19 RAMD Mekanize

19 RAMD Mekanize Batalion Kesembilan Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Kem Lapangan Terbang, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

SEKALUNG TAHNIAHSekalung Tahniah diucapkan kepada PW1 Mohd Adlehazrizal bin Ahmad, Kompeni Sarjan Mejar Jurulatih 19 RAM...
12/04/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Sekalung Tahniah diucapkan kepada PW1 Mohd Adlehazrizal bin Ahmad, Kompeni Sarjan Mejar Jurulatih 19 RAMD (Mek) atas pemakaian pangkat Pegawai Waran 1. Sesungguhnya kenaikan pangkat ini adalah satu pengiktirafan terhadap usaha, dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan.

Ikhlas daripada,

Lt Kol Mohd Mustaqiim bin Zolkifflee, Pegawai Memerintah dan seluruh Warga Penggempur Harimau Besi.

'TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA'
'19 MECH NEXT TO NONE'

SALAM AIDILFITRI DARIPADA PENGGEMPUR HARIMAU BESIRamadan telah membentuk disiplin, ketahanan diri dan ketakwaan dalam se...
20/03/2026

SALAM AIDILFITRI DARIPADA PENGGEMPUR HARIMAU BESI

Ramadan telah membentuk disiplin, ketahanan diri dan ketakwaan dalam setiap jiwa. Setiap pengorbanan, kesabaran dan ibadah yang dilaksanakan menjadi asas kekuatan untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan keikhlasan.

Syawal hadir sebagai simbol kemenangan melawan hawa nafsu serta memperkukuh keimanan. Aidilfitri ini menjadi ruang untuk mempereratkan silaturahim dan mengukuhkan semangat kebersamaan dalam pasukan.

Lt Kol Mohd Mustaqiim bin Zolkifflee, Pegawai Memerintah, bersama seluruh warga penggempur Harimau Besi, dengan penuh keikhlasan mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

"TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA"
"19 MECH NEXT TO NONE"

PECUTAN IHYA’ RAMADAN HARIMAU BESISUNGAI PETANI, 13 Mac 26 – Lt Kol Mohd Mustaqiim bin Zolkifflee, Pegawai Memerintah be...
14/03/2026

PECUTAN IHYA’ RAMADAN HARIMAU BESI

SUNGAI PETANI, 13 Mac 26 – Lt Kol Mohd Mustaqiim bin Zolkifflee, Pegawai Memerintah bersama seluruh warga Harimau Besi telah melaksanakan program Qiamullail yang bertempat di Garaj KJA Kompeni Bantuan sebagai pecutan akhir dalam memperbanyakkan ibadah sebelum Ramadan Al-Mubarak melabuhkan tirai.

Semoga pengisian program ini dapat meningkatkan kekuatan rohani para Penggempur Harimau Besi dalam menggalas amanah negara dan semoga pasukan ini sentiasa bersama lembayung rahmat Allah Subhanahu wataala.

"TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA"
"19 MECH NEXT TO NONE"





HARIMAU BESI SEMARAKKAN IHYA’ RAMADAN: MAJLIS KHATAM AL-QURAN, IFTAR DAN TARAWIHSUNGAI PETANI, 12 Mac 26 – Batalion Ke-1...
13/03/2026

HARIMAU BESI SEMARAKKAN IHYA’ RAMADAN: MAJLIS KHATAM AL-QURAN, IFTAR DAN TARAWIH

SUNGAI PETANI, 12 Mac 26 – Batalion Ke-19 RAMD (Mek) telah melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran, Iftar dan Solat Tarawih di Garaj KJA bagi menghidupkan pengisian ibadah sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohd Mustaqiim bin Zolkifflee serta dihadiri oleh Veteran Harimau Besi, Ahli BAKAT dan warga pasukan dalam suasana penuh keberkatan dan semangat kekeluargaan.

Program dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang melibatkan 40 pegawai dan anggota serta 10 ahli BAKAT yang menyertai Program Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadan. Majlis kemudian diteruskan dengan berbuka puasa, Solat Maghrib, Solat Isya’ dan Solat Tarawih yang dipimpin oleh Pegawai Agama Pasukan, Lt (Ust) Mohammad Asyraf bin Zakawi.

Seusai solat, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta Tadarus Al-Quran sebagai penghargaan atas komitmen mereka mengimarahkan Ramadan.

“TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA”
“19 MECH NEXT TO NONE”





09/03/2026
Salam Nuzul Al-Quran 1447HSempena memperingati peristiwa agung turunnya Al-Quran, marilah kita bersama-sama menghayati m...
07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H

Sempena memperingati peristiwa agung turunnya Al-Quran, marilah kita bersama-sama menghayati makna, hikmah dan petunjuk yang terkandung di dalamnya sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Semoga Ramadan kali ini terus menyemarakkan keimanan, memperkukuh integriti serta memantapkan semangat kebersamaan dalam setiap amanah yang dipikul.

Ikhlas daripada,
Pegawai Memerintah
Dan seluruh warga Penggempur Harimau Besi.

'TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA'
'19 MECH NEXT TO NONE'

SELAMAT HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT KE-93Di sebalik setiap langkah dan tugas yang digalas, tersemat tekad yang tidak ...
28/02/2026

SELAMAT HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT KE-93

Di sebalik setiap langkah dan tugas yang digalas, tersemat tekad yang tidak pernah padam iaitu tekad untuk menang demi maruah dan tanah air. Kekuatan sebenar bukan hanya pada senjata, tetapi pada hati yang setia dan semangat yang menyala dalam setiap warga Penggempur Harimau Besi.

Ikhlas Daripada,

Lt Kol Mohd Mustaqiim bin Zolkifflee, Pegawai Memerintah 19 RAMD (Mek) dan Seluruh Warga Penggempur Harimau Besi.

"GAGAH SETIA"
"TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA"
"19 MECH NEXT TO NONE"





SALAM RAMADAN 1477H Lt Kol Mohd Mustaqiim bin Zolkifflee, Pegawai Memerintah, bersama seluruh Warga Penggempur Harimau m...
18/02/2026

SALAM RAMADAN 1477H

Lt Kol Mohd Mustaqiim bin Zolkifflee, Pegawai Memerintah, bersama seluruh Warga Penggempur Harimau menzahirkan ucapan Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H.

Semoga bulan yang mulia ini menjadi medan memperkukuh iman, membersih jiwa, dan mengukuhkan lagi semangat ukhuwah serta disiplin dalam setiap amanah yang dipikul, semoga segala ibadah diterima, diberkati, dan kita semua terus dikurniakan kekuatan untuk berkhidmat dengan penuh keikhlasan demi agama, bangsa dan negara.

"TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA"
"19 MECH NEXT TO NONE"

PELAKSANAAN SOLAT SUNAT DHUHA DAN BACAAN TAHLIL SEMPENA MEMPERINGATI PERISTIWA BUKIT CHANDUSUNGAI PETANI, 14 Februari 20...
16/02/2026

PELAKSANAAN SOLAT SUNAT DHUHA DAN BACAAN TAHLIL SEMPENA MEMPERINGATI PERISTIWA BUKIT CHANDU

SUNGAI PETANI, 14 Februari 2025 - Solat Sunat Dhuha dan Bacaan Tahlil Regimental sempena memperingati Peristiwa Bukit Chandu telah diadakan di Surau Pasukan 19 RAMD (Mek). Program Bacaan Tahlil ini bertujuan untuk menghayati nilai-nilai perjuangan para perwira terdahulu, di samping memperkukuh jati diri, disiplin serta semangat setia kawan dalam kalangan warga pasukan.

Pertempuran Bukit Chandu pada 14 Februari 1942 menjadi simbol keberanian, pengorbanan dan keteguhan semangat juang Rejimen Askar Melayu Diraja dalam mempertahankan kedaulatan tanah air. Peristiwa Bukit Chandu bukan sekadar catatan sejarah, tetapi menjadi sumber inspirasi tentang harga sebuah kemerdekaan dan tanggungjawab mempertahankannya.

Majlis ini turut menjadi wadah untuk mendoakan kesejahteraan roh para perwira yang telah gugur dalam mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara, agar pengorbanan mereka sentiasa dikenang dan dihargai oleh generasi pewaris hari ini.

Seiring dengan itu, seluruh warga Pasukan 19 RAMD (Mek) menzahirkan tekad untuk terus kekal teguh, berdisiplin dan taat setia dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, serta beriltizam mempertahankan kedaulatan negara dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan semangat juang yang tidak berbelah bahagi.

"TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA"
"19 MECH NEXT TO NONE"





DUA TAHUN MENGGALAS AMANAH,MENGEKALKAN KEGAGAHAN KETUMBUKAN MEKANIZESekalung tahniah diucapkan kepada YBhg Brig Jen Dato...
04/02/2026

DUA TAHUN MENGGALAS AMANAH,
MENGEKALKAN KEGAGAHAN KETUMBUKAN MEKANIZE

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg Brig Jen Dato' Wan Mohd Faizal Shahrin bin W.Mohamad Fablillah, atas dua tahun pemerintahan sebagai Panglima 4 Bgd (Mek).

Ikhlas daripada,

Lt Kol Mohd Mustaqiim bin Zolkifflee, Pegawai Memerintah dan seluruh Warga Penggempur Harimau Besi.

"TANGKAS PERKASA"
"TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA"
"19 MECH NEXT TO NONE"





SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PANGLIMA MEDAN BARAT TENTERA DARAT KE-26Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lt Jen Dato' Kh...
03/02/2026

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PANGLIMA MEDAN BARAT TENTERA DARAT KE-26

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lt Jen Dato' Khairul Azmizal bin Ahmad Natal atas pemakaian pangkat Leftenan Jeneral, sekali gus dilantik sebagai Panglima Medan Barat Tentera Darat Ke-26.

Ikhlas daripada,

Lt Kol Mohd Mustaqiim bin Zolkifflee, Pegawai Memerintah dan seluruh Warga Penggempur Harimau Besi.

"TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA"
"19 MECH NEXT TO NONE"





SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE-24Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jeneral Datuk Haji Malek...
03/02/2026

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE-24

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman atas pemakaian pangkat Jeneral, sekali gus dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-24.

Ikhlas daripada,

Lt Kol Mohd Mustaqiim bin Zolkifflee, Pegawai Memerintah dan seluruh Warga Penggempur Harimau Besi.

"TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA"
"19 MECH NEXT TO NONE"





Address

Kem Lapangan Terbang
Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 19 RAMD Mekanize posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share