Polis Daerah Kuala Muda

Polis Daerah Kuala Muda The Official Page of
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda 08000 Sungai Petani, Kedah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda
(1)

LAWATAN KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDA KE MATRAHSUNGAI PETANI, 14 Jun 2026 – Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan bi...
14/06/2026

LAWATAN KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDA KE MATRAH

SUNGAI PETANI, 14 Jun 2026 – Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan bin Ramlan, telah mengadakan lawatan ke Maahad Tahfiz Tarbiatul Hikmah (MATRAH) dan disambut oleh Mudir, Ustaz Mohd Azizul bin Ismail.

Lawatan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara PDRM dan institusi pendidikan agama serta membincangkan aspek keselamatan dan pembangunan sahsiah pelajar. Program berlangsung dalam suasana mesra dan penuh harmoni.

KUNJUNG HORMAT KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDASungai Petani, 14 Jun 2026-Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan bin Ram...
14/06/2026

KUNJUNG HORMAT KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDA

Sungai Petani, 14 Jun 2026-Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan bin Ramlan telah mengadakan kunjung hormat ke atas Puan Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Kuala Muda yang baharu, bertempat di Pejabat Daerah Kuala Muda.

Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara PDRM dan Pejabat Daerah Kuala Muda bagi memperkukuh aspek keselamatan serta kesejahteraan masyarakat di daerah Kuala Muda.

LATIHAN JASMANI KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDA14 Jun 2026 (Ahad) – Latihan Jasmani Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang dia...
14/06/2026

LATIHAN JASMANI KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDA

14 Jun 2026 (Ahad) – Latihan Jasmani Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang diadakan di Dataran Kawad IPD Kuala Muda.

Latihan yang diketuai oleh DSP Mohd Naem B. Mohd Nor (KDN/KA) ini melibatkan pegawai kanan polis Dan pegawai rendah polis IPD Kuala Muda. Aktiviti yang dijalankan adalah larian sejauh 2.4 kilometer sebagai usaha meningkatkan tahap kecergasan fizikal, disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan warga IPD Kuala Muda.





TINDAKAN PENGUATKUASAAN ADUAN LUMBA HARAMSungai Petani, 11 Jun 2026 – IPD Kuala Muda telah menjalankan tindakan susulan ...
11/06/2026

TINDAKAN PENGUATKUASAAN ADUAN LUMBA HARAM

Sungai Petani, 11 Jun 2026 – IPD Kuala Muda telah menjalankan tindakan susulan terhadap aduan awam berkaitan aktiviti lumba haram di Jalan Villa Natura, Bandar Puteri Jaya. Hasil operasi, sebanyak 30 saman dikeluarkan dan 6 buah motosikal disita. IPD Kuala Muda akan terus mempergiatkan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti lumba haram.

MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS LIGHT STRIKE FORCE (L.S.F) SIRI 01/2026SUNGAI PETANI, 11 Jun 2026 – YDH. ACP Hanyan Bin Ramla...
11/06/2026

MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS LIGHT STRIKE FORCE (L.S.F) SIRI 01/2026

SUNGAI PETANI, 11 Jun 2026 – YDH. ACP Hanyan Bin Ramlan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Asas Light Strike Force (L.S.F) Siri 01/2026 di Dataran Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK), Kuala Muda.

Turut hadir YDH. DSP Mohd Naaem bin Mohamad Nor, Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) IPD Kuala Muda dan YDH. ASP Mohd Juhaisam bin Jusoh, Pegawai Turus Latihan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.




PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM DAN KEROHANIAAN .BAHAGIAN SIASATAN PENGUATKUASAAN TRAFIK DAERAH KUALA MUDA TELAH MENGADAKAN PR...
11/06/2026

PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM DAN KEROHANIAAN .
BAHAGIAN SIASATAN PENGUATKUASAAN TRAFIK DAERAH KUALA MUDA TELAH MENGADAKAN PROGRAM BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :-

Hari:- Khamis
Tarikh : 11 JUN 2026
Masa : 0800 Hrs
Tempat : Bilik Gerakan BSPT Kuala Muda
Pembimbing : Ustaz Mohd Asyraf Bin Mohd Yusuf
Bahagian Integriti & Pematuhan Standard
( Caw. Agama IPD Kuala Muda)

1. Program ini bagi memupuk semangat kerohanian dan kekuatan dalaman warga BSPT Kuala Muda.

2. Menyemai budaya kerja berlandaskan nilai integriti dan keimanan.

3. Mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan keberkatan tugasan seharian semua Warga PDRM

4. Bacaan Yassin Dan Doa Selamat dipimpin oleh Ustaz Mohd Asyraf Bin Mohd Yusuf Dari Bips IPD Kuala Muda

5. Program ini melibatkan semua Pegawai kanan, Anggota Dan Pegawai Awam BSPT Kuala Muda.

PROGRAM OSCAR BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG CHE BEMASUNGAI PETANI, 10 Jun 2026 – Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan bi...
10/06/2026

PROGRAM OSCAR BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG CHE BEMA

SUNGAI PETANI, 10 Jun 2026 – Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan bin Ramlan telah menghadiri Program OSCAR bersama komuniti Kampung Che Bema yang diadakan di Cafe Al Hidayah, Desa KEDA Che Bema.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara PDRM dan masyarakat setempat serta meningkatkan kesedaran komuniti mengenai aspek keselamatan dan pencegahan jenayah.



MAJLIS PENYAMPAIAN PERINTAH / AKTIVITI TERAKHIR DALAM HUTANMERBOK, 9 Jun 2026 – Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanya...
09/06/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN PERINTAH / AKTIVITI TERAKHIR DALAM HUTAN

MERBOK, 9 Jun 2026 – Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan bin Ramlan telah hadir ke Hutan Simpan Tupah, Merbok bagi menyaksikan Majlis Penyampaian Perintah / Aktiviti Terakhir Dalam Hutan melibatkan pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ketibaan beliau telah disambut oleh ASP Eddy Syah Rizam bin Yahaya, Jurulatih Kanan Delta Asas Pusat Latihan PGA.

HIMPUNAN ASATIZAH MUDA (HAMKA) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026SUNGAI PETANI, 9 Jun 2026 – Himpunan Asatizah Muda (HAMKA) Per...
09/06/2026

HIMPUNAN ASATIZAH MUDA (HAMKA) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

SUNGAI PETANI, 9 Jun 2026 – Himpunan Asatizah Muda (HAMKA) Peringkat Negeri Kedah 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Program ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bersama Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan yang turut memeriahkan majlis.
Ketibaan para kenamaan telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, YDH ACP Hanyan bin Ramlan .






LAPORAN LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDAMERBOK, 8 Jun 2026 –Bertempat di Masjid Jamek Al-Abidi, YDH ACP H...
08/06/2026

LAPORAN LAWATAN KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDA

MERBOK, 8 Jun 2026 –Bertempat di Masjid Jamek Al-Abidi, YDH ACP Hanyan Bin Ramlan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda bersama pegawai kanan, anggota dan pegawai awam IPD Kuala Muda telah mengadakan lawatan kebajikan serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham L/Kpl 215900 Ahmad Shafiq Bin Ahmad Shukri dari Pondok Polis Changkat, Balai Polis Nibong Tebal, IPD Seberang Perai Selatan yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 7 Jun 2026.

Dalam kejadian sama, beberapa ahli keluarga Allahyarham turut terkorban. YDH Ketua Polis Daerah Kuala Muda telah menyampaikan ucapan takziah serta memberikan sokongan moral kepada waris yang terlibat.

Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda
Sungai Petani
08000

Telephone

+6044299222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Kuala Muda:

Share