05/11/2025
PENUGASAN ISTIADAT 12 KOMPENI KPTD SEMPENA SAMBUTAN RASMI PEMBESAR NEGARA ASING KE MALAYSIA SEMPENA PENGANJURAN SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-47 DAN SIDANG SIDANG BERKAITAN TAHUN 2025.
KUALA LUMPUR, 3 November 25: 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja telah terlibat penugasan Istiadat Kor Polis Tentera Diraja sempena sambutan rasmi Pembesar Negara Asing ke Malaysia sempena penganjuran sidang kemuncak ASEAN Ke-47 bermula 25 hingga 29 Oktober 25.
Penugasan 12 Komp KPTD pada Lawatan Rasmi Negara ini ialah melibatkan elemen Istiadat iaitu penugasan Pembuka Pintu dan Pemecah Bendera di beberapa lokasi seperti di Kompleks Bunga Raya, Pangkalan Udara Subang, Dataran Perdana, Kompleks Seri Perdana, Kelab Tasik, Shangri - LA Hotel, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Malaya.
Kunjungan negara- negara ASEAN dan delegasi ke Negara Malaysia mencerminkan semangat persahabatan antara negara yang kukuh dan komitmen bersama dalam mengukuhkan hubungan serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas.
12 Komp KPTD sentiasa komited dalam melakukan penugasan dan senantiasa bersiap sedia terhadap sebarang perubahan supaya dapat menunjukkan kualiti imej yang terbaik buat negara Malaysia khususnya Tentera Darat Malaysia.