenang dan mampu untuk bercerita.

Salah seorang anaknya kini menjalani hukuman penjara di Penjara Tapah dan seorang lagi masih mempunyai tempoh pemulihan tetapi kini dipenjarakan atas kesalahan seksyen 39(A)2 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ibunya sering hadir ke pejabat untuk memohon bantuan . Akibat terlalu " heavy " menggunakan dadah jenis syabu menyebabkan anaknya seperti hilang kewarasan , tidak berbaju ke sana sini , merosakkan harta benda serta sering menyusahkan kehidupan ibu.

Kita perlu faham kesempitan hidup ibu ini dalam menanganinya dan ibu ini tiada pilihan sering berdoa anaknya ditahan dan berada di dalam pengawasan pihak berkuasa. Ibu ini berkata , menerima seadanya kalau itu yang terbaik buat dirinya sebelum ibu ini melelapkan mata buat selamanya.

Sebagai tanggungjawab AADK , beri sokongan dan fikiran agar kesengsaraan dan kekusutan ibu ini dapat diredakan sebaik mungkin. Selagi anak anak ibu ini klien kita AADK jadilah Baby Sitter yang terbaik. Besar rahmatnya dalam kita menjalankan tugas sebaiknya.

Address

KM.9, Jalan Kuala Ketil
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044202151

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share