Majlis Perbandaran Sungai Petani

Majlis Perbandaran Sungai Petani Local Government

🏸🤝KARNIVAL SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA (MALA) 2026 🤝🏸Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) mengucapkan sel...
04/06/2026

🏸🤝KARNIVAL SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA (MALA) 2026 🤝🏸

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) mengucapkan selamat maju jaya dan selamat berjuang kepada kontinjen MPSPK yang akan mewakili majlis dalam acara Badminton dan Tarik Tali sempena Karnival Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2026 yang berlangsung pada 4 hingga 6 Jun 2026. Penyertaan ini mencerminkan semangat kesukanan, perpaduan, disiplin serta komitmen warga kerja MPSPK dalam mengharumkan nama majlis di pentas sukan kerajaan tempatan peringkat kebangsaan.

Semoga seluruh atlet dan peserta MPSPK dapat memberikan persembahan terbaik, menampilkan semangat juang yang tinggi serta menjunjung nilai kerja berpasukan sepanjang kejohanan berlangsung. Didoakan agar segala usaha, latihan dan pengorbanan yang telah dicurahkan membuahkan kejayaan serta menjadi kebanggaan kepada MPSPK dan seluruh warga Sungai Petani. Selamat berjuang dan semoga kejayaan mengiringi setiap langkah kontinjen MPSPK di Karnival Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia (MALA) 2026.





PEMASANGAN SEMULA RELING DIHEMPAP POKOK TURUT MENJADI FOKUS DALAM PELBAGAI KERJA PENYELENGGARAAN MPSPKMajlis Perbandaran...
04/06/2026

PEMASANGAN SEMULA RELING DIHEMPAP POKOK TURUT MENJADI FOKUS DALAM PELBAGAI KERJA PENYELENGGARAAN MPSPK

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) melalui Jabatan Kejuruteraan terus komited melaksanakan pelbagai kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan awam bagi memastikan keselamatan, keselesaan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Antara tumpuan utama kali ini ialah kerja pemotongan reling yang rosak dan pemasangan semula reling yang tumbang akibat dihempap pokok di Kawasan Perusahaan Sungai Tukang. Keadaan reling yang rosak bukan sahaja menjejaskan fungsi kemudahan tersebut, malah boleh mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya sekiranya tidak ditangani dengan segera. Justeru, tindakan pantas telah diambil bagi membaik pulih dan memasang semula reling yang terjejas agar kembali berfungsi dengan baik. Kerja ini mencerminkan komitmen berterusan MPSPK dalam memastikan aspek keselamatan awam sentiasa diberi keutamaan serta infrastruktur yang disediakan berada dalam keadaan selamat dan terpelihara.

Selain itu, pelbagai kerja penyelenggaraan lain turut dilaksanakan termasuk penulisan semula nama taman di Pusat Perniagaan Pekan Lama dan Taman Keranji Jaya bagi meningkatkan kejelasan paparan dan menceriakan imej kawasan. Unit Khemah p**a menjalankan kerja penyelenggaraan peralatan melibatkan aktiviti menjemur kain khemah, menyusun kerusi dan meja serta membuka khemah bagi memastikan semua kelengkapan berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan untuk pelbagai program.

Di Laman Niaga Bandar Puteri Jaya, kerja pembaikan dan penggantian lampu tandas awam yang tidak berfungsi telah dilaksanakan, manakala di Laman Niaga Taman Keladi, pemeriksaan serta pembaikan lampu koridor akibat gangguan sistem (tripping) turut dijalankan bagi memastikan pencahayaan berada pada tahap optimum dan selamat digunakan.

Dalam masa yang sama, kerja pembuangan rangka papan kenyataan yang rosak di Jalan Bakar Arang serta kerja tampalan lubang jalan di Jalan Pasar Taman Ria berhampiran Aristar Cafe dan Jalan Melor 5 Ambangan Heights turut dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan pengguna serta memastikan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan baik.

Pelaksanaan kerja-kerja ini membuktikan komitmen berterusan MPSPK dalam memastikan kemudahan awam sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk di kawasan pentadbirannya





03/06/2026

TINDAKAN PANTAS JABATAN LANDSKAP MPSPK TANGANI ADUAN POKOK TUMBANG DI TAMAN PATANI JAYA

Tindakan pantas dan responsif Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dalam menangani aduan pokok tumbang yang diterima melalui Ahli Majlis MPSPK Zon 3, Raymond Tai Kuang Tee, telah berjaya memastikan keselamatan penduduk serta kelancaran persekitaran setempat terus terpelihara.

Kejadian pokok tumbang tersebut dilaporkan berlaku di No. 9, Lorong 31, Taman Patani Jaya dan berpotensi menimbulkan risiko kepada penduduk serta pengguna jalan raya di kawasan berkenaan. Sejurus menerima aduan daripada penduduk, beliau telah menyalurkan maklumat tersebut kepada Pengarah Jabatan Landskap MPSPK Encik Muhammad Hasrun bin Ahmad kira-kira jam 2.00 petang untuk tindakan lanjut.

Susulan makluman yang diterima, pasukan Jabatan Landskap MPSPK telah segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta pengalihan pokok tumbang yang menghalang kawasan tersebut. Tindakan segera yang diambil membolehkan kerja-kerja pembersihan diselesaikan dalam tempoh kurang daripada satu jam setengah selepas aduan diterima.

Kecekapan pasukan Jabatan Landskap dalam menguruskan situasi berkenaan bukan sahaja berjaya mengurangkan risiko kemalangan dan gangguan kepada penduduk setempat, malah turut memastikan keadaan persekitaran kembali selamat dan teratur dalam masa yang singkat. Tindakan ini sekali gus mencerminkan tahap kesiapsiagaan serta komitmen tinggi warga kerja MPSPK dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada masyarakat.

Kerjasama erat antara penduduk, Ahli Majlis dan jabatan teknikal MPSPK juga memainkan peranan penting dalam memastikan setiap aduan dapat disalurkan serta ditangani dengan segera. Pendekatan ini membuktikan bahawa penyampaian perkhidmatan yang responsif mampu memberikan impak positif kepada kesejahteraan komuniti setempat.

MPSPK akan terus komited dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan serta memastikan setiap aduan awam diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya demi menjamin keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk di kawasan pentadbirannya.




MPSPK TERUS GIAT MENAMBAH BAIK KEMUDAHAN AWAM DEMI KESELESAAN DAN KESELAMATAN PENDUDUKMajlis Perbandaran Sungai Petani K...
03/06/2026

MPSPK TERUS GIAT MENAMBAH BAIK KEMUDAHAN AWAM DEMI KESELESAAN DAN KESELAMATAN PENDUDUK

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) melalui Jabatan Kejuruteraan terus melaksanakan pelbagai kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan awam bagi memastikan persekitaran yang selesa, selamat serta teratur untuk kegunaan masyarakat setempat.

Antara kerja yang sedang dilaksanakan ialah pemasangan jubin (tile) dan pintu papan lapis (plywood) di kiosk hentian bas Gurun. Kerja pemasangan jubin kini berada dalam proses pelaksanaan bagi melengkapkan kemudahan tersebut untuk kegunaan orang awam.

Bagi memastikan keadaan jalan raya sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat, kerja-kerja tampalan lubang jalan telah dilaksanakan di Jalan Utama Bandar Sri Astana serta Jalan Seruling Indah 1. Tindakan ini bertujuan meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya serta mengurangkan risiko kemalangan.

Selain itu, Unit Perparitan dan Unit Khemah turut berganding bahu dalam melaksanakan kerja-kerja membuka dan memasang khemah bagi pelbagai program yang diadakan di Taman Kelisa Ria dan Surau Al Fateh, Bandar Amanjaya. Kerjasama antara unit-unit ini membuktikan komitmen berterusan MPSPK dalam memastikan kelancaran setiap program kemasyarakatan yang dijalankan.

Dalam usaha meningkatkan aspek keselamatan pengguna jalan raya, kerja baik pulih tiang papan tanda yang telah reput turut dilaksanakan dengan menggantikan struktur yang rosak sebelum dipasang semula di lokasi asal. Langkah ini penting bagi memastikan papan tanda berada dalam keadaan kukuh dan dapat berfungsi dengan baik sebagai panduan kepada orang ramai.

MPSPK akan terus komited melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur dari semasa ke semasa demi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan penduduk di seluruh kawasan pentadbirannya sentiasa terpelihara.





USAHA TANPA HENTI MPSPK MEMASTIKAN KEMUDAHAN AWAM TERUS DITAMBAH BAIK DAN DISELENGGARAJabatan Kejuruteraan Majlis Perban...
02/06/2026

USAHA TANPA HENTI MPSPK MEMASTIKAN KEMUDAHAN AWAM TERUS DITAMBAH BAIK DAN DISELENGGARA

Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) terus komited melaksanakan pelbagai kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur awam bagi memastikan kemudahan yang disediakan sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa digunakan oleh masyarakat.

Antara kerja yang telah dilaksanakan termasuk tampalan lubang jalan di Jalan Utama Taman Berlian berhampiran lampu isyarat Taman Berlian serta di Bandar Laguna Merbok bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya. Selain itu, kerja pemasangan slep simen konkrit turut dijalankan di Jalan Mawar dan Legenda Heights bagi memudahkan laluan penduduk setempat.

Dalam aspek penyelenggaraan kemudahan awam, Unit Perparitan B telah menyiapkan 10 unit penutup longkang konkrit bersaiz 24 x 28 inci di Bengkel MPSPK untuk kegunaan kerja-kerja penyelenggaraan. Unit Perparitan A p**a melaksanakan kerja pembaikan parit pecah di Taman Suria Gurun.

Bagi meningkatkan keselamatan dan keceriaan kawasan, kerja pemasangan papan tanda berhenti serta pemotongan papan tanda lusuh dan rosak telah dilaksanakan di Bandar Amanjaya. Turut dilaksanakan ialah pembuangan pondok telefon awam lama yang tidak lagi digunakan bagi memastikan persekitaran lebih kemas dan teratur.

Kerja-kerja berkaitan pencahayaan awam turut diberi perhatian melalui pemasangan tiang baharu lampu solar di Taman Kenari dan Taman Keladi. Selain itu, pemasangan lampu dan kipas khemah telah dijalankan di Taman Kelisa Ria bagi menyokong keperluan kemudahan setempat.

MPSPK juga melaksanakan kerja baik pulih serta mengecat semula tanda nama jalan di Jalan Badlishah, mengecat huruf mercu tanda Bandar Mutiara dan mengecat Tapak Niaga Puteri Jaya bagi mengekalkan imej kawasan yang bersih, kemas dan menarik.

Pelaksanaan kerja-kerja ini membuktikan komitmen berterusan MPSPK dalam memastikan kemudahan awam sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk di kawasan pentadbirannya.





SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN...
01/06/2026

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku, pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.





🪷✨ SELAMAT HARI WESAK ✨🪷Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha yang meraikannya. Semoga sambu...
30/05/2026

🪷✨ SELAMAT HARI WESAK ✨🪷

Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha yang meraikannya. Semoga sambutan pada tahun ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan buat anda sekeluarga.

Hari Wesak merupakan hari yang penuh bermakna dalam memperingati nilai kasih sayang, kedamaian, kesederhanaan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Semoga perayaan ini menjadi ruang untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan, menyemai sikap saling menghormati serta mengeratkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

Selamat menyambut Hari Wesak dan semoga perayaan ini disambut dengan penuh keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan.





🌙 ✨SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H ✨🌙Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaa...
26/05/2026

🌙 ✨SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H ✨🌙

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama keluarga, jiran tetangga serta masyarakat.

Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang tinggi kepada Allah SWT. Semoga ibadah qurban yang dilaksanakan menjadi lambang kesyukuran, keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Semoga setiap amalan dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta dikurniakan ganjaran dan rahmat oleh Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat menunaikan ibadah qurban.





📢 HEBAHAN OPERASI PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH 📢Dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat dan seluruh cawangan Ma...
26/05/2026

📢 HEBAHAN OPERASI PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH 📢

Dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat dan seluruh cawangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah akan ditutup bermula 27 Mei 2026 hingga 1 Jun 2026 bersempena cuti umum dan cuti yang telah ditetapkan seperti berikut:

🕌 27 Mei 2026 – 28 Mei 2026 : Hari Raya Aidiladha
🪷 31 Mei 2026 : Hari Wesak
👑 01 Jun 2026 : Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Sehubungan itu, segala urusan di kaunter perkhidmatan MPSPK sepanjang tempoh tersebut akan ditangguhkan sementara dan akan kembali beroperasi seperti biasa selepas tamat tempoh cuti berkenaan.

📌 Pejabat dan kaunter perkhidmatan MPSPK akan kembali beroperasi semula pada 02 Jun 2026 (Selasa).

Walau bagaimanapun, orang awam masih boleh menggunakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan secara dalam talian seperti berikut:

💳 Bayaran bil cukai taksiran boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi SpaceMPSPK, kiosk pembayaran layan diri serta perbankan internet bagi memudahkan urusan pembayaran sepanjang tempoh penutupan operasi pejabat.📱 Muat turun aplikasi SpaceMPSPK:
App Store : https://apps.apple.com/us/app/space-mpspk/id6503081880
Google Play : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.mpspk.space

📝 Orang awam disarankan untuk mengemukakan aduan berkaitan perkhidmatan majlis melalui Portal e-Aduan MPSPK berbanding talian WhatsApp bagi memudahkan urusan semakan serta tindakan lanjut sepanjang tempoh penutupan operasi pejabat.
E-Aduan : https://eaduan.mpspk.gov.my/

🌐 Segala perkhidmatan dalam talian seperti berikut juga boleh dilayari melalui platform yang disediakan:
OSC 3 Plus : https://osc3plus.kpkt.gov.my/
e-tempahan : https://space.mpspk.gov.my/
GISMPSPK2U : http://gis.mpspk.gov.my:8008/mapguide/geoespi/index.php
Hasil Online : https://hasilonline.mpspk.gov.my/login.php
e-Billing : https://mpspk.estatementinfo.com.my/

Pihak MPSPK memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kerjasama serta perhatian semua pihak sepanjang tempoh penutupan ini.

Terima kasih.





PELBAGAI KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR DILAKSANAKAN Bagi memastikan kemudahan awam sentiasa berada d...
26/05/2026

PELBAGAI KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR DILAKSANAKAN

Bagi memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa digunakan, Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) terus melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur di beberapa lokasi sekitar kawasan pentadbiran MPSPK.

Antara kerja yang telah dilaksanakan termasuk penurapan premix di kawasan Replika Mesin Padi Tikam Batu, kerja membuat lubang saliran dan pemasangan grating di Padang MPSPK serta kerja tampalan lubang jalan di Taman Ria Jaya, Jalan Pengkalan dan Taman Patani Jaya bagi memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya.

Selain itu, kerja pembinaan konkrit bagi membaiki parit runtuh turut dilaksanakan di Lorong 5, Taman Universiti melibatkan semua Unit Perparitan A-B. Kerja pemasangan papan cantik di Taman Kampung Raja juga telah dijalankan susulan kerosakan akibat kemalangan semasa kerja penurunan batu.

Bagi penyelenggaraan lampu dan pencahayaan awam, kerja pembaikan tiang lampu, kabel talian atas, DB Board/feeder pillar serta pemeriksaan lampu jalan telah dilaksanakan di beberapa lokasi termasuk Taman Cendana, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Jaya, Taman Berangan, Taman Angsana dan Taman Sejati.

Kerja-kerja pembaikan lampu turut dilaksanakan di Galeri Tsunami, Monumen Tsunami dan Medan Selera Pantai Merdeka, manakala kerja membasuh papan tanda sebelum proses pengecatan semula telah dijalankan di Taman Sutera Idaman dan Bengkel MPSPK.

MPSPK akan terus komited dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur awam secara berterusan bagi memastikan persekitaran bandar sentiasa berada dalam keadaan selamat, teratur dan kondusif. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk setempat, malah turut mencerminkan komitmen MPSPK dalam menyediakan kemudahan awam yang berkualiti demi kesejahteraan komuniti serta pembangunan bandar yang lebih mampan dan sejahtera.





Address

Menara MPSPK, Jalan Patani
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044296666

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Sungai Petani:

Share