PIBG Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sg Buloh

PIBG Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sg Buloh Halaman makluman aktiviti-aktiviti PIBG & sekolah

Ibu-bapa & Guru yang hadir bakal berpeluang mendapat pelbagai perkakasan elektrik dari cabutan bertuah yang diadakan nan...
27/02/2026

Ibu-bapa & Guru yang hadir bakal berpeluang mendapat pelbagai perkakasan elektrik dari cabutan bertuah yang diadakan nanti.

Jemput datang beramai-ramai ya 👌

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21, SK SAUJANA UTAMA IJOKKehadiran tuan/puan amat dialu-alukan sebagai ...
27/02/2026

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21, SK SAUJANA UTAMA IJOK

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa pendidikan anak-anak kita di SKSU.

Perhatian,perhatian, perhatian !📣📣📣Makluman semua bukan sekadar baju² Hari Raya... Uniform sekolah Rendah & Menengah jug...
23/01/2026

Perhatian,perhatian, perhatian !📣📣📣

Makluman semua bukan sekadar baju² Hari Raya... Uniform sekolah Rendah & Menengah juga ada masih elok & baru..

Item menarik :
- Baju kemeja Putih/Biru lelaki
- Seluar slack lelaki
- Baju kurung Putih/Biru Perempuan
- Tudung Sekolah/kelab/Pesatuan
- Bag Sekolah
- Kasut Sekolah
- Baju Persatuan/Kelab/Sukan

Jemput beramai² ambil apa sahaja yang dikira perlu bagi seisi keluarga yang memerlukan..

War² pada kawan,jiran & keluarga moga memberi manfaat kepada yang memerlukan..tiada bayaran pun😍..

Jumpa Kami skuad sukarelawan PIBKS & PIBG SKSU, kami menantikan kehadiran anda

13/01/2026
Assalamualaikum dan selamat sejahtera*MAKLUMAN RASMI CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN*Dimaklumkan kepada semua murid SK SAUJANA U...
19/12/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

*MAKLUMAN RASMI CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN*

Dimaklumkan kepada semua murid SK SAUJANA UTAMA IJOK bahawa:
Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026

🗓️20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026

🗓️Sekolah akan beroperasi semula pada:
*Isnin | 12 Januari 2026*

Pesanan khas kepada para murid:
📌Sepanjang cuti ini, manfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah.
📌Sentiasa berhati-hati, jaga keselamatan diri, patuhi undang-undang, dan utamakan kesihatan fizikal serta mental.

Selamat bercuti dan jumpa kembali di sekolah dengan semangat baharu!

Guru Besar
SK Saujana Utama Ijok

2025 FUN WALK : 4KM LANGKAH SEMARAK PIBG D'SAUJANA✅Larian Fun Walk dianjurkan oleh PIBG SK Saujana Utama.✅Pendaftaran pe...
22/09/2025

2025 FUN WALK : 4KM LANGKAH SEMARAK PIBG D'SAUJANA

✅Larian Fun Walk dianjurkan oleh PIBG SK Saujana Utama.

✅Pendaftaran penyertaan :
1. Bayaran RM35 seorang (Kanak-kanak/dewasa)
2. Setiap peserta akan memperolehi Medal, T-shirt dan Goodies
3. 10 peserta terbaik akan menerima tambahan Hadiah & Sijil Pencapaian.

✅Kepada ibu/bapa/murid/warga sekolah yang berminat untuk menyertai, boleh dapatkan maklumat melalui link Telegram di bawah :
https://t.me/+8MHKJcop5oM0NjVl

✅Link pendaftaran peserta larian :
https://forms.gle/tPLhWekeCsVEZpKS8

✅Pembayaran boleh dibuat melalui link dan pastikan tulis maklumat rujukan seperti contoh di bawah. Pembayaran menggunakan link berrypay hanyalah menggunakan ONLINE BANKING SAHAJA.

Link Pembayaran :
https://berryez.berrypay.com/qr-payment/296

Rujukan :
Ref 1- Fun Walk(kategori : Individu/2 orang)
Ref 2-Nama peserta (Jika berkumpulan, masukkan nama peserta yang pertama)

Contoh penulisan Rujukan :
Ref 1-Fun Walk 2 orang
Ref 2-Ahmad bin Sani

JOM SERTAI SEKARANG
Sambil Fun Walk

🌷 INFAQ PRIHATIN BENCANA : MARQUEE TENT 🌷السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهKepada Ibu Bapa/Penjaga yang dihormati,Untuk mak...
11/09/2025

🌷 INFAQ PRIHATIN BENCANA : MARQUEE TENT 🌷

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada Ibu Bapa/Penjaga yang dihormati,

Untuk makluman, pada malam Isnin, 25 Ogos 2025, bumbung Marquee Tent SK Saujana Utama telah mengalami kerosakan teruk akibat ribut kuat. Marquee Tent ini merupakan tempat utama anak-anak SKSU berteduh, mengadakan perhimpunan rasmi serta pelbagai aktiviti sekolah.

Sehubungan itu, pihak PIBG SKSU dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga bagi menampung kos menggantikan bumbung Marquee Tent tersebut yang dianggarkan sebanyak RM50,000.00.

🔗 Sumbangan boleh disalurkan melalui:
https://berryez.berrypay.com/qr-payment/295
Description: INFAQ PRIHATIN BENCANA (MARQUEE TENT)

Untuk makluman tuan/puan, TABUNG INFAQ PRIHATIN BENCANA MARQUEE TENT juga akan dijalankan di sekolah setiap hari selama tempoh 2 minggu.Ibu bapa/penjaga yang ingin menyumbang boleh memberikan sedikit wang saku tambahan kepada anak-anak bagi tujuan ini.

Semoga usaha ini bukan sahaja membantu membaik pulih kemudahan sekolah, malah turut memupuk rasa tanggungjawab dan semangat berinfaq dalam diri anak-anak kita.

Sumbangan tuan/puan amat bermakna demi keselesaan dan kesejahteraan anak-anak kita. Semoga Allah SWT menerima amal baik ini sebagai sedekah jariah dan membalasnya dengan ganjaran yang berlipat ganda.

جزاكم الله خيرا

Datuk Ts Meor Tawfik Bin Amirrudin
YDP PIBG SKSU 2025/2026
29 Ogos 2025

PENGESAHAN TAWARAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2026**SK SAUJANA UTAMA IJOK-------------------------------------...
04/08/2025

PENGESAHAN TAWARAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2026*
*SK SAUJANA UTAMA IJOK
-------------------------------------------------------------
Tarikh :
1 OGOS 2025 - 31 OKTOBER 2025

Hari dan Masa :
Isnin hingga Khamis
8.30 pagi - 4.30 petang
1.00 ptg - 2.00 ptg (Rehat)

Jumaat
8.30 pagi - 4.30 ptg
12.15 tgh - 2.45 ptg (Rehat)

Tempat :
PEJABAT SK SAUJANA UTAMA IJOK

SILA SEDIAKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:-
1) SURAT TAWARAN PENEMPATAN TAHUN 1
(perlu dicetak secara online - http://idme.moe.gov.my)
2) GAMBAR MURID UKURAN PASPORT 2 KEPING
3) SLIP GAJI TERKINI ATAU SURAT AKUAN PENDAPATAN IBU DAN BAPA/PENJAGA
4) RM 6.00 SECARA *TUNAI* UNTUK PEMBELIAN FAIL PERIBADI MURID
5) SLIP/MEMO PENDAFTRAN

PERMOHONAN RAYUAN BOLEH DIBUAT SECARA ONLINE MELALUI https://idme.moe.gov.my MULAI 1 OGOS 2025 HINGGA 31 OGOS 2025

SEKIAN, TERIMA KASIH

Address

Saujana Utama
Sungai Buloh
47000

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:00
13:10 - 18:00
Tuesday 07:30 - 13:00
13:10 - 18:00
Wednesday 07:30 - 13:00
13:10 - 18:00
Thursday 07:30 - 13:00
13:10 - 18:00
Friday 07:30 - 12:00
14:10 - 18:00

Telephone

+603 60384388

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sg Buloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category