Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda
(Pengurusan Tanah: 04-7028666)
(Pengurusan Daerah: 04-7028555)

KUNJUNG HORMAT KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDA14 Jun 2026 (Ahad) - Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan bin Ramlan te...
14/06/2026

KUNJUNG HORMAT KETUA POLIS DAERAH KUALA MUDA

14 Jun 2026 (Ahad) - Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan bin Ramlan telah mengadakan kunjung hormat ke atas Pegawai Daerah Kuala Muda yang baharu Puan Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad bertempat di Pejabat Daerah Kuala Muda.

Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara PDRM dan Pejabat Daerah Kuala Muda bagi memperkukuh aspek keselamatan serta kesejahteraan masyarakat di daerah Kuala Muda.

PERJUMPAAN PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA BERSAMA WARGA KERJA PEJABAT DAERAH & TANAH KUALA MUDA
11/06/2026

PERJUMPAAN PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA BERSAMA WARGA KERJA PEJABAT DAERAH & TANAH KUALA MUDA

11/06/2026

09 Jun 2026 (Selasa)
MAJLIS SANJUNGAN BUDI TUAN PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA & TUAN KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH (PEMBANGUNAN) PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA MUDA.

SELAMAT DATANG PEGAWAI DAERAH DAN TANAH KUALA MUDAHari ini, seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda deng...
10/06/2026

SELAMAT DATANG PEGAWAI DAERAH DAN TANAH KUALA MUDA

Hari ini, seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda dengan penuh takzim menerima kehadiran dan sesi lapor diri Pegawai Daerah yang baharu.

Seluruh warga kerja mendoakan agar di bawah kepimpinan baharu ini, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda akan terus memacu kecemerlangan, memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, dan mencapai pelbagai kejayaan mampan pada masa hadapan.

Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya diucapkan.

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGASSeluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda merakamkan setinggi-tinggi ucap...
09/06/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

Seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada:

Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah Binti Syed Mohamad, AMK., BCK. sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda dan Encik Muhammad Nur Ihsan Bin Yahaya, BCK. sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) yang berkuat kuasa pada 10 Jun 2026.

Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan dedikasi yang dimiliki, akan terus membawa kecemerlangan serta memperkukuh usaha pembangunan dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat di Daerah Kuala Muda.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda

SELAMAT BERTUGAS & SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA PEGAWAI DAERAH DAN KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA​09 Jun...
09/06/2026

SELAMAT BERTUGAS & SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA PEGAWAI DAERAH DAN KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA

09 Jun 2026 (Selasa) – Seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Muda dengan penuh takzim dan rasa hiba ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah, penghargaan, dan selamat bertugas kepada dua orang pegawai kanan kami yang memulakan tugas di jabatan baharu masing-masing berkuat kuasa pada 10 Jun 2026:

​1. Tuan Azmin bin Zainol Abidin, S.D.K., A.M.K., B.C.K.
​Dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Setar yang baharu

​2. Encik Ridzuan bin Mohd. Rashid, B.C.K.
​Bertukar ke PDT Pendang sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)

​Sesungguhnya, perpindahan dan pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap dedikasi, kepimpinan, serta kecemerlangan yang telah mereka tonjolkan sepanjang berkhidmat di bawah pentadbiran PDT Kuala Muda.

Komitmen tinggi dan integriti yang dicurahkan oleh kedua-dua pegawai ini telah banyak memacu kemajuan daerah serta memberikan impak positif kepada seluruh warga kerja dan masyarakat setempat.

​Mewakili seluruh saf kepimpinan dan warga kerja PDT Kuala Muda, kami menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas segala sumbangan, khidmat bakti, bimbingan, dan acuan kepimpinan yang telah ditinggalkan. Segala budi dan jasa baik kalian akan sentiasa terpahat di dalam lipatan sejarah jabatan ini.

​Kami mendoakan agar Tuan Azmin bin Zainol Abidin dan Encik Ridzuan bin Mohd. Rashid sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan, serta dilimpahi taufik dan hidayah oleh Allah SWT demi kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Kedah Darul Aman.

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN...
31/05/2026

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku, pada 1 Jun 2026 bersamaan 14 Zulhijjah 1447H.

Patik-patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan berpanjangan dan semoga terus memayungi negara dengan kepimpinan yang adil dan berwibawa.

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H | 2026M 🌙Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha k...
26/05/2026

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H | 2026M 🌙

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada warga Kuala Muda yang diraikan.

Aidiladha bukan sekadar sambutan perayaan, malah membawa pengertian besar tentang nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kasih sayang sesama insan. Semoga semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. menjadi inspirasi kepada kita semua dalam memperkukuhkan keimanan serta memupuk perpaduan dalam masyarakat.

Dalam kemeriahan menyambut hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti syukur, mempereratkan silaturahim serta saling membantu dan menyantuni mereka yang memerlukan. Semoga setiap ibadah dan amalan yang dilaksanakan diterima serta mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

✨ Semoga Aidiladha kali ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian buat seluruh rakyat. ✨

Ikhlas daripada:
Pegawai Daerah Kuala Muda serta seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda 🤍

MESYUARAT PENYELARASAN ISU KECURIAN KABEL LAMPU JALAN DAN LAMPU ISYARAT DI DAERAH KUALA MUDA18 Mei 2026 (Isnin) - Penolo...
19/05/2026

MESYUARAT PENYELARASAN ISU KECURIAN KABEL LAMPU JALAN DAN LAMPU ISYARAT DI DAERAH KUALA MUDA

18 Mei 2026 (Isnin) - Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohammad Iqbal Bin Zainal Abidin mewakili Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Isu Kecurian Kabel Lampu Jalan dan Lampu Isyarat di Daerah Kuala Muda yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Blok A Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

Mesyuarat ini membincangkan isu kecurian kabel lampu jalan dan lampu isyarat di Daerah Kuala Muda yang menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya serta kemudahan awam dan menyelaras tindakan antara agensi berkaitan bagi memperkukuhkan langkah pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kegiatan kecurian kabel.

Selain itu, mengenal pasti lokasi berisiko tinggi serta punca berlakunya kejadian kecurian kabel bagi merangka tindakan penyelesaian yang lebih berkesan serta membincangkan cadangan penambahbaikan sistem keselamatan dan penyelenggaraan infrastruktur lampu jalan serta lampu isyarat bagi mengurangkan risiko kerosakan dan gangguan.

Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka YB Sharir Bin Long, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam YB Bau Wong, Wakil-Wakil YB, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

🖱️ Portal : https://webpdt.kedah.gov.my
💻 Facebook : https://www.facebook.com/share/tRw36KQadYyENxGr/?mibextid=qi2Omg
💻 TikTok : https://www.tiktok.com/.kuala.muda?_t=8sJqIIdxfVK&_r=1








𝑲.𝑬.𝑫.𝑨.𝑯
#𝑲𝒆𝒌𝒖𝒂𝒕𝒂𝒏
#𝑬𝒎𝒑𝒂𝒕𝒊
#𝑫𝒊𝒔𝒊𝒑𝒍𝒊𝒏
#𝑨𝒎𝒂𝒏𝒂𝒉
#𝑯𝒂𝒓𝒈𝒂𝒊

MESYUARAT PENYELARASAN ISU PELUPUSAN SAMPAH YANG TIDAK TERURUS DAN SISTEMATIK DI KAWASAN KAMPUNG18 Mei 2026 (Isnin) - Pe...
19/05/2026

MESYUARAT PENYELARASAN ISU PELUPUSAN SAMPAH YANG TIDAK TERURUS DAN SISTEMATIK DI KAWASAN KAMPUNG

18 Mei 2026 (Isnin) - Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohammad Iqbal Bin Zainal Abidin mewakili Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Isu Perlupusan Sampah Yang Tidak Terurus Dan Sistematik Di Kawasan Kampung yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Blok A Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

Mesyuarat ini membincangkan isu pelupusan sampah yang tidak terurus dan tidak sistematik di kawasan kampung bagi memastikan kebersihan kesejahteraan penduduk terpelihara serta menyelaras tindakan antara agensi berkaitan, pihak kampung dan komuniti setempat dalam usaha menangani masalah pembuangan sampah secara tidak terkawal.

Selain itu, mengenal pasti punca utama berlakunya masalah pelupusan sampah serta merangka langkah penyelesaian yang lebih berkesan dan memastikan sistem pengurusan dan pelupusan sampah di kawasan kampung dapat dilaksanakan secara lebih teratur, sistematik dan mesra alam.

Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka YB Sharir Bin Long, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam YB Bau Wong, Wakil-Wakil YB, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

🖱️ Portal : https://webpdt.kedah.gov.my
💻 Facebook : https://www.facebook.com/share/tRw36KQadYyENxGr/?mibextid=qi2Omg
💻 TikTok : https://www.tiktok.com/.kuala.muda?_t=8sJqIIdxfVK&_r=1








𝑲.𝑬.𝑫.𝑨.𝑯
#𝑲𝒆𝒌𝒖𝒂𝒕𝒂𝒏
#𝑬𝒎𝒑𝒂𝒕𝒊
#𝑫𝒊𝒔𝒊𝒑𝒍𝒊𝒏
#𝑨𝒎𝒂𝒏𝒂𝒉
#𝑯𝒂𝒓𝒈𝒂𝒊

Address

Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047028555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Muda:

Share