11/05/2026
Pada 10 Mei 2026 (Ahad), jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, telah berlangsung Program Gotong-Royong Membersihkan Model Anatomi anjuran Gerakerja Sukarelawan dan Khidmat Komuniti ILKKM Sungai Buloh (S**A) bertempat di Bilik Kuliah 8, ILKKM Sungai Buloh.
Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anggota S**A mengenai kepentingan kebersihan dan kekemasan, di samping memupuk sikap tanggungjawab dalam menjaga aset kerajaan. Selain itu, aktiviti ini turut berjaya menerapkan nilai kerjasama dan semangat tolong-menolong dalam kalangan sukarelawan, di samping meningkatkan kemahiran komunikasi, soft skills serta sikap prihatin terhadap rakan-rakan.
Seramai 30 orang sukarelawan telah terlibat dalam menjayakan program ini, terdiri daripada Nur Rahimi Afzan bin Yusri, Sitti Hafizah Nur Syakirah binti Hamkah, Muhammad Najib Fahmi Lee bin Mohammad Hadi, Nuralya Nadira binti Khairani, Muhammad Amsyar Haikal bin Zamzuri, Hazarith Syafeena binti Minamin, Muhammad Naqiuddin bin Mohd Nazeri, Mohammad Zulhilmi Saifuddin bin Zulkipli, Nur Ameera Nadia binti Masnim, Hanim Najwa binti Helmi, Nur Natasha binti Ramli, Noor Aliff Daniel bin Noorshameer, Alya Syafiqah binti Abdul Syafiq Kintu, Arieynatul Afiefah binti Mohammad Khaiful Nizam, Nur Anis Ayuni binti Suhaimi, Puteri Nur Affiny binti Zulzakry, Nur Alieya Najieha binti Abdullah, Azlan bin Ani, Aniq bin Ariffin, Muhammad Aiman bin Mohd Jamal, Mohammad Adlee Razif bin Mohammad Ramlee, Muhammad Taufiq Firdaus bin Mat Hussin, Muhammad Raimi Hadrami bin Raini, Nur Aidila Safia binti Shouhaimi, Nur Anastasya binti Tiod, Nur Ain Nafisa binti Hairi, Nur Iman Najwa binti Abd Aziz, Nur Shazriza binti Mohd Shafie dan Mohammad Hazim bin Humur.
Program ini telah diketuai oleh Muhammad Aidil Asyraf bin Mohd Helmi, Pelatih Program Fisioterapi selaku Pengarah Program, dengan bimbingan Puan Suria binti Mohammed Shahid, Pengajar Program Sains Perubatan Asas.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua sukarelawan yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memupuk budaya kebersihan, semangat kesukarelawanan dan rasa tanggungjawab dalam kalangan warga ILKKM Sungai Buloh.