Perkep IPD Sg Buloh

Perkep IPD Sg Buloh Persatuan Keluarga Polis atau lebih dikenali dengan PERKEP ditubuhkan pada 3 Ogos 1968

Tahniah buat semua daerah yang menyertai… Alhamdulillah..program yang julung kali diadakan.  Walau hanya mampu ke pering...
05/08/2026

Tahniah buat semua daerah yang menyertai… Alhamdulillah..program yang julung kali diadakan. Walau hanya mampu ke peringkat saringat, namun pengalaman yang paling mahal kami dapat sepanjang latihan dan pertandingan…terima kasih Baiduri..

Ayuh kita shopping dengan lebih jimat…
21/07/2026

Ayuh kita shopping dengan lebih jimat…

📢 𝗣𝗔𝗬𝗗𝗔𝗬 𝗦𝗔𝗟𝗘 – 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗝𝗜 💰🛒

💸 Gaji dah masuk? Jom berjimat dengan Jualan Rahmah!

Rebut peluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga istimewa dan lebih berpatutan sempena Payday Sale – Jualan Rahmah.

🛍️ Antara barangan yang ditawarkan:

• Barangan keperluan dapur
• Makanan & minuman
• Buah-buahan tempatan
• Produk sejuk beku
• Produk tempatan dan pelbagai lagi

📅 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛: 23 Julai 2026 (Khamis)
🕗 𝗠𝗔𝗦𝗔: 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜: Perkarangan Dewan D'Cerana, IPK Selangor

✨ Gaji dah masuk, jom shopping dengan lebih jimat!

Jangan lepaskan peluang menikmati tawaran Rahmah untuk anda seisi keluarga.

"Belanja Bijak, Jimat Berganda!"

Anjuran:
Biro Industri Kecil dan Sederhana (IKS) PERKEP IPK Selangor

10 Mac 2026 bersamaan 20 Ramadan 1447H.  Alhamdulillah selesai sudah Program Solat Sunat Tasbih bagi warga PERKEP IPD Su...
10/03/2026

10 Mac 2026 bersamaan 20 Ramadan 1447H. Alhamdulillah selesai sudah Program Solat Sunat Tasbih bagi warga PERKEP IPD Sungai Buloh telah berjaya dilaksanakan. Semoga segala amal ibadah kita sepanjang bulan mulia ini diterima dan kita semua dilindungi dan sentiasa dilimpahi rahmatNya.

06/03/2026
4 Mac 2026 : PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK ANJURAN BERSAMA PIBG SMK SERI KUNDANG DAN PERKEP IPD SG BULOH* Program melibat...
04/03/2026

4 Mac 2026 :

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK ANJURAN BERSAMA PIBG SMK SERI KUNDANG DAN PERKEP IPD SG BULOH*

Program melibatkan penyertaan seramai 9 orang AJK PERKEP Sungai Buloh, PIBG SMK Seri Kundang dan sukarelawan. Sebanyak 500 bekas bubur lambuk telah berjaya dimasak dan diagihkan kepada semua warga SMK Seri Kundang.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar, terkawal dan mencapai objektif yang ditetapkan iaitu memperkukuh hubungan komuniti serta menyemarakkan semangat kebersamaan sempena bulan Ramadan.

DOA MENYAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADHANبِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ...
18/02/2026

DOA MENYAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADHAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan dalam memasuki bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Bersempena Ketibaan Bulan Ramadan pada kali ini, kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, jiwa yang tenang dan tenteram.

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗖𝗜𝗡𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲YBhg Puan Noorain binti Khairudin, Pengerusi PERKEP IPD Sungai Buloh mengucapkan S...
17/02/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗖𝗜𝗡𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲

YBhg Puan Noorain binti Khairudin, Pengerusi PERKEP IPD Sungai Buloh mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026 kepada seluruh warga IPD Sungai Buloh dan masyarakat berketurunan Cina khususnya di Daerah Sungai Buloh.

Semoga perayaan ini terus mengukuhkan semangat perpaduan, keharmonian serta membawa kesejahteraan dan kemakmuran bersama dalam semangat muhibah kepelbagaian kaum di Daerah Sungai Buloh.

2026 merupakan Tahun Kuda melambangkan kebebasan, kepantasan, dan keberanian. Manakala elemen api menambah semangat, inovasi, dan perubahan yang pantas. Semoga PERKEP khasnya PERKEP Daerah Sungai Buloh terus bersemangat dalam melaksanakan tugas-tugas bukan sahaja sebagai ibu malah wanita terhebat disamping suami tercinta.




Address

IPD Sg Buloh
Sungai Buloh New Village
47000

Telephone

+60361561222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep IPD Sg Buloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perkep IPD Sg Buloh:

Shortcuts

Share