Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantri

Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantri 6 SSB

6 SSB merupakan pas**an bantuan tempur yang bertanggungjawab merancang, menyedia, mengendali dan menyelenggara keperluan komunikasi kepada Markas 6 Briged dan pas**an di bawah naungan 6 Briged bagi mendukung semua operasi di bawah KTJ 6 Briged.

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝟔 𝐒𝐒𝐁 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓SUNGAI PETANI, 31 Mei 2025 – Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT 6 Skuadron SSB ...
11/06/2025

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝟔 𝐒𝐒𝐁 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

SUNGAI PETANI, 31 Mei 2025 – Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT 6 Skuadron SSB bagi tahun 2025 telah dirasmikan oleh Ketua Skuadron 6 SSB, Lt Kol Zaid bin Ishak, sebagai Penasihat BAKAT 6 SSB. Mesyuarat berlangsung di Bilik Darjah Pas**an dan dihadiri seramai 48 ahli BAKAT.

Dalam ucapan perasmiannya, Lt Kol Zaid mengimbas kembali sejarah penubuhan serta peranan penting BAKAT dalam menyokong kehidupan para isteri anggota tentera. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli BAKAT yang telah memberi kerjasama padu kepada Pengerusi BAKAT 6 SSB, Puan Normaziah binti Abu Bakar, dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi BAKAT 6 SSB, Puan Normaziah binti Abu Bakar yang turut hadir secara atas talian. Beliau menyeru semua ahli agar terus komited dan aktif menyertai setiap aktiviti yang dirancang. Beliau turut menegaskan bahawa kebajikan ahli serta keluarga anggota akan menjadi keutamaan BAKAT 6 SSB pada masa akan datang. Mesyuarat kemudian diteruskan oleh Naib Pengerusi BAKAT, Puan Nashasha binti Miskon.

Sebagai menghargai jasa dan komitmen ahli, sesi penyampaian cenderahati turut diadakan kepada ahli BAKAT yang suami akan bersara dari perkhidmatan.

Majlis kali ini turut dimeriahkan dengan upacara Pemakaian Pangkat bagi Kpl Muhammad Nadhir bin Bahari yang dinaikkan pangkat sebagai Pemangku Sarjan. Pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Ketua Skuadron bersama isteri anggota sebagai simbol sokongan moral daripada pihak keluarga, selaras dengan peranan isteri dalam memperkukuh kerjaya suami melalui platform BAKAT.

Pengerusi BAKAT 6 SSB menzahirkan harapan agar seluruh ahli terus berganding bahu dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul, sekali gus mengangkat imej serta kredibiliti BAKAT 6 SSB ke tahap yang lebih tinggi.

31/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Semoga hari yang mulia ini membawa kebahagiaan, kedamaian, dan keberkatan kepada kita semua.

Di kesempatan ini, marilah kita saling bermaafan dan mengeratkan silaturahim. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna bersama keluarga dan sahabat tersayang.

Maaf Zahir & Batin. 🌙✨

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈, 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐀𝐍SUNGAI PETANI...
26/03/2025

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈, 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐀𝐍

SUNGAI PETANI, 25 Mac 25 - Seramai 1 Peg dan 30 anggota LLP telah terlibat di dalam Perbarisan Perutusan Hari Raya Aidilfitri dan Pemakaian Pangkat Anggota.

Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Ketua Skuadron, Lt Kol Zaid bin Ishak, menerima tabik hormat dan nyanyian lagu Rejimen Semboyan Diraja. Ketua Skuadron kemudian telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat anggota yang melibatkan 7 anggota.

Ketua Skuadron dalam ucapannya mengingatkan semua anggota agar sentiasa menjaga keselamatan terutamanya di atas jalan raya pada musim perayaan ini. Selain itu, beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat.

Kemudian, diadakan pemeriksaan kenderaan ke atas kenderaan anggota bagi memastikan kenderaan anggota dalam keadaan selamat untuk perjalanan jarak jauh, sekaligus menjaga kebajikan anggota dengan mengelakkan insiden tidak diingini.

Pemeriksaan merangkumi dokumen seperti MyJPJ, MyTentera, lesen memandu, cukai jalan, dan rekod servis kenderaan. Selain itu fizikal kenderaan seperti tayar, lampu isyarat, lampu kecemasan dan minyak enjin juga dititikberatkan.

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟔 𝐒𝐒𝐁SUNGAI PETANI, 26 Feb 25 – Pas**an Skuadron S...
01/03/2025

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟔 𝐒𝐒𝐁

SUNGAI PETANI, 26 Feb 25 – Pas**an Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantri telah membuat lawatan bagi program membaca dalam kalangan anggota tentera bertempat di Perpustakaan Taman Jubli, Sungai Petani, Kedah.

Seramai 3 Pegawai dan 20 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam hari pengajian tersebut. Objektif Hari Pengajian ini bertujuan untuk meingkatkan lagi tahap s**a membaca dalam kalangan anggota tentera. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderhati oleh Pegawai Pemerintah pas**an iaitu Lt Kol Zaid bin Ishak kepada Puan Faridah binti Mansor sebagai tanda penghargaan.

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐈𝐍𝐃𝐈𝐕𝐈𝐃𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌 (𝐋𝐌𝐈𝐓) 𝟔 𝐒𝐒𝐁SUNGAI PETANI, 21 Feb 25 – Pas**an Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantr...
01/03/2025

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐈𝐍𝐃𝐈𝐕𝐈𝐃𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌 (𝐋𝐌𝐈𝐓) 𝟔 𝐒𝐒𝐁

SUNGAI PETANI, 21 Feb 25 – Pas**an Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantri telah melaksanakan Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) bermula pada 18 Feb sehingga 21 Feb 25 bertempat di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah. Tujuan pelaksanaan latihan adalah bagi menguji kemahiran individu anggota dalam pengendalian senjata dan ketepatan menembak ke sasaran.

Selain itu, latihan ini juga dilaksanakan bagi memenuhi Protap Latihan bagi menentukan tahap kesiagaan anggota berada di tahap yang tertinggi. Pelaksanaan latihan ini telah diketuai oleh Pegawai Pemerintah pas**an iaitu Lt Kol Zaid bin Ishak. Seramai 4 pegawai dan 59 anggota lain-lain pangkat telah terlibat dalam melaksanakan Latihan Menembak Individu dan Tim bagi tahun 2025.

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐆𝐆𝐄𝐑𝐈𝐒 𝟔 𝐒𝐒𝐁 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓SUNGAI PETANI, 13 Feb 25 – Hari Pengajian Bahasa Inggeris Skuadron Sembo...
26/02/2025

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐆𝐆𝐄𝐑𝐈𝐒 𝟔 𝐒𝐒𝐁 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓

SUNGAI PETANI, 13 Feb 25 – Hari Pengajian Bahasa Inggeris Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantri (6 SSB) Siri 1/2025 telah diadakan di Bilik Gerakan 6 SSB berkekuatan seramai 3 Pegawai dan 37 anggota LLP. Pas**an telah menjemput penceramah bertauliah daripada Aims University iaitu Puan Vigneswari a/p Murugan untuk memberikan kelas Bahasa Inggeris kepada warga 6 SSB.

Program seperti ini dirancang kerana melihat kepada kepentingan Bahasa Inggeris dalam dunia professional dan peringkat antarabangsa. Oleh itu, penganjuran kelas ini adalah salah satu sokongan dalam Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Peringkat 6 Briged bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan warga 6 SSB. Tambahan p**a, Bahasa Inggeris mampu membina rangkaian profesional di peringkat global dengan menyertai persidangan antarabangsa di mana Bahasa Inggeris adalah bahasa utama.

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃𝐑𝐎𝐍 𝟔 𝐒𝐒𝐁 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓SUNGAI PETANI, 10 Feb 25 – Perbarisan Ketua Skuadron telah dilaksanakan di Pa...
26/02/2025

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃𝐑𝐎𝐍 𝟔 𝐒𝐒𝐁 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓

SUNGAI PETANI, 10 Feb 25 – Perbarisan Ketua Skuadron telah dilaksanakan di Padang Kawad Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantri (6 SSB). Perbarisan ini terdiri daripada 4 Pegawai dan 44 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Rohaya binti Ahamat, Ketua Trup Komunikasi selaku Ketua Perbarisan.

Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Ketua Skuadron menerima tabik hormat dan nyanyian lagu Rejimen Semboyan Diraja. Dalam ucapan beliau, Ketua Skuadron telah berpesan kepada semua anggota untuk tidak terlibat dengan pengambilan dadah, ketum, dan unsur-unsur yang seumpama dengannya dan menyeru kepada seluruh warga agar bersama melindungi dan membenteras gejala dadah dan ketum daripada terus menular di pas**an ini. Beliau juga berpersan untuk melaksanakan tugas dan tanggugjawab terhadap keluarga masing-masing.

Majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Kebajikan Ketua Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantri Siri 4/2024 pada jam 1000 dan berakhir pada jam 1230 di Bilik Gerakan 6 SSB. Tujuan mesyuarat Kebajikan diadakan di peringkat pas**an adalah untuk membincangkan berkaitan Kebajikan anggota dan membuat penambahbaikan terhadap usul yang telah dicadangkan agar pentadbiran pas**an sentiasa berada di tahap unggul.

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟔 𝐒𝐒𝐁 𝐊𝐄 -𝟓𝟓SUNGAI PETANI, 3 Feb 25 – Perbarisan Hari Ulang Tahun 6 SSB ke-55 telah dilaksan...
26/02/2025

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟔 𝐒𝐒𝐁 𝐊𝐄 -𝟓𝟓

SUNGAI PETANI, 3 Feb 25 – Perbarisan Hari Ulang Tahun 6 SSB ke-55 telah dilaksanakan di Padang Kawad Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantri (6 SSB). Perbarisan ini terdiri daripada 3 Pegawai dan 40 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Rohaya binti Ahamat, Ketua Trup Komunikasi selaku Ketua Perbarisan. Turut hadir wakil dari Persatuan Veteran RSD Cawangan Kedah seramai 12 orang.

Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Ketua Skuadron menerima tabik hormat dan nyanyian lagu Rejimen Semboyan Diraja. Majlis diteruskan dengan pembacaan ucapan dari Ketua Skuadron sempena HUT pas**an 6 SSB ke-55. Seterusnya, penyerahan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 kepada 8 orang anggota yang mempamerkan kerja yang berkualiti kepada pentadbiran pas**an.

Dalam ucapan beliau, Ketua Skuadron telah berpesan kepada semua anggota supaya menanamkan keazaman untuk menjadi yang terbaik buat diri sendiri, keluarga, dan perkhidmatan. Program diteruskan lagi dengan jamuan makan dan sesi memotong kek sempena hari ulang tahun 6 SSB Ke-55 bersama dengan seluruh warga 6 SSB dan Persatuan Veteran RSD yang hadir. Acara rejimental seperti ini mampu meningkatkan moral dan semangat anggota dalam melaksanakan tugas serta mendorong anggota untuk lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝟔 𝐒𝐒𝐁 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓SUNGAI PETANI, 21 Jan 25 - Seramai 46 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah t...
13/02/2025

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝟔 𝐒𝐒𝐁 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓

SUNGAI PETANI, 21 Jan 25 - Seramai 46 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Tadbir di Padang Kawad pas**an yang diketuai oleh Sarjan Mejar Skuadron (SMS), SSjn Mohd Ariffin bin Husin. Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu RSD dan pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Tadbir, Lt M Nurriza Syafiqah binti Mohd Rozali. Perbarisan diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada Pegawai Tadbir.

Dalam ucapan, beliau mengingatkan anggota pas**an agar terus berganding bahu dalam mendokong hala tuju skuadron ini. Kesatuan dan komitmen yang tinggi mampu membuktikan Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantri dapat menunaikan setiap tanggungjawab dan tugasan yang diberikan di peringkat 6 Briged, sebagai Pas**an Bantuan Tempur yang utuh dan mampan. Beliau juga menyeru kepada semua agar komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta Bersama-sama memberikan komitmen yang jitu dalam aspek samada gerakan, pentadbiran, dan logistik.

Majlis diakhiri dengan acara bergambar Pegawai Tadbir bersama anggota LLP yang hadir pada perbarisan tersebut. Pelaksanaan perbarisan ini merupakan salah satu aktiviti rejimental dalam mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR).

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃𝐑𝐎𝐍 𝟔 𝐒𝐒𝐁 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓SUNGAI PETANI, 15 Jan 25 - Perbarisan SMS 6 SSB bagi tahun 2025 telah ...
13/02/2025

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃𝐑𝐎𝐍 𝟔 𝐒𝐒𝐁 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓

SUNGAI PETANI, 15 Jan 25 - Perbarisan SMS 6 SSB bagi tahun 2025 telah berlangsung pada 15 Jan 2025 pada jam 0800H. Perbarisan tersebut berkekuatan 42 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh SSjn Mohd Ariffin bin Husin. Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Rejimen Semboyan Diraja seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh SMS.

SSjn Mohd Ariffin bin Husin, SMS juga mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit ucapan dan kata – kata semangat sebelum selesai acara perbarisan. Di dalam ucapannya, beliau menekankan agar semua lapisan anggota warga skuadron ini memupuk dan memiliki tahap displin anggota supaya kekal ke tahap yang tinggi. Beliau menyeru agar semua anggota memupuk semangat yang tinggi dalam diri disamping menanam sifat setia kepada pemimpin dan pas**an agar keutuhan pas**an akan lebih terjamin.

Beliau juga menyeru agar semua anggota bersama-sama berganding bahu agar Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantri bergerak maju dan terus menempa kejayaan demi kejayaan dari masa ke semasa dengan meningkatkan prestasi pentadbiran dan pengurusan di pas**an melalui penguatkuasaan arahan-arahan dan perintah-perintah yang telah dikeluarkan oleh perkhidmatan.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐈𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐓𝐓𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝟔 𝐒𝐒𝐁SUNGAI PETANI, 8 Jan 25: Kelab D'Layar Bistro...
14/01/2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐈𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐓𝐓𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝟔 𝐒𝐒𝐁

SUNGAI PETANI, 8 Jan 25: Kelab D'Layar Bistro telah menganjurkan Majlis Meraikan PTTK bersara dan bertukar keluar bertempat di Hotel Park Avenue, Sungai Petani. Anggota yang diraikan terdiri daripada anggota yang akan bertukar keluar dan tamat perkhidmatan.

Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk merayakan dan menghargai dedikasi serta sumbangan bakti anggota selama berkhidmat di pas**an 6 SSB. Majlis dibuka dengan acara bergambar bersama dengan Lt Kol Zaid bin Ishak, Ketua Skuadron 6 SSB dan kemudian menjamu hidangan makan tengahari yang telah disediakan.

Acara ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada PTTK yang bertukar keluar dan telah tamat perkhidmatan yang disempurnakan oleh Ketua Skuadron.

𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻𝑨𝑵 𝑭𝑨𝑴𝑰𝑳𝒀 𝑫𝑨𝒀 𝑷𝑨𝑺𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑺𝑲𝑼𝑨𝑫𝑹𝑶𝑵 𝑺𝑬𝑴𝑩𝑶𝒀𝑨𝑵 𝑩𝑹𝑰𝑮𝑬𝑫 𝑲𝑬𝑬𝑵𝑨𝑴SUNGAI PETANI, 23 Nov 24: Seramai kira-kira 300 peserta terdi...
14/01/2025

𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻𝑨𝑵 𝑭𝑨𝑴𝑰𝑳𝒀 𝑫𝑨𝒀 𝑷𝑨𝑺𝑼𝑲𝑨𝑵 𝑺𝑲𝑼𝑨𝑫𝑹𝑶𝑵 𝑺𝑬𝑴𝑩𝑶𝒀𝑨𝑵 𝑩𝑹𝑰𝑮𝑬𝑫 𝑲𝑬𝑬𝑵𝑨𝑴

SUNGAI PETANI, 23 Nov 24: Seramai kira-kira 300 peserta terdiri daripada pegawai, staf, jurulatih, dan bersama ahli keluarga telah menjayakan Majlis Family Day bertempat di Penang Golf Resort.

Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk memberikan ruang kepada seluruh warga 6 SSB untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang dirancang, untuk saling kenal-mengenali serta mampu untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga anggota. Program ini juga bertujuan untuk menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui akiviti-aktiviti yang dijalankan.

Family Day yang julung-julung kali diadakan dimulakan dengan acara bergambar di pintu masuk utama Penang Golf Resort dengan gimik memanah belon oleh Lt Kol Zaid bin Ishak, Ketua Skuadron 6 SSB sebagai tanda perasmian majlis.

Acara dimulakan dengan tarian senamrobik bersama maskot sebelum acara s**aneka yang melibatkan warga 6 SSB dan anak-anak turut diadakan. Kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta melakukan aktiviti mandi kolam dengan pemantauan ibu bapa masing-masing. Aktiviti diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang dari setiap kategori permainan dan penyampaian hadiah bagi cabutan bertuah.

Address

Kem Sg Layar
Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Skuadron Semboyan Briged Keenam Infantri:

Share